Dah shopping raya? Misz-ella belum lagi. Well .. ini adalah entry yang boleh you all buat rujukan sekiranya nak bershopping raya *termasuk lah Misz-ella, kan .. Tehehe*
Jom kita ke Sunway Malls. Baru-baru ini Misz-ella telah ke pelancaran perayaan Hari Raya Aidilfitri di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Terdapat 5 kompleks membeli belah Sunway yang telah dibangunkan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Pelancaran sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah gabungan pertama kali kelima-lima mall tersebut, melambangkan pertumbuhan berterusan jenama ini menjalin kekuatan dalam usaha mereka mencipta kejayaan sebagai pengendali pusat membeli belah terkemuka di dalam industri ini. Kalau difikirkan dengan lebih dalam lagi, Misz-ella sendiri kagum dengan Kumpulan Sunway .. bermula dengan kecil-kecilan dan membesar dengan jayanya dan boleh berbangga dengan kejayaan dan usaha mereka hari ini.
Sunway Putra Malls dihias cantik berkonsepkan flora dan fauna dan persembahan tarian Melayu asli dan Gamelan dipersembahkan. Seronok lah tengok Tarian Melayu Asli tu .. dah lama kita tak tengok persembahan LIVE sebegini, kan. Meriah!!
Lepas itu adalah upacara pelancaran dimana Tan Sri Datuk Seri Razman, Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group, HC Chan Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls. Chow Weng Wah, Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Phang Sau Lian, Pengurusa Besar Sunway Putra Mall, KS Wong Pengurus Besar Kanan Sunway Velocity Mall dan Albert Cheok, Pengurus Kawasan Sunway Giza menyiram pokok bunga sebagai simbolik kepada usaha berterusan Kumpulan Sunway terhadap pembangunan berterusan.
Tema Hari raya Aidilfitri Sunway Putra Mall tahun ini adalah Pesona Raya. Dengan membawakan suasana hutan rimba dan lanskap hijau, pengunjung bakal terpesona dengan suasana tenang damai yang menanti mereka.
Sunway Putra Mall turut menjanjikan suasana membeli belah yang mewah kepada pengunjung dengan koleksi Aidilfitri sentuhan Pereka tempatan terkenal seperti Tom Abang Saufi, Salikin Sidek, Bohari KL, Qie Rahman, Petra dan kraftangan dari Kraftangan Malaysia. Semua koleksi ini adalah unik, tulen lagi asli dan merupakan warisan kebanggan negara seperti batik.
Sepanjang tempoh ini, pengunjung bakal dihiburkan dengan pertunjukan fesyen dari pereka-pereka hebat tersebut, persembahan tarian tradisional. Bengkel Kraftangan dan Seni tradisional turut dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dimana pengunjung berpeluang mempelajari seni batik, menganyam rotan dan lain-lain lagi.
Sepanjang promosi ini berlangsung, pengunjung yang membeli belah sehingga RM400 (RM300 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 3 resit di Sunway Putra Mall akan menerima hadiah mangkuk tingkat (exclusive floral tiffin carrier) yang cantik ini.
Juga boleh didapati secara percuma di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity Mall dengan setiap pembelian berjumlah RM500 (RM400 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit.
Cantik, kan
Promosi-promosi lain termasuklah :-
- pemberian voucher makanan dan minuman untuk setiap belian berjumlah RM200 (RM100 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 1 resit di Sunway Velocity Mall
- Sampul duit raya percuma dengan setiap pembelian berjumlah RM250 (RM150 untuk pemegang kad kredit HSBC dan ahli Sunway Pals) dalam 2 resit di Sunway Putra Mall.
- Pembeli yang berbelanja sehingga RM200 atau lebih (RM150 untuk pemegang kad kredit HSBC) dan RM400 (RM300 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit di Sunway Carnival Mall akan mendapat Sampul duit raya dan/atau pasu seramik mini yang eksklusif
- Pembeli juga boleh mendapatkan benih bunga-bungaan di semua 5 Sunway Malls yang terlibat di dalam program ini secara PERCUMA tanpa sebarang pembelian. Ini adalah sebahagian dari usaha Sunway dalam menyokong United Nations Sustainable Development Solutions Network (UNSDSN) Association.
So buat pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella, jangan lupa ke mana-mana rangkaian kompleks membeli belah Sunway untuk shopping raya. Berbagai promosi ada .. berbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seisi keluarga. Selamat Membeli Belah!
No comments:
Post a Comment