Pages - Menu

Konsert Tanah Airku di Dewan Filharmonik Petronas

Hello pembaca budiman ..

Masih ingat entry Misz-ella tentang Konsert MPYO & Friends di Dewan Filharmonik Petronas pada 8 Oktober 2017 yang lalu? OK .. I missed it. Terlalu banyak yang perlu diuruskan hingga Misz-ella tak berkesempatan untuk menyaksikan konsert tersebut .. tapi tak perlu susah hati kerana MPYO bakal meneruskan keraian ulangtahun ke 10, kali ini berkolaborasi dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).



Bertemakan Konsert Tanah Airku, kolaborasi ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 17 November 2017 dan Sabtu, 18 November 2017 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Konsert ini merupakan kolaborasi kedua MPYO dan OTM; kolaborasi pertama ialah pada tahun 2014 di Johor Bahru. Sebelum ini, MPYO pernah berkolaborasi dengan Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s Symphony Orchestra dan Queensland Youth Symphony Orchestra. Kesemua kerjasama ini telah memantapkan kemahiran dan versatiliti MPYO ke tahap yang lebih tinggi.

Konsert ini akan terus mengukuhkan kedudukan MPYO sebagai sebuah orkestra yang bertenaga dan bersemangat tinggi. Dengan ahli berjumlah 98 pemuzik, penubuhan MPYO bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan pemuzik remaja terhadap minat mereka dalam seni dan menggabungkan mereka dalam ensembel yang bertaraf tinggi. Sepanjang penubuhannya yang singkat, MPYO telah menjelajah Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Brisbane, Australia.


Penubuhan OTM pula merupakan usaha berterusan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia melalui Istana Budaya bagi menstrukturkan semula ahli muzik tradisional dan menjadikan kepelbagaian peralatan muzik tradisional Malaysia ke taraf professional dan antarabangsa. Orkestra ini juga dilihat sebagai pemangkin revolusi muzik Malaysia abad ke-21 berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik. Gabungan ini menjadi satu landasan untuk penyatuan rakyat Malaysia.

Untuk konsert ini, MPYO dan OTM akan mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan rakyat seperti Sri Mersing, Laksaman Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut.



Konsert ini juga bakal diserikan dengan penampilan legenda rock, Datuk Ramli Sarip. Beliau akan mengalunkan suara melalui lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu dan Syair Laila Majnun.

Ini merupakan penampilan ketiga beliau di pentas DFP setelah menjadi artis undangan untuk konsert Khadijah Ibrahim pada tahun 2008 dan konsert solo beliau pada tahun 2010.


Konsert ini bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose (MPYO) dan Mohd Yazid Zakaria (OTM), dan menampilkan penyanyi Norihan Saif


Maklumat Konsert

‘Konsert Tanah Airku’

Tarikh
Jumaat, 17 November 2017 dan Sabtu, 18 November 2017 jam 8.30 malam

Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS, KLCC

Orkestra / Konduktor / Vokal
Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia
Orkestra Tradisional Malaysia
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Mohd Yazid Zakaria konduktor
Datuk Ramli Sarip vokal
Norihan Saif vokal

Harga Tiket
RM100 dan RM60

Box Office
Selasa hingga Sabtu:10.30pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan
Ahad: 12.00 tengahari sehingga waktu persembahan
Tutup pada Isnin kecuali jika ada persembahan berjadual

Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my
Laman Web: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my

So kepada sesiapa yang belum pernah menyaksikan persembahan orkestra di Dewan Filharmonik Petronas yang sangat berprestij ini, sila lah buat tempahan anda hari ini .. sila dail nombor di atas atau email link yang diberikan sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment