Hari ke 2 di Tanjung Malim Misz-ella mulakan dengan aktiviti riadah pagi. Bangun pagi menghirup udara segar dan disambut dengan suara burung riang ria menyanyi bersama .. alololo .. best nya!!
Gambar dari laman rasmi Risda Eco Park
Risda Eco Park ialah sebuah penginapan eco-friendly yang terletak di Kampung Ulu Slim, kira-kira 30km dari bandar Tanjung Malim. Dibangunkan oleh pihak Risda Estates Sdn Bhd untuk memberi peluang kepada pencinta alam sekitar merasai pengalaman hidup bertemankan keindahan alam sekitar di sini. Dikelilingi hutan simpan berlatar belakang Banjaran Titiwangsa, Risda Eco Park menawarkan penginapan di dalam kabin yang sederhana tetapi sangat selesa.
Katil 2 tingkat disediakan dan sebuah kabin boleh memuatkan sehingga 6 orang tapi kami duduk 4 orang se kabin sahaja. Tuala mandi, bantal, selimut, penghawa dingin dan kipas turut ada dan jangan risau sebab setiap kabin lengkap dengan tandas dan bilik mandi.
Landskap di sini sangat menarik .. Misz-ella enjoy moment di mana Misz-ella bangun pagi-pagi untuk explore tempat ini. Masih teringat akan kesegaran udara yang dihirup, kicauan burung yang ibarat mengucapkan Selamat Pagi kepada Misz-ella dan betapa bahagianya mata bila yang ada di depan mata adalah kehijuan semuanya .. I am a nature lover person .. Back to nature is always the best therapy for me! Best lah!! Saya suka!
Kalau you all pencinta alam sekitar .. elemen-elemen seperti air, bunyi dan kehijauan penting dalam hidup kita, kan. Air Sungai Ulu Slim ini sangat jernih dan bersih, suasana di sini sangat tenang, indah dan mendamaikan. OK dah rindu dah kat tempat ni .. tiba-tiba rasa nak repeat!
Dan ada banyak gazebo cantik untuk berehat ~ sambil menghayati pemandangan cantik, hirup udara segar sambil layan bunyi deruan air sungai yang diselang seli dengan bunyi burung berkicauan. Wow sangat, kan.
Antara aktiviti outdoor yang kami lakukan di Risda Eco Park ini ialah ber ATV.. pagi-pagi Misz-ella dah merempit dalam ladang sawit ni dengan kawan-kawan. Misz-ella dah banyak kali ber ATV, baik di tepi pantai mahupun di tempat-tempat lain dan semestinya ber ATV di dalam estet memberi pengalaman yang lain dari yang lain. Suasana sangat sejuk kerana kami dipayungi oleh pokok-pokok sawit, perlu merentasi anak sungai kecil dan paling best dah tentu kerana ditemani kawan-kawan yang sporting lah, kan ..
OK dah tiba masa untuk Misz-ella dan kawan-kawan ber Flying Fox. Teruja sangat-sangat nak fly tapi sebelum tu sempat posing dulu *tehehehe*
Satu, dua, tiga .. JUMP!! Tapi Misz-ella degil, lepas take off yang ke empat baru Misz-ella JUMP and FLY .. Paling best di sini sebab kita mendarat dan jatuh ke dalam air yang tidak lah dalam tetapi sangat 'friendly' .. jatuh-jatuh manja gitu. Best ! Sangat best! Hanya lebih kurang 100 meter sahaja panjang laluan Flying Fox ini .. so beginner jangan lupa cuba, ok.
Selain dari itu, ada banyak aktiviti lain yang boleh kita lakukan di sini - Motor Cross, Montain Biking, Memancing, River Rafting, Berkelah di Air Terjuk Lubuk Timah, Jungle Tracking, Berkayak dan macam-macam lagi. Well .. look like Misz-ella kena repeat tempat ni ..
