Selamat Hari Ahad. Buat yang sedang mencari idea nak berbuka dengan apa hari ni, di sini Misz-ella kongsikan Resepi yang Misz-ella cipta sendiri baru-baru ini ~ Kerabu Kacang Botol dengan Serunding.
Bahan-bahan membuatnya :-
Kacang Botol 5 batang
Timun setengah biji
Sedikit kubis
Cili Api
Bawang Besar setengah biji
Sebatang serai
2 keping Hirisan Lemon
Garam/Gula secukup rasa
Serunding Ayam atau Daging atau Ikan
Seperti biasalah .. Misz-ella kalau masak nak yang senang, cepat dan selalunya akan memanfaatkan bahan-bahan yang ada di dalam peti ais. Maka terciptalah Resepi Kerabu Kacang Botol dengan Serunding ini.
Hiris nipis Kacang Botol, Timun, Kubis, Cili Api, Bawang Besar dan Serai. Masukkan secubit garam dan gula, perah lemon. Gaul hingga sebati. Masa nak makan, tabur sedikit serunding. Mudah, kan. Paling penting sedap. So korang sila lah periksa peti ais masing-masing. Gunakan apa yang ada di dalam Peti ais kita, jangan membazir ok.
No comments:
Post a Comment