Pages - Menu

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah), Melaka


Hello pembaca kesayangan ..

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah) di Melaka bukanlah asing di kalangan kita. Dah terkenal seantero Malaysia sehinggakan Misz-ella pun sentiasa teringat-ingat akan kuih Keria sedap ni setiap kali ke Melaka. 

Melaka sememangnya tempat kegemaran keluarga Misz-ella untuk 'family breakaway' .. Ada masanya, tanpa sengaja kami dah sampai ke Melaka. Masa tu lah baru nak fikir mana nak tidur malam ni .. apa nak makan. Mungkin kerana kedudukannya yang dekat dengan bandar Kuala Lumpur, maka tak perlu perancangan terlalu rapi kalau nak ke Melaka. Kalau ditakdirkan tak da tempat tinggal, kita balik tidur rumah je lah .. tak jauh mana pun Melaka tu .. macam tu lah selalu nya kami kalau ke Melaka, main redah je.



Disebabkan dah terlalu terkenal, tak susah untuk cari gerai Kuih Keria Limbongan (Hjh. Rahmah) ni. Waze sahaja .. terus sampai depan kedai.


Gebu-gebu Kuih Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh Rahmah) ni, kan. Tips kalau nak senang beli Kuih Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah) ni .. 

Elakkan pergi ke Melaka di hujung minggu atau cuti pelepasan am (sebab masa tu orang terlalu ramai .. nanti korang kempunan tak dapat)
Pergi lah seawal jam 11:30 pagi
Jangan pergi hari Jumaat (kedai tutup)

DAN

datanglah dengan 'empty tummy'


Kesemua kuih telah dibungkus siap-siap .. nak 5? atau 20 biji?


Emmm .. kembang kembung pipi Misz-ella, terus gebu .. segebu Kuih Keria Hjh. Rahmah ni jugak, kan. Sedap, gebu, lembut (tak keras) dan cukup rasa. Ada 2 jenis - disira dengan gula melaka dan gula biasa. Pilih sahaja mana yang kita suka. Harga? Hanya 60 sen sekeping, tak mahal, kan.

Tips untuk membeli Misz-ella dah kongsi .. lokasi sudah (Waze sahaja), rasa kuih pun Misz-ella dah cerita, harga pun Misz-ella dah beritahu .. so kalau ke Melaka, you all jangan lupa beli, OK. Confirm tak menyesal! Ok dah habis kongsi cerita. Bye! Terima Kasih baca ye.


1 comment:

  1. Hari tu viral jap pasal kuih keria antarabangsa ni . .tapi CCL belum sempat merasa .. ramai yang feedback sedap ..

    Salam kenal dari CCL yg baru follow sini

    ReplyDelete