Makin murah rezeki Sharnaaz
Ahmad selepas berumah tangga. Beliau mula giat berniaga tudung yang dihasilkan
oleh ibunya. Kebetulan pula, aktress Nabila Huda baharu sahaja membuka butik pakaian
muslimah berkonsepkan vendor. Sharnaaz berminat untuk turut serta menjadi
vendor kerana sudah tentu, dengan populariti Nabila Huda pasti dapat menaikkan
jenama tudungnya. Para peminat yang ingin melihat sendiri bagaimana Sharnaaz menjual
tudung, bolehlah mengikuti drama terbaharu di slot Iris iaitu Mr. Hijab yand sudah mula ditayangkan pada 17 Oktober yang lalu.
Dalam Mr. Hijab, Shaarnaz
membawakan watak sebagai Rem, yang kacak dan sungguh arif dalam
penggayaan hijab hingga berjaya menawan hati para pelanggan di butik milik Fazira yang
dilakonkan oleh Nabila Huda.
Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan
untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda
bernama Syamiel (Hafiz Hamidun). Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi
tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik
muslimahnya. Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk
menjadi vendor.
Penjual pakaian muslimah atas
talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk menyertai butik Fazira dan
Fazira teruja untuk menerima beliau kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.
Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun mempunyai beberapa
buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira
mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya.
Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman. Mereka sering berbalah perkara yang remeh temeh. Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi.

Sementara itu, Rem yang
membantu ibunya atau lebih mesra dipanggil Kak Chik mencadangkan ibunya untuk
mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira. Kak Chik (Datin Fadhilah Mansor)
teruja tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak
kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang
dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain
untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat
mencari ibunya dan akhirnya kata-kata Rem menjadi kenyataan, apabila Fazira menawarkan
Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai
jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur
strategi yang lebih hebat lagi untuk ibunya.
Malang menimpa, Kak Chik
diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas ibunya. Mempunyai wajah yang
kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem berjaya menarik lebih ramai
pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna
dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk
menawan hati Rem.
Menarik, kan cerita ni dan tertarik tak untuk melihat bagaimana Sharnaaz menggayakan pelbagai gaya tudung dalam Mr. Hijab?
Abang Sharnaaz pun reti lilit tudung tau!! Jom kita saksikan sama-sama dari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang, hanya di TV3 ok .. jangan tekan siaran lain ye.

No comments:
Post a Comment