Hello pembaca kesayangan ..
Malaysia negara orang gemuk! Begitulah 'headline' dari sebuah suratkhabar yang pernah Misz-ella baca satu ketika dulu. Kenapa gemuk? Kerana rakyat Malaysia kebanyakannya tidak menitik berat soal kesihatan maka segala-galanya kita makan. Kita makan ikut selera .. tak kira kalori, tak kira lemak, tanpa mengira kesan baik dan buruk makanan tersebut kepada kita dalam jangkamasa yang panjang.
Makin sedap makanan tu, makin banyak kita makan. Tanpa kita sedari kita merosakkan diri kita sendiri kerana kita makan secara berlebihan dan menjadi 'obese' .. Jangan salahkan makanan, salahkan diri sendiri kerana gagal mengawal nafsu makan.
Tambah sedih bila kita tak kesal menjadi gemuk kerana kita melihat kegemukan itu sebagai masalah fizikal dan kosmetik berbanding melihatnya dari sudut kesihatan. Selalu kita dengar "Ahh tak kisahlah .. makan je .. Janji sihat!" Misz-ella nak tanya sikit .. betul ke sihat? Ada buat pemeriksaan kesihatan?
imej dari google
Satu yang nyata, lebih berat badan atau 'obesiti' meningkatkan risiko penyakit berbahaya. Misz-ella sebenarnya tak nak bercerita panjang lebar tentang risiko penyakit yang disebabkan oleh 'obesiti' .. tengok carta di atas dah cukup faham, kan.
Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk menghadiri sessi perkenalan dengan Garcinia Maxx, produk pemakanan kesihatan terbaru di pasaran keluaran syarikat Grand Million Bodywork yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan tiga cara :-
Membakar dan menghalang pembentukan lemak
Mengurangkan rasa lapar
Memelihara kadar gula dan kolesterol di dalam darah agar sentiasa berada di dalam keadaan normal dan stabil
Apakah Garcinia Maxx? Kenapa ia berkesan dalam menurunkan berat badan?
Garcinia Maxx adalah minuman kesihatan yang direka khas menggunakan bahan-bahan semulajadi yang diiktiraf keberkesanannya untuk menangani 3 masalah di atas.
Imej dari google
Imej dari google
Bahan utama Garcinia Maxx adalah Asam Keping atau bahasa saintifiknya Garcinia Atroviridis. Alahai asam keping je pun .. banyak dekat dapur kita, kan. Selalu kita capai sekeping dua untuk masak kari atau Asam Pedas.
Imej dari google
Ye Asam Keping memang sangat biasa-biasa tetapi khasiat yang ditawarkan oleh sekeping asam keping tersangatlah bermanfaat untuk menurunkan berat badan dan kesihatan. Pokok Asam Keping yang berasal dari Malaysia juga boleh didapati di negara-negara jiran berdekatan seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Menariknya tentang pokok Asam Keping ini adalah bunga, daun serta buah nya boleh dimakan dan sangat berkhasiat untuk kesihatan dan berupaya untuk menurunkan berat badan. Buah, bunga serta pucuknya dikatakan boleh membuat kita awet muda ... auwwww .. sebatang pokok asam keping sangat berharga untuk manusia, kan.
Selepas setahun membuat kajian, pihak Grand Million Bodywork memilih buah Asam Keping sebagai bahan utama Garcinia Maxx. Khasiat Asam Keping boleh didapati melalui garam Acid Hydroxy Citric (HCA) yang terhasil dari air rebusan buah Asam Keping tersebut. Bersifat anti-oksidan, ia tidak berbau, tiada perasa dan merupakan herba alternatif yang paling berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolesterol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghad pengumpulan asid-asid lemak dan kolesterol di dalam badan. Ia juga membantu mengawal selera makan malah amalan meminum air rebusan Asam Keping telah lama diamalkan sebagai alternatif untuk mengecutkan rahim oleh ibu-ibu dalam pantang.
Jason Teo, Pengarah Eksekutif Pemasaran Grand Million Bodywork bersama Garcinia Maxx
Garcinia Maxx yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan juga mengandungi bahan-bahan terpilih lain iaitu Acai Berry, sejenis buah kecil berwarna ungu yang dikatakan buah paling berkhasiat di kalangan buah berries yang lain. Acai Berry berupaya untuk mengurangkan lemak di dalam badan dan juga merupakan energy booster yang terbukti berkesan meningkatkan stamina pengamalnya.
Garcinia Maxx menggunakan Nano Sugar - Pemanis pengganti gula semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan. Ianya 80% rendah kalori berbanding dengan gula dari ekstrak tebu yang biasanya terdapat dalam rumah kita. Kita semua tau yang manis gula sebenarnya racun yang tidak kita sedari. Lagi banyak kita ambil makanan/minuman manis, makin tinggi risiko menjadi gemuk dan mendatangkan penyakit kepada kita. Tapi bak kata orang .. yang manis serta memudaratkan itu lah yang kita suka, food is a sinful pleasure, kan.
Jason bersama Atlet Sukan SEA yang juga turut menyokong Garcinia Maxx
Melalui bahan-bahan terpilih di dalam Garcinia Maxx, pihak Grand Million Bodywork bukan sahaja ingin membantu rakyat Malaysia mendapat berat badan yang ideal malah mendapat kesihatan yang optimum - selera makan lebih terkawal, berat badan menurun, kadar gula serta kolesterol juga menurun tetapi yang menariknya tahap tenaga tidak terjejas malah bertenaga. Berat badan ideal, penampilan anggun dan bertenaga ~ Siapa lah yang tak nak, kan!
Selain dari itu, pihak Grand Million Bodywork turut menawarkan peluang perniagaan buat mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan dengan cara menjadi pengedar Garcinia Maxx pada modal yang sangat rendah.
Garcinia Maxx yang dipek secara berasingan ini (30 peket di dalam 1 botol besar) mudah diambil oleh kita semua - Hanya campurkan ke dalam air suam atau air ber suhu biasa sebelum Sarapan.
Garcinia Maxx yang siap dibancuh berwarna ungu (warna Acai Berry) .. dan ada rasa 'sparkling' sikit ... sebab guna Nano Sugar kot. Sedia untuk diminum dan boleh teruskan rutin harian macam biasa. Tiada pantang larang tapi kalau ada masalah kesihatan, lebih baik dapatkan nasihat Pakar terlebih dahulu. Rasanya? Sedap!!
Garcinia Maxx boleh didapati pada harga RM168 (30 peket) dan didatangkan dengan hadiah losyen pembakar lemak PERCUMA (Selagi Stok Masih Ada).
So buat pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku yang mempunyai masalah lebihan berat badan atau mempunyai masalah susah nak kawal selera makan nampak makanan apa pun ooooohhh .. heaven sungguh! Misz-ella cadangkan you all cuba Garcinia Maxx untuk dapatkan berat badan yang unggul! Bila berat badan dah OK barulah penampilan menarik, kan.
Misz-Ella pun dah ada Garcinia Maxx. Untuk maklumat lanjut tentang Garcinia Maxx ini, boleh hubungi no. telefon 019-8540018 atau layari Facebook Rizi Biz Shop Hq Bangi.
Jom kita kurus dan sihat bersama Garcinia Maxx!
I pay a visit every day some web sites and websites to read articles, but this web site provides quality based writing.
ReplyDeleteEnjoyed reading through this, very good stuff, regards.
ReplyDelete