Hello pembaca kesayangan,
TV3 dan NTV7 terus membawakan pelagai perisa cinta untuk kita nikmati bersama. Siapa lah yang tak suka dengan topik cinta, kan. Walaupun perasaan cinta itu merupakan sesuatu yang sangat rumit dan sering memberikan kita pelbagai perisa ~ adakalanya manis, kadang-kadang masam, pahit dan ada waktu-waktunya tawar .. tetap kisah cinta paling dinantikan oleh penonton semua.
Meski sedang dilanda perasaan dengan kisah cinta tiga segi Fika, Husna dan Shah melalui Jangan Benci Cintaku yang masih lagi bersiaran, TV3 dan NTV7 terus membawakan variasi drama-drama menarik yang akan menghiburkan malam penonton semua bermula akhir bulan Julai ini.
ntv7: Cinta Koko Coklat
Sinopsis
Drama ini
merupakan sebuah adaptasi daripada telenovela Chile yang berjudul ”Dulce Amor”.
Bermula dengan insiden Haikal dan Faizal kehilangan kerja apabila bengkel
tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Mereka berdua juga terpaksa ambil keputusan untuk
berhenti sementara daripada bidang lumba kereta berikutan kekangan kewangan.
Haikal dan Faizal berusaha mencari kerja untuk menampung kehidupan mereka.
Sementara itu, Damia Sofia rimas didesak
kekasihnya Malik, agar perkahwinan mereka dipercepatkan kerana dia belum
bersedia. Damia terkejut apabila Malik tiba-tiba melamarnya sewaktu sambutan
ulang tahun syarikat milik keluarganya, Rich Chocolate. Dia terpaksa bersetuju
demi menjaga air muka Malik, walaupun hatinya tidak sepenuhnya mencintai Malik. Lama kelamaan, Damia sudah
mula rapat dengan Haikal. Malik mula mengatur rancangan lain untuk memisahkan
mereka dan menggunakan ibu Damia iaitu Puan Sri Soraya untuk menghalang cinta
mereka. Apakah kesudahan kepada konflik cinta dan keluarga Damia ini?
Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zahirah Macwilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina dan Sasqia Dahuri, Cinta Koko Coklat sudah mula disiarkan dari 23 Julai 2018 yang lalu pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8:30 malam.
TV3: Samarinda – Semerah Cinta Humairah
Sinopsis
Humairah
meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima
lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Walaupun Shahir
sudah mempunyai kekasih yang bernama Camelia, dia tetap bersetuju untuk
mendirikan rumahtangga bersama Humairah atas arahan ibunya. Mungkin bagi orang
lain, perkahwinan mampu memberi cahaya baharu dalam kehidupan. Namun, nasib
Humairah tidak menyebelahinya kerana selepas berkahwin, dia mendapat tahu
bahawa keluarga Shahir ingin menjadikannya sebagai menantu dengan harapan
bahawa Humairah mampu menjinakkan Shahir yang suka berfoya-foya. Berjayakah
Humairah membimbing suaminya itu ke jalan yang benar? Adakah Shahir akan
berubah?
Semerah Cinta Humairah sudahpun bersiaran di TV3 sejak dari 24 Julai 2018 yang lalu pada setiap Isnin hingga Rabu dari jam 10.00-11.00 malam.
Wahhh .. layan perasaan lah penonton TV3 semua dengan drama lakonan Fahrin Ahmad, Janna Nick, Wan Sharmila, Fadlan Hazim, Idzham Ismail dan Kuza ini !
TV3: Sonia –
Main Naa Bhoolungi
Sinopsis
Drama penuh ini
berkisar tentang Shikha Gupta, seorang wanita cerdik dan berdikari. Shikha
telah berkenalan dengan jejaka bernama Sameer Verma, yang merupakan seorang
usahawan berjaya. Disangkakan sesuai untuk dijadikan suami, Shikha jatuh cinta
lalu berkahwin dengan Sameer. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan
seorang cahaya mata. Pada mulanya, rumahtangga pasangan ini kelihatan seperti
bahagia dan sempurna. Namun, Shikha langsung tidak tahu bahawa nama sebenar
suaminya ialah Aditya Jagannath, dan lelaki ini mempunyai muslihatnya
tersendiri. Suatu hari, Sanveer telah tunjuk belangnya, dan cuba untuk membunuh
Shikha serta menculik anak mereka, Manav. Shikha bernasib baik kerana dia
berjaya diselamatkan. Sejak hari itu, hati Shikha diselubungi dengan perasaan
benci dan marah. Dia bernekad untuk mencari anaknya dan membalas dendam
terhadap Aditya yang telah memusnahkan kehidupannya.
Main Naa Bhoolungi ini adalah khas buat ibu-ibu yang bekerja dari rumah (suri rumahtangga la .. hehe) atau mereka-mereka yang bekerja sendiri seperti Misz-ella kerana waktu siarannya adalah pada jam 4.00-5.00 petang setiap Isnin hingga Khamis bermula dari 26 Julai 2018.
So pembaca-pembaca kesayangan, mari kita nikmati pelbagai perisa cinta bersama drama-drama hebat TV3 dan ntv7 ini!
Setiap drama bersiri ini juga
dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP.
Untuk
maklumat lanjut, layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 dan ntv7 iaitu @tv3malaysia serta
@ntv7malaysia, dan juga Instagram
rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
hahaha klakar je tajuk =D
ReplyDelete