Mentor, program realiti yang mencungkil bakat nyanyian masyarakat tempatan kembali sekali lagi, kali ini dengan konsep baharu iaitu mahukan yang Otai! Berita baik lah untuk mereka-mereka yang seperti Misz-ella *ohhh saya mengaku memang dah Otai .. hehe* dan mereka yang seangkatan dengannya iaitu warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 35 hingga 55 tahun.
Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, Puan Zurina Othman “Program Mentor yang telah mencungkil bakat nyanyian mereka yang terpendam dan telah mendapat perhatian masyarakat selama ini hanyalah dibuka kepada golongan belia sahaja"
"Pada tahun 2018 ini, TV3 memperkenalkan Mentor Otai untuk memberi peluang kepada mereka yang pernah dan masih mempunyai impian untuk menjadi penyanyi. Ambillah peluang ini dan sertailah industri hiburan tanah air seperti yang anda sentiasa inginkan. Barisan Mentor kami yang sememangnya cukup berpengalaman akan membimbing para protégé mereka sehingga mereka bergelar penyanyi.”
Para peserta uji bakat Mentor Otai hendaklah
mematuhi beberapa syarat kelayakan seperti berikut:
1. Lelaki & Perempuan warganegara
Malaysia yang berumur 35 - 55 tahun sebelum 1 Januari 2018.
2.
Mempunyai bakat nyanyian dan boleh bernyanyi secara solo.
3.
Berpakaian
Kemas & Professional.
4.
Bawa
bersama salinan lagu-lagu minus one
yang hendak disampaikan dalam cakera padat (CD).
5.
Tidak
diurus oleh mana-mana syarikat rakaman dan agensi bakat sebelum dan selepas
program Mentor Otai.
Selain itu, para mentor juga telah berkongsi apakah
kriteria-kriteria bakal protege yang dicari mereka:
·
Misha Omar : “Saya tidak meminta banyak
daripada bakal protege saya. Saya tidak mengambil kira status perkahwinan dan
umur mereka. Asalkan mereka mempunyai suara yang mantap dan mempunyai keaslian
sendiri.”
·
Zarul Husin (Umbrella) : “Protege yang
saya cari adalah mereka yang ikhlas dalam menyanyi dan tentunya boleh menyanyi.
Mereka juga harus mempunyai karakter dan berpengalaman dalam menyanyi.”
·
Sarah Raisuddin : “Mampu menyanyi dalam pelbagai
genre atau versatil adalah kriteria utama yang saya cari. Selain itu, protege
saya haruslah berjiwa Melayu yang kuat dan minat menyanyi.”
·
Tam Spider : “Pertama sekali, bakal protege saya hendaklah
mempunyai bakat nyanyian dan seorang penyanyi yang versatil. Mereka juga
haruslah mengikuti perkembangan dunia muzik tanah air dan sekiranya mereka
boleh bermain instrumen muzik, itu merupakan markah bonus kepada mereka.”
Mentor Otai ini diterajui oleh Encik Muhamad
Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Mentor Otai
akan menemui para penonton sekitar bulan Mac 2018.
So ada tak diantara yang membaca entry ini berimpian untuk menjadi
seorang penyanyi? Kalau ada, jadikan Mentor Otai sebagai platform andauntuk menggapai impian anda!
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial
Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar
#MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan dan kongsikan pengalaman anda di
sesi uji bakat ini di laman sosial.
Assalammualaikum
ReplyDeleteSy bermint ingin menjadi penyanyi
Tp sy akan mencuba.