Pages - Menu

Promosi "WOW" di kedai Ayamas


Hello pembaca budiman ..

Siapa suka Ayam panggang dari Kedai Ayamas? Saya!! *sendiri tanya sendiri jawab .. hehe* 

Misz-ella memang sukakan Ayam panggang dari kedai Ayamas ni. Kalau beli seekor, berebut-rebut makan dengan Aiman .. nak pulak perisa kegemaran kami ~ Percik Roasters!

Buat penggemar-penggemar Ayam panggang dari Kedai Ayamas seperti Misz-ella, ini ada berita baik untuk kita semua ...






Kedai Ayamas baru-baru ini melancarkan “Promosi Wow” yang menawarkan pemberian produk Ayamas Kitchen secara percuma apabila pelanggan membeli seekor ayam panggang Roaster (pilih dari Golden/Pepper/Percik) berharga RM23.50.


Dengan slogan “Setiap hari Istimewa di Kedai Ayamas”, promosi yang dijalankan sepanjang bulan Oktober ini memberi peluang kepada para pelanggan untuk mendapatkan barangan percuma dari rangkaian produk Ayamas Kitchen setiap hari apabila mereka membeli seekor ayam panggang Roasters kegemaran mereka!


Antara produk Ayamas Kitchen yang ditawarkan secara percuma adalah Pati Ayam setiap hari Isnin, Pek Rempah Ratus setiap hari Selasa, Sos Rendang paket pada hari Rabu, Santan Kotak KARA setiap hari Khamis, Pes Kurma setiap Jumaat, Rempah Perapan setiap Sabtu dan Pes Masak Merah setiap Ahad.

“Promosi Wow” kini berlangsung di semua cawangan Kedai Ayamas di seluruh negara untuk tempoh yang terhad, iaitu sepanjang bulan Oktober 2017 sahaja.*

So apa lagi, jom kita cepat-cepat ke kedai Ayamas dan beli lah Ayam panggang kesukaan kita *Misz-ella pilih Percik Roasters!* dan bawa pulang untuk kita jamu beramai-ramai .. produk Ayamas Kitchen tu pulak boleh kita gunakan untuk hari berikutnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari www.kedaiayamas.com.my atau log masuk ke Ayamas Roasters Facebook Page.

No comments:

Post a Comment