Pakej bercuti sambil beriadah di Risda Eco Park ada berbagai pilihan ye. You all boleh pilih samada mahukan pakej yang lengkap dengan makan dan minum atau boleh juga ambil pakej Free & Easy or cater your own package. Untuk makluman, ada kampung berdekatan dengan Risda Eco Park ini. Tak perlu risau kalau you all tak ambil pakej berserta makanan dan minuman sebab ada kedai makan kecil di kampung ini. Nak tau lanjut tentang Risda Eco Park? Layari laman web ini ye .. www.espek.com.my atau hubungi no telefon 03-42704021.
Lepas Check Out kami melawat Environment Natural Element (ENE) Ginger Farm. Ini menarik sebab Misz-ella peminat setia halia. Halia dalam masakan Misz-ella kunyah gitu je. ENE Ginger Farm ini terletak di Bandar Industri Behrang 2020, Tanjung Malim, Perak.
Menariknya di sini kerana ENE Ginger Farm menanam halia spesis 'bentong' yang dahulunya hanya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di daerah Bentong, Pahang sejak berpuluh tahun dahulu. Di Bentong, halia ini ditanam di kawasan tinggi berbukit bukau. Ianya merupakan halia yang terbaik, paling berkhasiat, berkualiti dan paling mahal.
ENE Ginger Farm telah mengambil inisiatif untuk menanam halia 'bentong' di sini .. meskipun berbeza keadaan mukabumi, tetapi melalui teknologi terkini, mereka mampu menghasilkan halia 'bentong' tanpa menjejaskan kualitinya.
Di sini kami berpeluang untuk belajar cara-cara menanam halia 'bentong' .. tak susah pun tanam halia. Senang sangat.
Kami juga dijamu dengan pelbagai jenis Air Halia - antaranya Teh Tarik Halia, Lime Ginger dan bermacam lagi. Misz-ella jatuh hati pada Lime Ginger + Asam Boi maka 2 botol ku bawa pulang.
Ini lagi 'rare' sebab Misz-ella berpeluang merasai halia mentah yang sedang menjalani proses pengeringan. Dah nama pun peminat halia maka tanpa ragu-ragu .. ummmm .. pedas dan sedap!
Selepas itu, kami ke Inap Desa Azriefa Homestay untuk segmen 'Life of Ramli Sarip' .. Amboi .. dengar tajuk segmen pun sudah buat hari Misz-ella teruja.
Inap Desa Azriefa Homestay sangat besar, selesa, lengkap dengan perabot dan boleh memuatkan sehingga 10 orang dalam satu masa. Hanya RM200 semalam untuk penginapan homestay sebesar dan selesa seperti ini. Murah, kan. Halaman rumah dan persekitaran sangat bersih dan menenangkan.
Di Inap Desa Azriefa Homestay, tetamu juga boleh mengambil Pakej yang lengkap dengan makanan dari pagi sampai malam iaitu tambahan RM35 sahaja seorang .. Jangan mintak Chicken Chop ye pembaca kesayangan sebab di sini kita bakal dijamu dengan masakan kampung yang sangat asli, sedap dan semulajadi. Dah lama Misz-ella tak makan duduk bersimpuh, fefeeling ayu sungguh masa ni .. *tehehehe*
Dikelilingi sawah padi menghijau, kami dijamu dengan Durian kampung yang tersangatlah sedap sampai Misz-ella terlebih makan *cadangnya nak makan 2, 3 ulas je .. hehe*
Dan minum petang kami adalah Ubi Kayu Rebus cicah Kelapa dan Sambal bilis yang sangat sedap .. tradisional sangat, kan.
Buat mereka yang ingin merasai pengalaman tinggal di rumah kampung boleh lah telefon no di atas .. Best tau! Misz-ella sendiri sedang merancang untuk ke sini sekali lagi dengan kesayangan.
