Hello pembaca kesayangan,
Bila kita sebut perkataan 'Rendang' terus terbayang Hari Raya, kan. Rendang sangat sinonim dengan Hari Raya. Ramai terlupa yang rakyat Malaysia juga 'enjoy' makan Rendang bersama Nasi Lemak!
Seperti yang pernah Misz-ella katakan sebelum ini, Food is a sinful pleasure .. Satu dosa atau penderaan kepada 'tummy' yang kita lakukan dengan senang hati. Kita hanya rasa berdosa pada diri sendiri sesudah kita ditimpa penyakit yang berpunca dari makanan - darah tinggi, gout, kencing manis mahupun penyakit jantung!
Tapi sekarang sudah ada cara untuk mengawal selera makan atau membakar lemak berlebihan - Gunalah Garcinia Maxx!! Baca ENTRY INI untuk kenal Garcinia Maxx dengan lebih dekat lagi.
Berbalik kepada topik asal entry ini iaitu Resepi Rendang Daging Misz-ella, disini Misz-ella nak kongsikan Resepi Rendang Misz-ella yang menjadi pujaan hati teman-teman dan keluarga kesayangan.
Baru-baru ini kawan baik Misz-ella, Puan Sri xyz (bukan nama sebenar) minta tolong masakkan Rendang Daging untuk dijamu kepada kawan-kawan beliau. Sebelum ini dia dah pernah tempah Rendang Ayam dari Misz-ella. Dengan senang hati dan penuh kasih sayang, .....
Tadaaa .. siap pun sekilogram Rendang Daging Misz-ella khas buat untuk beliau.
Bahan-bahan membuatnya :-
1kg Daging Segar (dipotong kecil)
Daun Limau Purut
Daun Kunyit (Dihiris)
Kerisek
Santan
Bahan-bahan kisar :-
Cili Kering
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Serai (5-6 batang)
Kuantiti nya berapa gram? Agak-agak sahaja lah ye. Misz-ella tak pernah timbang *hehehe*.
Cara-cara membuatnya :-
1) Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar.
2) Masukkan daging dan santan
3) Masukkan daun Limau Purut
4) Masukkan garam dan gula
Lepas tu tinggal sebab proses memasak Rendang Daging sangat lama kerana menunggu daging empuk dan sebati rasanya dengan bahan-bahan lain, tapi awas, jaga api sebab kalau api terlalu kuat, nanti Rendang hangit .. dah tak boleh makan *gigit jari ..hehe*
Bila kuah Rendang dah semakin pekat dan daging dah lembut, masukkan kerisek. Kacau rata supaya kerisek sebati dengan kuah Rendang tadi. Masa ni baru lah ambil sudu dan rasa Kuah Rendang kita. Kalau cukup semua rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan tutup api. Jom kita makan!
Senang kan. Tak susah masak Rendang Daging. Cuma proses memasak mengambil masa lebih kurang 2 jam, proses penyediaan lebih kurang 45 minit (potong daging, mesin cili, bawang dan macam-macam lagi).
OK begitulah Resepi Rendang Daging Misz-ella yang sentiasa mendapat pujian kawan-kawan. Apa dia? Malas nak buat? Alaaa .. order dari Misz-ella je lah kalau macam tu*hehehe* OK dah habis berkongsi cerita tentang Rendang Daging dengan you all semua. Terima Kasih baca. Bye.
No comments:
Post a Comment