Hello pembaca budiman,
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia
(PEKA Malaysia) telah melancarkan secara rasmi Save Our Rainforest 2018
atau SORR 2018 iaitu edisi SORR kali ke 6 di Concorde Hotel
Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dengan motto 'CUT THE GREED NOT THE GREEN' SORR 2018 akan diadakan di Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, Selangor pada Sabtu, 24 Mac 2018.
President PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam ucapan beliau menyeru orang ramai menyertai SORR 2018 yang bertujuan untuk mendidik masyarakat agar menghargai dan mencintai hutan di negara kita. Dengan sasaran seramai 2,000 orang peserta untuk menanam sebanyak 1,000 batang pokok hutan pelbagai jenis, SORR 2018 yang melibatkan laluan sejauh 15km akan bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort.
Sepanjang laluan tersebut, peserta bukan sahaja akan menikmati kehijauan Hutan Simpan Gading dan melalui kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor, malah peserta akan diuji di beberapa 'check point' dengan 'fun interactive' aktiviti menarik yang bakal memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan hutan hujan tropika di negara ini.
Ini adalah bersesuaian dengan visi utama SORR iaitu untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada peserta berkenaan
penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. Untuk makluman, SORR sebelum ini telah
diadakan di beberapa negeri iaitu di Hutan Lipur Chamang, Bentong pada tahun
2013, Hutan Simpan Sg Besi, Kuala Lumpur (2014), Hutan Lipur Kuala Woh,
Perak (2015), Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan
(2016) dan Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, Pulau Pinang (2017).
Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil juga berharap agar SORR
2018 akan menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda
agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan tropika di negara ini.
Beliau turut menyatakan kebimbangan PEKA Malaysia mengenai aktiviti
pembalakan tidak terkawal di hampir keseluruhan negara sehingga
menjejaskan kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mentah dan
kepupusan habitat dan hidupan liar di negara ini.
Atas kesedaran tersebut, PEKA Malaysia akan terus memperjuangkan isu
kemusnahan khazanah alam di negara ini dan dalam masa yang sama turut
melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok-pokok hutan seperti acara
SORR 2018 ini dan edisi-edisi yang lepas.
Majlis turut diserikan dengan persembahan pentomin bertajuk “Cut Your
Greed, Not The Green” oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Cempaka yang merupakan kemuncak gimik
pelancaran SORR 2018.
Turut hadir pada majlis pelancaran SORR 2018 ini
adalah wakil-wakil dari para penaja SORR 2018 seperti UMW Toyota sebagai
Penaja Utama, Y Bhg Tan Sri Syed Mohd Yusuf Tun Syed Nasir, Pengerusi Concorde Hotel Shah Alam juga selaku Penaja bersama, Tanah Aina Sdn. Bhd. dan Women’s
Sports And Fitness Foundation Malaysia, Pembinaan C W Yap Sdn. Bhd. dan
beberapa para penaja sebagai Penaja Sokongan SORR 2018.
Turut hadir di majlis pelancaran ini adalah Pengarah Perhutanan Taman
Eko dan Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Pengasas dan Mentor Sekolah
Cempaka, Dato’ Freida Mohd Pilus.
Seperti edisi SORR yang lalu, setiap pasukan yang ingin menyertai SORR2018
akan terdiri dari dua orang peserta dengan bayaran sebanyak
RM80.00/seorang atau RM160.00/pasukan. Dengan hanya RM160.00 sepasukan, peserta akan mendapat Tshirt SORR, sebatang pokok untuk ditanam bersama, medal penamat, sarapan pagi, makan tengahari dan berpeluang untuk menikmati keindahan kehijauan Hutan Simpan Gading sambil mengikuti aktiviti-aktiviti menarik di dalam hutan bersama rakan-rakan yang lain.
Dan buat Misz-ella sendiri .. the mother nature has message for your ~ Love me or lose me *crying*
So macamana pembaca semua? Menarik, kan SORR 2018? Cepat-cepat .. jangan tunggu lagi kerana tempat adalah sangat terhad. Daftar 'online' hari ini di www.peka.org atau hubungi Haikal di talian 017 9019920, Andy (017
3302633), Bazlinda (019 2422625) atau Rahman (017 9019920). Sebarang
pertanyaan juga boleh dibuat melalui email sorr2018@gmail.
No comments:
Post a Comment