Dah selesai makan tengahari dan minum petang, kami ke Air Terjun Sungai Chelik yang terletak di Simpang Pulai, Mukim Kinta. Air Terjun Sungai Chelik yang masih 'dara' ini tidak dibuka kepada orang awam kerana ianya telah dipilih oleh Jabatan Mineral dan Geosains Perak untuk diwartakan dibawah pembangunan Geopark Lembah Kinta yang masih di dalam perancangan Kerajaan Negeri Perak. Sebarang pendakian tanpa izin Jabatan Mineral dan Geosains Perak adalah dilarang sama sekali. Kami merupakan kumpulan pertama yang berpeluang untuk ke Air Terjun Sungai Chelik ini.
Perjalanan sejauh 1.5km ke Air Terjun Sungai Chelik sangat santai jika dibandingkan dengan pendakian ke air terjun lain yang pernah Misz-ella ikuti sebelum ini tapi awas .. kerana terdapat perkampungan Orang Asli berdekatan maka sebarang pendakian ke Air Terjun Sungai Chelik ini harus di bawah pengawasan Renjer Hutan kerana disini juga adalah tempat Orang Asli mencari rezeki. Banyak jerat haiwan dalam ini. Harus berhati-hati dan dengar arahan Renjer, ye.
Selepas lebih kurang 45 minit perjalanan, kami pun sampai ke Air Terjun Sungai Chelik. Ibarat menemui permata di dalam hutan, Air Terjun Sungai Chelik setinggi 12 tingkat ini sangat cantik. Puashati sangat bila jumpa Air Terjun Sungai Chelik ini tapi sayangnya kami tak boleh lama disini kerana masa tidak mengizinkan *gambar air terjun adalah dari rakan media yang lain .. Terima kasih kerana sudi berkongsi*
Perjalanan keluar dari Hutan ini adalah bertemankan lampu suluh dari handphone masing-masing kerana hari dah gelap. Bertemankan Shamsul, kami berdua 'lead' perjalanan keluar .. macam-macam pengalaman menarik kami lalui dan tiba-tiba .. mata Misz-ella spot bulan cantik ini .. Thank you Sham for the photo.
Selepas itu, kami makan malam di Restoran Simpang Tiga yang terletak di Ipoh, Perak.
Makanan ala-ala 'Chinese' yang dihidangkan disini tersangatlah sedap. Pinggan-pinggan kosong itu bukti kami lapar dan enjoy makanan di sini .. Yeay!! Terima Kasih Restoran Simpang Tiga! Restoran Simpang Tiga terletak di D-G Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, Ipoh, Perak. Selain dari makanan ala-ala 'Chinese' yang boleh dinikmati secara 'A-La-Carte', pengunjung boleh juga memilih untuk menjamu selera dengan Nasi Padang yang juga merupakan 'specialty' di sini ..
Memandangkan ini adalah aktiviti terakhir berkumpulan kami sebelum kami berehat, maka berfotoan lah kami semua .. buat kenangan hari tua *hehehe*
Dan akhirnya, setelah ber Flying fox di pagi hari, menyihatkan tubuh dengan air halia, menjamu selera dengan masakan kampung yang sedap di Azriefa Homestay, merentas hutan untuk ke Air Terjun Sungai Chelik dan makan malam di Restoran Simpang Tiga, kami Check In di Tower Regency Hotel & Apartment yang terletak di 6-8 Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown Ipoh City, Ipoh, Perak.
Kalau malam sebelumnya kami tidur bertemankan alam semulajadi, malam kedua kami tidur di hotel berbintang yang ada kolam renang, gymnasium dan berbagai lagi. Hari pun dah jauh malam, badan pun sudah minta rehat, Misz-ella tidur lena bagaikan 'Sleeping Beauty' sehinggalah dikejutkan oleh alarm handphone keesokan hari.
Kesimpulannya, Explore & Experience Perak di hari pertama sangat meriangkan, hari ke dua pula sedikit 'adventures' dan mencabar .. nak tau kisah hari ke 3? Misz-ella teruja nak kongsi dengan you all semua .. jangan lupa check it out later ye. Terima Kasih baca. Bye!
No comments:
Post a Comment