Hello pembaca budiman ..
Kadang-kadang ada rasa susah nak bersahur tak? Misz-ella ada. Perut rasa sebu, selera bagaikan tiada. Suapan demi suapan bagaikan memaksa diri sahaja.
Baru-baru ini ada kawan kongsikan dengan Misz-ella tentang minuman berkhasiat Susu dengan Kurma dan Oat. Katanya lebih mudah dan mengenyangkan. Teruja !! so Misz-ella pun cuba.
Hari ke dua bersahur dengan Susu Kurma dan Oat selepas hari pertama minuman berkhasiat ini berjaya dihabiskan dengan jayanya. Yeay!! Sedap rupanya Susu Kurma Oat ini.
3 biji Kurma, 2 sudu makan Oat, 1 gelas Susu segar. Misz-ella gunakan Susu segar sejuk yang baru keluar dari peti ais. Blender ke tiga-tiga bahan ini dan enjoy. Misz-ella amalkan waktu sahur. Alhamdulillah kenyang lebih lama walau tak makan nasi dan makanan berat yang lain masa bersahur tu. Rasa pun sangat sedap. Siapa-siapa yang ada masalah perut sebu di pagi hari dan tiada selera bersahur, cuba lah resepi ni.
No comments:
Post a Comment