Pages - Menu

9 Tempat Makan Best di Penang


Hello pembaca kesayangan,

Rasanya tak lengkap kunjungan ke Pulau Pinang (Penang) kalau tak cari makanan sedap, kan. Rakyat Malaysia suka makan. Malah dah jadi amalan kita semua meraikan kehidupan dengan makanan. Misz-ella pun tak terkecuali .. pergi Penang mesti nak makan sedap-sedap sampai diet pun lari. Baru-baru ini Misz-ella sempatlah berkunjung ke tempat-tempat favourite untuk kaki makan di Pulau Pinang. Antaranya adalah ..



Nasi 7 Benua, Koo Boo Cafe, Bayan Lepas




Nasi 7 Benua ni tak perlu diperkenalkan lagi kerana sememangnya dah popular di Pulau Pinang tapi Misz-ella baru pertama kali berkunjung ke sini. Ada 7 jenis nasi comel-comel bersaiz kuih lompang setiap satu ~ Nasi putih, nasi minyak, nasi lemak pandan, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi tomato dan nasi kacang.  

Lokasi Restoran Nasi 7 Benua atau Koo Boo Cafe ni sangat strategik. Waze je mesti sampai. Konsep restoran adalah Layan Diri. Masuk je restoran terus pilih nak nasi 7 Benua atau nasi biasa. Lepas tu pilih lauk. Pilihan lauk  banyak, terpulanglah you all nak pilih lauk apa. Harga tak mahal, nasi 7 benua bersama ayam goreng, sayur dan sambal tahu ni cuma RM7.50 sahaja. Rasanya sedap dan Misz-ella sebenarnya nak puji kreativiti pencipta nasi ni. Bijak lah! Restoran dibuka dari jam 11 pagi-11 malam. Datang awal untuk elakkan kesesakan ye nak pulak di waktu puncak.


Nasi Kandar Deen Maju, Jalan Gurdwara, Georgetown


gambar dari FB Kak Yun

Ini adalah antara Nasi Kandar yang paling sedap di Pulau Pinang *menurut selera Misz-ella lah*. Misz-ella suka pergi yang terletak di Jalan Gurdwara, betul-betul di tengah bandar Georgetown. A very famous spot for Nasi Kandar, just Waze Nasi Kandar Deen Maju Jalan Gurdwara and please come early because the queue is usually very long. 


Roti Canai, Roti Bakar Telur Goyang di Jalan Transfer, Georgetown



Ini adalah satu lagi tempat yang harus dikunjungi buat penggemar-penggemar Roti Canai. Dibuka jam 7:00 pagi hingga 1 tengahari setiap hari, gerai roti canai ni terletak di Jalan Transfer berhadapan dengan Restoran Minang dan Malinja Bakery. Gerai ni memang hot spot untuk roti canai, pelbagai bangsa datang bersarapan di sini.




Roti Canai lauk Ayam - RM7.00. Besaq ayam dia, kan 

 

Roti Canai biasa (bersama kuah dal dan sambal) - RM1.00




Dan disini ada dijual Roti Bakar telur goyang. Misz-ella tak makan sebab saya tak suka makan telur cair. Cara nak datang ke tempat ni? Waze sahaja Roti Canai Transfer Road .. confirm tak sesat!


Samosa Centre Sejahtera Muhibbah, tepi Balai Polis Georgetown


Yang ini satu lagi favourite my family. Kalau pi Penang mesti nak singgah gerai ni untuk beli kuih-kuih dia yang sedap.



Lokasi gerai di sebelah Ibu Pejabat Polis Georgetown. Lama dah pakcik ni meniaga kat sini dan kami pun tak jemu-jemu datang support bisnes pakcik sebab kuih-muih pakcik sedap. 


