Pages - Menu

Restoran Nur Ain Ikan Singgang, Kampung Baru

Hello pembaca budiman ..

Dah masuk Ramadan ke 6. Esok dah seminggu kita berpuasa. Cepat betul masa berjalan, kan. OK kali ni nak kongsikan yang baru-baru ini Misz-ella telah ke Kampung Baru kerana nak makan Ikan Singgang.





Ikan singgang memang kegemaran Misz-ella. Tak susah pun membuatnya sebab ikan tu (samada ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri atau apa sahaja ikan yang kita suka, hanya perlu direbus dengan bahan-bahan yang lain dan siap. Tapi tak tau lah kenapa biasanya bila Misz-ella buat Singgang mesti tak sedap so bila teringin nak makan Singgang, Misz-ella akan ke Gerai-gerai yang Tukang masaknya originally dari Kelantan. Kampung Baru adalah tempat paling best kalau nak makan Singgang sebab kedai dan pilihan sangat banyak. Maka ke Kampung Baru lah Misz-ella petang tu. Pukul 6:45 petang keluar rumah sebelum Azan Maghrib berkumandang dah sampai. Traffic is so friendly to me.



Selain dari Ikan Singgang, kami order Siakap 3 Rasa jugak. Terus terang, a bit upset lah dengan hidangan 3 rasa ni.  Pada orang lain mungkin lah dah ok tapi buat Misz-ella, ada sedikit upset lah .. mungkin sebab my resepi 3 rasa lain kot. Lain orang, lain cara, kan.



Budu, Ulam dan Sambal belacan harus ada. Misz-ella hadap Singgang tu je lah, nama pun teringin. Siakap 3 Rasa tu dia orang yang habiskan. Keseluruhannya, Ikan Singgang tu memang sangat menepati citarasa. Lepas kempunan dan teringin Misz-ella.



Total bill semuanya RM62.00. Mahal ke murah? Ummmm .. rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang ni, barang mentah serba serbi mahal .. harga tu tak mahal tak murah. OK-OK je. 

So you all kalau teringin makan Singgang, boleh lah ke Kampung Baru. Deretan gerai-gerai menjual Singgang dan lauk pauk lain dari Pantai Timur ni terletak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman. You all Waze sahaja ye. Dia akan bawak terus sampai ke depan kedai. OkBye readers. Terima Kasih baca.











No comments:

Post a Comment