Hello pembaca-pembaca budiman,
Bercerita tentang majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin, majlis kesyukuran, majlis harijadi, pertunangan, majlis pelancaran produk dan sebagainya, memilih lokasi yang sesuai ada kala sangat memeningkan kepala, kan. Banyak faktor kita nak kena ambil kira .. lokasi, parking, saiz dewan, kemudahan, keselesaan dan macam-macam lagi.
Misz-ella pada bulan Februari lalu telah dijemput ke Majlis Perasmian de' Laman Event Space, antara lokasi yang boleh dipertimbangkan oleh sesiapa sahaja yang ingin meraikan apa sahaja majlis keraian mahupun sambutan. OK jom entry ni dari mula sampai habis ye ..
de' Laman Event Space ini lokasinya adalah di No. 11 Jalan Riyal U3/37 IParc 3 Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
de' Laman Event Space adalah sebuah bangunan tiga tingkat yang mula beroperasi sejak Disember 2016. Dengan keluasan 6500 kaki persegi dan kedudukannya yang sangat strategik, ianya sesuai untuk acara Majlis perkahwinan, akad nikah, ulang tahun, parti, seminar dan sebagainya.
Dirasmikan pada 17hb Februari 2017 oleh Ydh Dato Haji Emran Bin Haji Kadir, Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Petaling, majlis turut dihadiri oleh para jemputan khas yang lain termasuklah para artis, sahabat handai dan pihak media.
Majlis perasmian de' Laman Event Space
Pertunjukan fesyen oleh Bon Zainal dan Dicky Ishak dari Singapura turut diadakan bagi memeriahkan majlis.
Selain dari itu, rekaan pelamin turut diperagakan kepada hadirin, sejajar dengan tujuan destinasi de' Laman Event Space sebagai pilihan lokasi untuk para pasangan yang bakal melangsungkan hari bahagia. Sebelum apa-apa mari kami rasmikan dahulu ye .. ohh gedik sungguh kami *hehehe*
Kami turut disajikan dengan persandingan model pengantin bertujuan untuk mendedahkan kami tentang bagaimana acara perkahwinan sebenar bakal dilangsungkan disini. Alahai .. comelnya flower girl tu, kan.
de' Laman Event Space mempunyai ruang yang sangat selesa, bersiling tinggi dan mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti surau, ruang istirehat, PA system, projector, dewan berhawa dingin, canopy dan lain-lain.
Kawasan luar dewan juga sangat luas dan selesa .. sesuai untuk majlis-majlis yang bercirikan 'outdoor'
Khidmat Katerer turut disediakan .. so para pelanggan tak perlu runsing untuk mencari katerer yang sesuai untuk majlis yang diinginkan .. segalanya ada di sini. Mudah, kan.
Pakej perkahwinan di de' Laman Event Space bermula dari serendah RM35/seorang - Pakej D (minimum 1000 orang).
Pakej termasuklah :-
Menu (mengikut senarai pilihan menu yang disediakan)
Set pelamin
Set baju bersanding
Perunding dekorasi
Hidangan makan beradap buat pengantin
Meja/Kerusi/VIP 3 dom
Station Buffet Tetamu
DJ @ MC
Fotografi dan Videografi
Pakej promo fotografi dan videografi lengkap dengan :-
Satu set Custom Album (Nikah/Sanding)
Satu White Frame
Satu video lengkap berdurasi 1 jam
Satu video edit durasi 3 minit
Soft copy gambar penuh khemah 18X18
Perunding majlis
Sewaan dewan berhawa dingin
Pelayan beruniform (8-10 orang)
Meja hadiah/meja doorgift/meja kek
Kapet merah
Ruang istirehat di Lantai 1
Pakej-pakej lain termasuklah Pakej A (RM78/seorang), Pakej B (RM49/seorang), Pakej C (RM37/seorang)
So you all semua dan buat mereka yang sedang merancang apa sahaja majlis .. boleh lah pertimbangkan de' Laman Event Space ni .. disamping lokasinya yang strategik dan lain-lain kemudahan, pada pendapat Misz-ella harga RM35/seorang untuk kenduri kahwin adalah berpatutan. Tak perlu berpenat-penatan mengemas rumah dan menyusun atur pinggan mangkuk selepas kenduri, boleh demam seminggu sebab penat menguruskan kenduri ni bukan calang-calang, kan. Serah sahaja segalanya ke de' Laman Event Space.
Untuk sebarang pertanyaan, mahupun tempahan, sila LIKE Facebook de'Laman Event Space di sini atau dail 012-3566838 dan 012-9735425 atau layari laman web de' Laman Event Space di www.Dlaman.com.my atau email pertanyaan ke delamanevent@gmail.com
Akhirkata, Terima kasih kepada pihak de' Laman Event Space kerana menjemput kami ke majlis pelancaran yang meriah ini. Makanan sedap, parking senang, pertunjukan fesyen sangat best *bahagia bijik mata* .. segala-galanya bestlah! Ok Bye pembaca budiman. Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua .. nak pergi buat kerja lain pulak. Bye.
No comments:
Post a Comment