Hello pembaca budiman,
unifi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di
bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, kini sudah berwajah baru lantas membuka era baharu dalam sambungan, ke arah Mempercepatkan Konvergens
dan Pemerkasaan Digital.
unifi kini menawarkan 4 perkhidmatan kepada kita semua iaitu :-
unifihome
- “The unifi Perfect Squad” atau ‘Skuad Sempurna unifi’ #pasangsekarang (#installnow) diperkenalkan bagi mendekati isi rumah yang berada dalam radius optimum port sedia ada untuk membolehkan mereka menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.
- Skuad ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat temu janji bagi anggota pemasangan datang ke kediaman mereka dan melengkapkan proses bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut.
- Pakej ini hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my atau kunjungi laman social unifi di www.facebook.com/weareunifi (dahulunya Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan www.twitter.com/HelpMeunifi (dahulunya @TMConnects), serta unifi.com.my/youtube.
So you all kalau jumpa abang awesome ini di sekitar kawasan anda, jangan malu-malu .. dapatkan mereka untuk #pasangsekarang unifi di rumah anda
unifimobile
- dahulunya dikenali sebagai webe
- unifi mobile #BEBAS – produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan dan apa yang mereka mahukan daripada sesuatu produk mudah alih.
- Bukan produk prabayar atau pasca bayar, tetapi ia adalah hibrid yang memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka tanpa sebarang kontrak dan komitmen.
- unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu mobile@unifi.
- unifi mobile #BEBAS membolehkan pengguna menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa.
- Sempena pelancaran unifi mobile #BEBAS, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia!
- Cara-cara mendapatkannya? Muat turun aplikasi mudah alih @unifi di AppStore atau PlayStore, dan buat pesanan.
- Setelah mendaftar, dapatkan kad SIM di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau kita boleh memilih untuk dihantar ke rumah dengan bayaran hanya RM10.60 (termasuk GST).
- Untuk maklumat lanjut mengenai unifi mobile #BEBAS, layari www.unifi.com.my/mobile atau laman social unifi mobile di www.facebook.com/unifiMobile
unifi wifi
- Jangan bazirkan Data Mudah Alih anda!
- Muat turun aplikasi i-foundit! secara PERCUMA dan akses masuk kepada lebih daripada 9,000 hotspot wifi unifi di seluruh Malaysia
unifiTV
- unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara LANGSUNG yang pertama di Malaysia, iaitu Teka Tekan, yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan ini dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.
- Maklumat lanjut mengenai Teka Tekan, ada di blog Misz-ella ini atau layari www.tekatekan.unifi.com.my.
- HyppSensasi HD (116) turut diberi secara PERCUMA bagi membolehkan penonton menyertai rancangan Teka Tekan dan menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.
Selain penjenamaan semula unifi TV, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga kini dikenali sebagai unifi PlayTV. Dengan ini, pelanggan boleh terus menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD sepenuhnya sama ada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran Interaktif sambil menikmati perkhidmatan ini tanpa gangguan cuaca. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi TV, layari www.unifi.com.my/tv dan lawati laman media sosial unifi TV di www.facebook.com/unifiTV (Facebook).
Bersempena dengan pelancaran wajah baru unifi tersebut, majlis penuh meriah telah diadakan pada 24 Januari 2018 lalu dan telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk BazlanOsman, Pengarah Eksekutif / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM; bersama-sama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
Meriah sungguh majlis meraikan wajah baru unifi ini dan Misz-ella.blogspot.com pun turut ada. Best! Memang best! *tak sabar nak muat turun aplikasi i-foundit .. *hehe*
OK .. Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak unifi, jangan lupa layari www.unifi.com.my
No comments:
Post a Comment