Pages - Menu

Haza Coffee, Wakaf Che Yeh, Kelantan


Siapa peminat kopi? Me! Siapa tak boleh hidup tanpa kopi? Me! Ummm .. begitulah nasib seorang caffeine addict .. hari-hari mau kopi. Kalau tak dapat kopi tak lengkap rasa hidup kita, kan.

Kopi sekarang sudah semakin dipelbagaikan, semakin digemari ramai tak kira bangsa, darjat mahupun kedudukan.




Masa Misz-ella ke Wakaf Che Yeh baru-baru ini, Misz-ella terjumpa gerai Haza Coffee yang menjual pelbagai jenis kopi disamping minuman-minuman lain seperti Milo, Green Tea, Ovaltine dan macam-macam lagi.



Kecil je gerainya, tak besar tapi sangat bersih dan kemas. Susunatur sangat minimalis tapi menarik. Comel sangat lah Haza Coffee ni.

Walaupun kecil, tetap kemas dan selesa



Misz-ella sempat order Hot Coffee Latte dan Ice Caramel Machiato. Percayalah yang Coffee Lattee di Haza Coffee hanya RM5 sahaja .. hampir separuh harga dari Latte yang dijual di kedai/restoran-restoran di tempat lain dan tak kalah rasanya .. Maaf terlalu teruja sampai lupa nak ambil gambar tapi yang Misz-ella nak kongsikan di sini adalah .. Kalau ke Wakaf Che Yeh dan sedang mencari Kopi jangan lupa ke Haza Coffee. Opss maaf .. bukan kopi sahaja, minuman lain turut ada. Jom kita sokong pengusaha-pengusaha tempatan. Kalau kita asyik sokong restoran-restoran gah dari luar negara tapi meminggirkan pengusaha-pengusaha tempatan yang baru nak bertapak di alam perniagaan ini, siapa lagi yang nak sokong, kan. OK dah habis sessi perkongsian dengan pembaca Blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Terima Kasih baca. Bye.




No comments:

Post a Comment