Pages - Menu

KFC Keju 3 Rasa ~ Sedap, Sesedap, Sedapnya!

Hello peminat-peminat ayam KFC!!



KFC meneruskan promosi hidangan berkeju nya dengan membawakan satu lagi hidangan unik, Keju 3 Rasa! 

Tawaran masa terhad ini dijangka akan membuat para penggemar lebih teruja dengan sos keju tiga perisa yang pedas, masam dan semestinya berkeju untuk dinikmati bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai.

Perisa Keju 3 Rasa yang sedap, sesedap, sedapnya ini diolah dari gabungan sempurna di antara keju Cheddar, paprika, daun parsli dan limau nipis menghasilkan pelbagai lapisan rasa yang unik di dalam satu suapan. 

Menawarkan sesuatu yang lebih hebat bagi pencinta keju, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman baru yang bakal membangkitkan deria rasa dan memuaskan selera tanpa mengira citarasa khusus.



Setiap hidangan berkeju yang diperkenalkan oleh KFC sentiasa mendapat sambutan hangat. Sebagai sebuah jenama makanan yang berinovatif, kami sentiasa berusaha untuk mencari dan mencipta perisa-perisa baharu yang bakal menarik hati pelanggan kami. Hari ini, kami berasa teruja untuk membawakan anda sesuatu yang berkeju, pedas serta sedikit masam menerusi sos Keju 3 Rasa untuk dipadankan bersama ayam KFC sedap hingga menjilat jari,” kata Sharifah Musainah, Pengurus Besar, QSR Brands (M) Holdings Bhd.


Manakala Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd mengatakan “Bulan Ramadan bakal menjelma dan kami berharap hidangan terbaharu dari KFC Malaysia ini akan menambah  kemeriahan berbuka puasa bersama tersayang. Kami juga berharap agar KFC dapat mengeratkan hubungan penggemarnya mencipta detik-detik istimewa semasa menikmati hidangan sedap hingga menjilat jari ini. Keju 3 Rasa ini kami ciptakan khas untuk memuaskan setiap citarasa yang berbeza-beza,” 
KFC Keju 3 Rasa terdapat di dalam hidangan kombo dua ketul dan lima ketul ayam. 


Kombo dua ketul didatangkan dengan dua ketul ayam Hot & Spicy, dua sos Keju Pedas Masam, coleslaw, pilihan Colonel Rice atau kentang putar serta minuman premium terbaharu, SJORA Strawberi Kiwi, sesuai untuk dinikmati ketika berbuka. 

Manakala, kombo lima ketul menawarkan lima ketul ayam Hot & Spicy, lima sos Keju Pedas Masam, bersama hidangan sampingan istimewa Loaded Potato Bowl dan dua minuman SJORA Strawberi Kiwi. Pelanggan turut boleh memilih ayam Original Recipe bagi kombo pilihan mereka.


KFC Keju 3 Rasa boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari 18 Mei 2017. Dapatkan hidangan sedap, sesedap, sedapnya hari ini sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

So you all semua, jangan tunggu lagi, mari kita ke rangkaian restoran KFC di seluruh Malaysia dan nikmati KFC Keju 3 Rasa hari ini juga. Promosi ini adalah tempoh terhad. Jangan tunggu! KFC Keju 3 Rasa ~ sedap, sesedap, sesedapnya hingga menjilat jari you alls ..


2 comments: