Hello pembaca-pembaca budiman ..
Tahun ini, Saloma Bistro & Theatre Restaurant yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bakal memeriahkan Buka Puasa kita dengan menyediakan masakan tradisi dari dapur-dapur rumah kita ke Buffet Ramadan 2017 dengan tema Buffet Warisan.
Diketuai oleh Chef Dzulkarnain Salleh, Chef Azizah Abdul Malik dan Chef Zamshah Haji Ismail, semua makanan tradisi Melayu ini boleh dinikmati bermula dari 27 Mei - 24 June 2017. Tetamu yang berbuka puasa di Restaurant Klasik ini akan berpeluang menjamu selera dengan masakan kampung yang sangat asli lagi tradisi yang disediakan menggunakan resepi asal.
Daging Masak Hitam, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ayam Masak Lemak, Kari Kepala Ikan, Ketam Goreng Berlada, Pajeri Terung, Rendang Tok dan bermacam lagi yang disediakan oleh barisan Chef Restoran Salom adalah antara hidangan-hidangan yang bakal mengingatkan tetamu kepada masakan-masakan dari dapur kerana keenakan rasanya yang sangat asli.
Live Cooking Stalls turut disediakan. Tetamu berpeluang untuk Berbuka Puasa dengan Laksa Johor.
Dan boleh berkunjung ke Stesen Goreng-Goreng untuk sekeping dua Samosa, Keledek Goreng, Pisang Goreng.
Gerai Bakar-bakar menyediakan, Sotong dan Udang Bakar lengkap dengan Sos Pencicah membuka selera juga ada.
Buffet Buka Puasa Selera Warisan bermula dari jam 7.00-10.00 malam pada harga RM110.00 nett sahaja seorang (Diskaun khas 20% untuk 27 Mei-31 Mei dan dari 20-24 Jun 2017). Lebih dari 60 masakan membuka selera dari 3 set menu berbeza menanti tetamu dan menu akan bertukar setiap hari. Selain dari masakan tradisi Ala-kampung, tetamu turut berpeluang menjamu selera dengan hidangan Cina, India dan dari Iran. Kemudahan Surau turut disediakan buat tetamu yang ingin menunaikan Solat di Bangunan MaTic yang terletak bersebelahan dengan Restoran Saloma. Untuk sebarang pertanyan dan tempahan, boleh lah hubungi 03-21610122 atau telefon Farid di 017-6126121.
So buat pembaca budiman yang Misz-ella kasihi, sekiranya sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa dan mahukan hidangan tradisi Ala-kampung, silalah ke Restoran Saloma di bulan Ramadan tahun ini. Misz-ella dah cuba .. sedap-sedap belaka masakan tiga orang Chef ini .. betul-betul rasa macam 'home cooking' .. Jangan tunggu lama-lama, tempah sekarang untuk diskaun 20%.
No comments:
Post a Comment