Pages - Menu

Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail


Hello pembaca budiman,

Ada sesiapa sedang mencari Bazar Ramadan yang jual makanan sedap-sedap? Kalau ada, Misz-ella nak rekomen Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, one of the best Bazar Ramadan in Klang Valley. Dalam sebulan berpuasa, mesti sekurang-kurangnya sekali Misz-ella akan datang ke sini.


Yang pertama Misz-ella cari ialah Raja Murtabak. Murtabak dia sedap sangat. Setiap tahun teringat-ingat.

Setiap tahun, mesti Raja Murtabak Taman Tun Dr. Ismail ini Misz-ella akan cari dulu.

Depan gerai Murtabak tu ada gerai Pakcik jual Popia basah. Ini lagi satu gerai favourite Misz-ella. Popia dia dibuat dengan teliti, sos dia secukup rasa dan sayur dia semua fresh

Tapi awas, korang kena kuat semangat kalau nak membeli di gerai Pakcik ni sebab long queue .. 45 minit kami menunggu. Phewwwww .. but its so worth it. Sedap!


 Sebelah gerai Popia tu ada gerai pakcik jual kuih Talam. Ya Ampun .. yang ni pun long queue jugak tapi tak la menunggu lama sangat. Seriously, kuih talam dia sedap-sedap belaka. Satu bekas kecil ada 4 keping = RM2. 50 sen sekeping kuih talam pada pendapat Misz-ella tak la mahal mana pun sebab kerja-kerja membuat kuih talam sangat renyah dan barang sekarang pun semua dah naik harga.

Abang ni jual Nasi Beriyani Lamb Shank!

Lauk pauk lain pun ada jugak ..

Teringin nak cuba. Hummmm .. lain kali, ye.

Gerai Tahu Sumedang ni pun boleh tahan panjang queue nya .. Misz-ella tak sempat nak beli ..

Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail ni memang dah terkenal sejak dari dulu lagi dan sering dikunjungi oleh para selebriti dan pelbagai golongan masyarat dan pelbagai bangsa

Nasi Putih dengan Ayam, Sotong atau Daging Goreng Kunyit dia masak fresh-fresh kat situ. Auwwww .. next time Ella .. next time *sila jangan ikut nafsu*



Minat Sup? OK Misz-ella nak rekomen Gerai ni. Misz-ella bungkus Sup Daging. Kena dengan selera i lah .. 




Yang ni pun kesukaan jugak sebab Akok dia sangat sedap *walaupun sekeping Akok tu RM1*

NEXT!! Misz-ella nak cuba membeli di sini. Macam best jer

Makaihh .. kelabu mata. But I dont take sweet drink so ambik gambar untuk share dengan you alls je lah .. 



Wow!! U dont need to go to five star hotel to enjoy Fresh Grilled Lamb! Di sini pun ada. 


Abang handsome ni jual Sambal daging dan Sambal Bilis .. Misz-ella beli sambal daging dia. Boleh tahan rasa dan tahan lama katanya ..





 Di Gerai #ChefKegemaran ada Roti John Kambing .. my next wishlist!




The famous Popia Goreng in TTDI - Popia Power Pak Ya! Seronok pergi Gerai dia ni sebab diaorang ramah tamah dan tak sombong .. 







Kat Gerai Raja Puding ni Misz-ella terpegun dengan aneka puding dia ~ Puding Dragon Fruit, Puding Kiwi, Puding Laici, Puding Anggur, Puding Mangga dan macam-macam lagi. Sekeping hanya RM3 sahaja.



Panas-panas .. fresh from the big kuali ..

So readers .. Ramadan setahun sekali .. Bazar Ramadan pun macam tu jugak. Kalau berkelapangan, kunjungi lah Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail ni. Good quality food, good people .. lain dari yang lain Bazar Ramadan TTDI ni. Sangat meriah, sangat best .. makanan semua sedap-sedap. Lokasinya di Jalan Tun Mohd Fuad 3. You all waze sahaja ye. Ada parking berbayar berdekatan dengan Bazar ni tapi lagi bagus you all pergi lebih awal lah .. Misz-ella sendiri pukul 4 petang dah sampai. Lagi satu tips .. Sila belanja dengan berhemah. Jangan membazir, ok.


No comments:

Post a Comment