Pages - Menu

5 Kali Lebih DHA dengan Dutch Lady 123


Hello pembaca kesayangan,

Hari ini mari kita bercerita tentang tumbesaran anak-anak. Sebagai seorang ibu, lahir sahaja sang anak terus pelbagai impian kita ada untuk dia. Mahu anak kita sihat, mahu anak kita jadi baik, jadi berguna, jadi pandai dan sebagainya lagi.

Setinggi manapun impian kita, segala-galanya hanya boleh dicapai sekiranya anak kita mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan baik kerana hanya dengan akal fikiran yang sempurna kita dapat membuat keputusan yang baik dan tepat dalam kehidupan seterusnya menjadi insan yang berguna.



Dutch Lady Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Dutch Lady 123 yang diformulasikan dengan 5 kali lebih DHA. 



Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia mengatakan bahawa sejak dari awal permulaan Dutch Lady di Malaysia kira-kira 55 tahun yang lalu, Dutch Lady terus berusaha untuk memperbaharui produk-produknya dan telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan Dutch Lady 123 yang mempunyai 5 kali lebih DHA yang sangat diperlukan bagi perkembangan otak anak-anak. 



Apakah DHA dan kenapakah ia penting untuk tumbesaran anak-anak kita? 

Ini adalah kerana kandungan otak manusia adalah 60% lemak dan salah satu lemak paling penting yang terdapat di dalam otak manusia adalah DHA atau docosahexaenoic acid. 



Pengambilan DHA yang cukup semasa seorang manusia itu berusia diantara 1-9 tahun adalah sangat perlu untuk merangsang pembinaan sel-sel otak kerana kajian menunjukkan bahawa tempoh 9 tahun pertama adalah sangat penting dalam pembentukan otak manusia. 



Kandungan DHA yang mencukupi didalam otak membolehkan kita berfikir dengan lebih baik dalam menangani cabaran kehidupan seterusnya menjadi insan yang berguna.

Menyedari hakikat tersebut, Dutch Lady 123 telah diperbaharui dengan 5 kali lebih DHA, disamping mengandungi protein dan 20 vitamin dan mineral yang penting bagi tumbesaran anak-anak.



Pelakon Scha Alyahya yang turut berada di majlis pelancaran turut berkongsi tentang perkembangan anaknya Lara Alana yang membesar dengan susu formula Dutch Lady 123.  Scha berkongsi perasaan gembira beliau kerana bukan sahaja Lara sukakan rasa Dutch Lady 123 malah ianya juga memupuk kecerdasan Lara hari demi hari. Scha melahirkan rasa bangga melihat Lara yang semakin aktif, cergas dan sentiasa suka berinteraksi.




Anak yang sihat dan pintar adalah impian setiap ibu dan 5 kali lebih DHA di dalam Susu Dutch Lady 123 semestinya adalah pilihan yang lebih bijak untuk tumbesaran anak-anak kita.



So, buat pembaca-pembaca blog Misz-ella yang sedang mencari susu formula yang sesuai untuk tumbesaran anak-anak anda, jangan ragu-ragu, dapatkan Susu Dutch Lady 123 di semua pasaraya serta kedai runcit yang berdekatan.


Untuk maklumat lanjut berkenaan susu Dutch Lady 123, layari www.smartmoments.com.my





1 comment: