Pages - Menu

Fieda Be My Hunnybunnies menyerlahkan penampilan kita agar lebih Wow!


Hello pembaca kesayangan ..

Hari ini Misz-ella nak cerita pasal sesuatu yang cantik! Ye. Entry ini adalah tentang Fieda Be My Hunnybunnies,  rangkaian turban moden yang boleh mencantikkan dan melengkap kan lagi penampilan pemakainya agar lebih WOW!

Well .. turban? Turban is a type of headwear made of cloth. Pemakaian turban secara lebih meluas sangat popular buat penduduk-penduduk di negara seperti India, Afghanistan, Southeast Asia, Arab, Timur Tengah, Asia, Afrika Utara dan Amerika Utara. Pada zaman dahulu, pemakaian turban adalah sangat popular bagi golongan bangsawan, tanpa mengira latarbelakang ugama.

Nak lebih jelas lagi, tengok lah kaum lelaki suku Sikh di negara kita .. dia pakai turban atau serban tutup kepala dia, kan .. kerana itu adalah tradisi dan identiti mereka.

Tetapi Fieda Be My Hunnybunnies yang menjadi topik utama entry ini bukanlah turban biasa-biasa yang boleh didapati di pasaran kerana ianya lain dari yang lain dan direka khas bukan sahaja untuk mereka yang berhijab malah sesuai digayakan oleh mereka yang free hair sebagai pelengkap gaya.

Diasaskan dan diilhamkan oleh Fieda Khalid, penggaya tegar turban sejak dari tahun 2013 lagi. Bermula dari mencuba nya di sebuah butik, beliau mula jatuh cinta pada pemakaian turban tersebut dan yang akhirnya mengkomersialkan fesyen kegemaran beliau ini untuk dikongsi dengan orang-orang di luar sana. 

Misz-ella bertuah kerana dapat mencuba Fieda Be My Hunnybunnies baru-baru ini. Kali pertama menggayakan turban .. saya tiba-tiba rasa ...



Jeng .. jeng .. jeng ... cukup WOW tak?

Fungsi utama turban jenama Fieda Be My Hunnybunnies ini dah semestinya lah untuk menutup aurat bagi yang berhijab tetapi .. buat yang tidak .. wear it as your headgear or accessories ..


Ready for some fun party? Put on your Fieda Be My Hunnybunnies and you gonna have fun with style

Ada 3 kategori Fieda Be My Hunnybunnies yang boleh dipilih oleh pengguna .. yang Misz-ella guna ni ialah dari kategori blink! blink!


Yang ini adalah dari kategori Classy .. dibuat dari songket tradisional .. sangat anggun, klasik dan menawan, kan. Menariknya Fieda Be My Hunnybunnies ini, ianya boleh dipelbagai gayakan, mengikut kreativiti pemakainya. Satu turban, pelbagai gaya! 

It's fun wearing this big satin ribbon .. Fieda Be My Hunnybunnies juga sesuai digunakan di hari-hari di mana kita mengalami simptom 'bad hair day' .. tak sempat nak 'blow' atau 'set' rambut? Fieda Be My Hunnybunnies lah penyelamatnya ..




I have so much loves with Fieda Be My Hunnybunnies collection .. sesuai digayakan di mana sahaja, sesiapa sahaja dan pelbagai gaya ..feeling so feminine with this classy songket collection ..  Berbunga-bunga rasa hati .. rasa anggun sangat .. dah terasa macam Perempuan Melayu Terakhir Misz-ella masa ni ..


Yang hijau muda pucuk pisang ni pulak buat Misz-ella rasa semakin muda, nakal dan rasa macam nak happy-happy je .. setiap helaian Fieda Be My Hunnybunnies memberi impak penampilan berbeza-beza kepada pemakainya .. Best, kan!


Dan tiba-tiba Misz-ella rasa ranggi bila menggayakan Fieda Be My Hunnybunnies yang ini 



Menggayakan koleksi Blink! Blink! Fieda Be My Hunnybunnies bersama Datin Sofea yang lawa, peramah, awet muda dan 'happening' .. sporting sungguh dia sanggup melayan karenah Misz-ella yang tak berhenti-henti menggayakan Fieda Be My Hunnybunnies ni .. Tq Datin Sofea!


 Kalau tadi Misz-ella dan Datin Sofea ber glam-glam, kali ni kami berdua ber fun-fun pulak dengan koleksi Fieda Be My Hunnybunnies yang ni .. cute kan kitorang .. *hehehe*


Sementara itu kesayangan Misz-ella yang seorang lagi ni, Puan Sri Nisa menggayakan Fieda Be My Hunnybunnies dengan gaya beliau tersendiri. Cantik semakin cantik dia dengan Fieda Be My Hunnybunnies .. sweet sangat!



Dan akhirnya .. inilah pengasas Fieda Be My Hunnybunnies, Fieda Khalid, pengguna setia turban sebagai pelengkap gaya yang sentiasa meng 'WOW' kan penampilan beliau dengan koleksi turban Fieda Be My Hunnybunnies walau di mana sahaja beliau berada. Fieda Be My Hunnybunnies dibuat dari bahan berkualiti tinggi seperti lace, songket dan satin, sesuai digayakan oleh semua peringkat umur dan di mana sahaja malah seperti yang Misz-ella katakan tadi, berbeza dari turban-turban lain yang berada di pasaran, koleksi turban Fieda be My Hunnybunnies membolehkan kita bergaya mengikut kreativiti dan gaya kita sendiri. Nak bunga di tepi, nak tutup seluruh kepala, nak lepas separuh rambut ke bawah atau terserah kepada kita bagaimana kita nak gayakan nya .. pilihan masing-masing.


Fieda Be My Hunnybunnies boleh didapati secara online di Instagram Fieda Hunnybunn atau hubungi no telefon 012-3421020. Dengan harga serendah RM89, cepat-cepat dapatkan hari ini dan mulalah bergaya dengan gaya tersendiri dengan Fieda Be Hunnybunnies .. confirm lawa .. confirm WOW! macam kitorang-kitorang di dalam entry ini *wahhh .. puji diri sendiri dan kawan-kawan sendiri la pulak, kan ..*

OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang bagaimana nak lebih meng 'WOW'  kan diri dengan Fieda Be My Hunnybunnies .. nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca entry saya. Esok-esok datang lagi ye. Bye.



No comments:

Post a Comment