Cendol Pulut, Ais Tingkap, Jalan Chowrasta


Kalau dah berada di sekitar kawasan Pasar Chowrasta tu, selain dari beli jeruk untuk buah tangan, jangan lupa hilangkan dahaga dengan  Cendol pulut dan Ais Tingkap, sirap selasih dengan hirisan kelapa muda diminum sejuk-sejuk masa cuaca panas. Heaven sungguh! Deretan gerai-gerai jual cendol ni duk celah lorong je .. tak susah nak jumpa.


Pasembur Pulau Mutiara, Persiaran Gurney




Ini satu lagi spot yang mesti Misz-ella kunjungi kalau ke negeri Pulau Mutiara ni ~ Persiaran Gurney atau Gurney Drive. 



Selalunya untuk mencari Pasembur Pulau Mutiara ni lah. Kuah dia sedap, sayur-sayur dia fresh tapi kadang-kadang kuih muih dan bahan-bahan lain dia terlebih garing. Mungkin kerana dah digoreng awal-awal tapi its ok sebab kuah dia tersangatlah marvellous! Recommended lah!



Penang Hill Aunty Lily, Bukit Bendera







Misz-ella dan keluarga tak pernah jemu dengan Bukit Bendera. Meski dah banyak kali pergi, Bukit Bendera tetap mahu dikunjungi. Sebab apa tau? Sebab di KL tak dak bukit ni *hehehe* Tiap kali ke Bukit Bendera mesti nak ke food court dan makan ice kacang Auntie Lily.



Chick Peas Masala, Bukit Bendera



Lepas tu mesti cari Chick Peas Masala kat puncak Bukit Bendera tu. Hanya RM5 sahaja sebekas, Misz-ella dah terlalu kerap beli sampai Brother tu pun dah kenal kami, siap bagi diskaun lagi. You all kalau ke Bukit Bendera jangan lupa cari gerai ni ye. Betul-betul berhadapan dengan Owl's Museum dan Owl's cafe tu. 


Laksa, Jagung Cornflakes, Miami Beach, Batu Feringghi



Laksa antara makanan terkenal di Pulau Pinang. Ada orang panggil Penang Asam Laksa, ada orang panggil Laksa Penang. Apa pun namanya, Laksa yang dibuat menggunakan beras dan ikan sebagai bahan utamanya bagus untuk de-tox. Misz-ella kalau makan laksa, suka hirup kuah dan makan sayur-sayur serta bahan-bahan iringan lain. Laksa tu Misz-ella mintak separuh je.

Biasanya kalau ke Pulau Pinang, ramai yang akan cari Laksa daun janggus di Balik Pulau tapi kami malas nak pusing jauh-jauh lagipun kami bukan kuat makan sangat. Makanya memadai lah dengan menjamu selera dengan Laksa Pantai Miami. Sedap weih .. habis Misz-ella makan.



Kat situ ada jual jagung + cornflakes bersusu jugak. Sedap!

Buat pembaca-pembaca blog Misz-ella yang berada di Penang atau sedang merancang percutian ke Penang, sila lah cuba makanan-makanan menarik yang Misz-ella kongsikan ini. Pastikan you all rancang masa perjalanan agar tidak terperangkap dengan situasi kena beratur panjang di bawah terik mentari. Misz-ella so far Alhamdulillah .. tak pernah lagi hampa atau kepenatan beratur lama-lama sebab biasanya Misz-ella bercuti bukan semasa cuti umum atau cuti sekolah so jalan pun lengang sebab masing-masing sedang bekerja. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry. Bye.







7 comments:

  1. Good sharing. Ct sejak dok Penang nih belum sempat lagi round Penang nih. Huhu

    ReplyDelete
  2. selalu pi Penang makan nasi kandar aje dan semestinya Deen Maju!

    ReplyDelete
  3. @ct cheery .. penang best lah bab makan ni

    ReplyDelete
  4. @seri kandi tanah jauhar .. Deen Maju terbaik, kan!

    ReplyDelete
  5. nicely,Thankyou very much sudi share ye Miss

    ReplyDelete