Hello pembaca kesayangan ..
Kali ini Misz-ella bawakan Al-kisah Misz-ella dan rakan-rakan media menyertai program Explore & Experience Perak. Trip selama 3H/2M anjuran Malaysia Tourism Information Center (MaTiC) dengan kerjasama Lumino Network dan People of Remarkable Talent (PORT) ini telah membawa kami ke negeri Perak untuk merasai pengalaman yang jarang dilalui oleh pengunjung-pengunjung ke Perak. Ada banyak kisah yang ingin Misz-ella kongsi dan Misz-ella akan ceritakan satu persatu. You all semua sila lah bertabah dengar bebelan saya ye ..
Bandar pertama yang kami lawati ialah Tanjung Malim yang lokasinya lebih kurang 70km dari bandar Kuala Lumpur ini. Tanjung Malim bukanlah asing buat Misz-ella kerana Misz-ella sekeluarga sering berkunjung ke bandar kecil ini untuk ... MAKAN!! Al-maklumlah ianya tak jauh dari Kuala Lumpur so sesekali nak makan sedap .. maka ke Tanjung Malim lah kami semua.
Walaubagaimanapun, kunjungan kali ini sangat berbeza sebab Misz-ella berpeluang untuk mengenali Tanjung Malim dengan lebih terperinci. Tanjung Malim juga terkenal kerana kewujudan 'Proton City' dan berjiran dengan bandar-bandar kecil yang lain seperti Behrang 2020, Slim River dan Sungkai. Dibawah pentadbiran Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Tanjung Malim menjadi antara bandar yang termaju di Hulu Perak dan boleh dikunjungi melalui perkhidmatan KTM Komuter secara langsung ke Kuala Lumpur. Selain dari itu, perkhidmatan keretapi laju ETS turut ada dan ini meningkatkan lagi taraf pengangkutan di bandar Tanjung Malim.
Tanjung Malim juga terkenal kerana Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut berada di sini. UPSI, pusat latihan guru pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 merupakan institusi pengajian tinggi tertua di negara kita. Hebat kan Tanjung Malim. OK jom sambung baca lagi coretan Misz-ella ini ..
Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Kampung Kubu, Tanjung Malim yang merupakan penempatan terawal di Tanjung Malim ini. Di sini barulah Misz-ella tahu yang Tanjung Malim mendapat namanya gara-gara terdapat sekumpulan alim ulama yang berkampung di sini di awal penubuhannya.
Misz-ella berdiri di pintu masuk Kampung Kubu yang terletak di hadapan Balai Lintang, Tanjung Malim tak jauh dari bandar Tanjung Malim itu sendiri dan boleh dilihat dari jalan utama.
Menariknya di Kampung Kubu ini kita boleh mendapat informasi tentang sejarah penubuhan bandar Tanjung Malim dan masih terdapat beberapa peninggalan sejarah di sini dan meskipun terletak berhampiran dengan pusat bandar, masih terasa suasana kampung bila kita berada di Kampung Kubu ini.
Secara amnya, Kampung Kubu kecil tapi menarik dan merupakan tempat paling sesuai untuk dilawati sekiranya kita ingin mengenali Tanjung Malim dengan lebih dekat lagi.
Hello .. hello .. Kami sudah berada di Tanjung Malim Street Art .. hanya berjalan kaki dari Kampung Kubu tadi.
Di sini, deretan dinding belakang bangunan kedai dicat cantik dan kreatif mengikut segmen-segmen yang tersendiri. Lorong ini Misz-ella namakan lorong Sains. Ada banyak lukisan-lukisan bercirikan angkasa lepas atau aerospace di sini.
Ini segmen haiwan .. ada bermacam lukisan haiwan-haiwan di sini tapi cuma ini yang sempat Misz-ella rakamkan.
Ini pula adalah segmen pendidikan dimana dilorong ini anak-anak kecil diberi motivasi untuk ke sekolah dengan cara yang sangat meriangkan.
Manakala di segmen yang lain pula *you all kena masuk setiap lorong ye* terdapat segmen penghargaan kepada setiap Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama sehinggalah yang sekarang. Secara amnya, Tanjung Malim Street Art Mural dibina selain untuk mengindahkan lorong-lorong belakang deretan kedai-kedai, ia juga bertujuan untuk mendidik pengunjung-pengunjung dengan cara yang sangat santai dan meriangkan. Kalau ke Tanjung Malim, jangan lupa ke sini, ok.
