Hello pembaca budiman,
Rasanya ramai pasti setuju kalau Misz-ella katakan yang antara cabaran paling besar dalam kehidupan adalah mendidik anak kita tentang cara-cara menjaga kebersihan dan memastikan ianya diterapkan di dalam kehidupan harian.
Bagi menangani masalah tersebut, Dettol, jenama no. 1 Malaysia dalam perlindungan kuman dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen sekolah Misi Kebersihan Dettol. Perasmian Kempen yang telah berlangsung selama empat tahun berturut-turut ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Hadir pada majlis perasmian
program tersebut adalah Tiffany Tang, Pengarah
Pemasaran bagi Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura, syarikat pengeluar dan pemasaran produk-produk Dettol di kedua-dua buah negara ini. Kata Tang “Sebagai
sebuah jenama kebersihan global yang utama, Dettol berbesar hati dapat
menghasilkan pelbagai produk anti-bakteria inovatif yang menjadi pilihan utama
bagi para ibu di seluruh dunia, untuk membantu melindungi keluarga daripada
kuman yang berbahaya. Kami memahami bahawa tahap kebersihan yang rendah merupakan ancaman kepada kesihatan individu dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah
amat penting untuk Dettol mengutamakan pendidikan kebersihan tangan dari kecil
lagi.”
Dettol merupakan penyokong besar di dalam pendidikan kebersihan menerusi kerjasamanya dengan Save the Children, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi menangani masalah kanak-kanak di negara yang kurang maju terkorban gara-gara cirit-birit disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah.
“Di Malaysia, ‘Misi Kebersihan’ telah membolehkan kami mendekati hampir 350,000 orang murid-murid sekolah rendah sepanjang empat tahun yang lalu, dan bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, kami telah berjaya meningkatkan pengetahuan kebersihan di sekolah-sekolah yang terlibat dengan kerjasama dari ibu bapa. Kami mensasarkan untuk mencapai 2.7 juta orang murid sekolah rendah di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang,”
“Kami percaya bahawa tabiat kebersihan hendaklah dipupuk dari kecil. Program “Misi Kebersihan” sekolah bertujuan untuk mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan tabiat kebersihan yang betul termasuklah 7 langkah mencuci tangan yang betul. Kami berharap ini akan meningkatkan kesedaran tentang Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia dan bagaimana tabiat kebersihan boleh mencegah penyakit ini.”
Kempen Misi Kebersihan Dettol ini telah dirasmikan oleh YB Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan. Beliau turut menekankan kepentingan kebersihan di sekolah serta peranan murid-murid dalam memastikan kejayaan Misi Kebersihan Dettol. “Kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah boleh mempengaruhi kadar kehadiran dan pencapaian murid-murid. Oleh itu, adalah amat penting bagi sekolah memastikan kebersihan terjaga agar persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat disediakan untuk para pelajar.
Tambah YB Dato' P. Kamalanathan “Adalah amat penting untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik di sekolah untuk mengelakkan mikroorganisma yang bahaya daripada merebak di sekeliling. Selain usaha yang berterusan dari pentadbiran sekolah dan penjaga bangunan , murid-murid harus dididik untuk memainkan peranan masing-masing dalam menjaga persekitaran sekolah aga ia sentiasa dalam keadaan yang bersih dan sihat. Mereka perlu dibimbing dari usia muda dan harus bermula dari sekolah iaitu dengan memupuk tabiat kebersihan diri di kalangan mereka, membimbing mereka supaya membasuh tangan sebelum makan, pam selepas menggunakan tandas, membantu membersihkan bilik darjah, mengutip sampah di kawasan umum dan sebagainya. Usaha-usaha kecil ini akan membawa perubahan yang besar dalam pencegahan penyebaran kuman, supaya persekitaran yang lebih bersih dan sihat dapat disediakan bagi menggalakkan murid-murid untuk belajar demi masa depan mereka,”
Dettol memahami bahawa kawasan
sekolah yang bersih dan bebas kuman amat penting kepada murid-murid untuk
memberikan persekitaran pembelajaran yang bagus.
Tahun ini, sekolah-sekolah rendah yang terlibat digalakkan untuk menjalankan beberapa sesi ‘Gotong Royong’ untuk memastikan kebersihan tandas. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan ‘Gotong Royong’ akan menghantar gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ tandas mereka.
Tahun ini, sekolah-sekolah rendah yang terlibat digalakkan untuk menjalankan beberapa sesi ‘Gotong Royong’ untuk memastikan kebersihan tandas. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan ‘Gotong Royong’ akan menghantar gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ tandas mereka.
Mereka juga perlu melukis mural
dengan logo Dettol pada dinding di hadapan tandas sekolah mereka yang bertema
‘Misi Kebersihan’ Dettol: Kebersihan
merupakan tunggak utama kesihatan yang akan menjadi peringatan kepada
murid-murid sekolah untuk mencuci tangan mereka.
Bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang perlunya menjaga kebersihan di kalangan murid-murid, Dettol telah menyediakan beberapa aktiviti interaktif menarik seperti 7 langkah mencuci tangan dimana demonstrasi tentang cara mencuci tangan yang betul diberikan kepada murid-murid.
Sketsa pendidikan kebersihan tangan turut dipersembahkan buat tontonan mereka, manakala risalah-risalah berkenaan dengan kebersihan turut diberikan dan poster-poster di dinding tandas dan kantin sekolah turut disediakan.
Ketua Sektor Jaminan Kualiti,
Tuan Haji Abdul Latiff bin A. Aziz meluahkan rasa teruja beliau
bagi kempen ‘Misi Kebersihan’ tahun ini. “Anak-anak kita adalah pemimpin masa
depan negara – sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memastikan mereka
membesar dengan teladan baik dan mempunyai badan dan minda yang sihat.
“Kami berasa amat bangga mempunyai Dettol sebagai rakan kongsi kami untuk
membantu mempromosikan tabiat kebersihan di kalangan kanak-kanak. Apabila kita
mula mendidik mereka daripada tahap tadika atau sekolah rendah, tabiat ini akan
berakar umbi dalam kehidupan mereka, supaya mereka untuk mengamalkan tabiat
kebersihan, baik di sekolah, mahupun di rumah. Itulah sebabnya sekolah
merupakan tempat yang amat sesuai untuk meningkatkan kesedaran tentang
kebersihan, dan pada masa yang sama, mendidik murid-murid tentang cara-cara
menjaga persekitaran sekolah dan tempat tinggal. Apabila persekitaran
pembelajaran bersih dan berkualiti,anak-anak kita akan belajar dengan lebih
fokus dan ini akan menggalakkan prestasi tinggi,” katanya.
Dengan tema Kebersihan yang baik, kesihatan yang baik, Dettol
berharap agar semua pihak dapat bersatu dan memainkan peranan dalam menjayakan program Misi Kebersihan bagi memastikan hasrat Dettol untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, sihat dan selamat tercapai.
So buat pembaca-pembaca budiman, apa kata kita turut sama-sama menyokong Kempen Misi Kebersihan Dettol ini dengan turut mendidik anak-anak kita tentang perlunya menjaga kebersihan. Maklumat lanjut tentang Dettol boleh didapati dengan melayari www.dettol.com.my.
No comments:
Post a Comment