Selepas makan tengahari di Restoran Garden Seafood (sila rujuk Entry ini), kami terus ke Check In ke Risda Eco Park yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak.
Ok yang ini sangat menarik sebab malam itu kami tidur di dalam estet Kelapa Sawit milik Risda. Dalam perjalanan ke sini, Misz-ella terdetik juga di dalam hati .. betul ke ada resort dalam estet sawit ni? Bukan sahaja perjalanan masuknya jauh, malah macam tiada penempatan di sini tapi ternyata apa yang Misz-ella musykilkan itu sangat TIDAK BENAR! Entry tentang Risda Eco Park yang sangat eco-friendly ini akan Misz-ella buat kemudian ye untuk pembaca kesayangan Misz-ella ini. You all kena baca .. harus baca .. sebab tempat ini sangat best!!
Selepas Check-In, kami bersiap-siap untuk aktiviti pertama kami di sini - Water Tubing, aktiviti menyusuri sungai di atas pelampung beramai-ramai. Walau ini bukan kali pertama Misz-ella ber 'water tubing' .. I was still nervous ok .. biasa lah .. Misz-ella gagah perkasa dengan air 'rain shower' dalam bilik air je .. air sungai, air laut i penakut *hehehe*
Dah siap? Mari kita naik lori beramai-ramai menuju tempat pelepasan. WahWahWah .. kalau di Kuala Lumpur, jangan harap nak naik lori macam ni .. maka keterujaan pun berganda .. mengalahkan keterujaan naik kapal terbang you alls !!
Kan dah cakap tadi keterujaan berganda-ganda .. masa ni memang seronok, macam dah kenal lama padahal baru pagi tadi kita berkenal-kenalan, kan ..
Kalau dah namanya eco-friendly and back-to-nature activity, jangan mimpilah pelampung glamour berwarna warni macam di Taman Tema Air tu kan .. ye ini lah kami dengan pelampung tayar masing-masing .. tak sabar dah masa ni ..
Dan perjalanan menyusuri Sungai Ulu Slim pun bermula. Tenang sungguh air di sini tetapi air yang tenang jangan disangka tiada arus derasnya ..
Sebab selepas melepasi jeram kecil di belakang tu, Misz-ella terjatuh ke dalam air tapi dengan selambanya sempat posing lagi depan kamera sebelum tiba-tiba rasa macam rabun sebab 'contact lens' terkeluar dari kornea mata, Olololo Cik Ella .. mula-mula ku fikirkan habislah 'eyelashes extension' ku tercabut .. rupa-rupanya 'contact lens' yang buat hal .. kecoh sekejap Sungai Ulu Slim *hehehe*
Sejujurnya, pengalaman ber water tubing di sini sangat best! Jangan takut jangan ragu .. you all kena cuba, ok .. jatuh-jatuh tu biasalah .. lagipun bukan Misz-ella sorang je yang jatuh .. yang macho-macho tu pun ramai jatuh you alls ... enjoy je kitorang ..
Malamnya, kami makan malam beramai-ramai - BBQ dinner yang disediakan oleh orang kampung. Sedap sungguh makanan yang disediakan .. berselera kami menambah kalori selepas berpenatan bermain air siang tadi. Lepas makan, kami berpeluang untuk menonton persembahan Tarian Sewang yang dipersembahkan oleh orang-orang Asli di sini dan kami juga turut berpeluang untuk menari bersama. Walaupun ini bukan lah pengalaman pertama Misz-ella menari Tarian Sewang sebab sebelum ni pernah menari dengan Kumpulan Orang Asli yang sama semasa mereka mengadakan persembahan di Menara Kuala Lumpur tetapi tetap seronok bila menari beramai-ramai di sini.
Dan akhirnya, sekeping dua gambar buat kami abadi kan kenangan manis kami bersama Orang Asli dan komuniti di sini. Seronok, kan hari pertama Explore & Experience Perak ni .. best!! Memang best!! Malamnya kami tidur lena kerana kepenatan, kekenyangan dan kesukaan. Betul lah cakap orang tua-tua .. Kenyang Perut Suka Hati!
Ok Misz-ella dah habis kongsikan aktiviti Explore & Experience Perak Hari Pertama, nantikan entry hari ke 2 dan ke 3. Tak sabar nak cerita ni .. you all jangan lupa datang and check it out, ok. Terima Kasih baca. Bye!
Teringat bestnya water tubing tu. Luka kt kaki ni pun tak habis lagi. Haha
ReplyDelete