Pages - Menu

EVE - mencantikkan wajah dan merawat dalam satu masa!

Hello pembaca kesayangan,


Kali ini Misz-ella nak berkongsi cerita tentang EVE - krim foundation atau alas bedak yang juga berupaya untuk merawat masalah kulit dalam satu masa. 

Well, kali pertama diperkenalkan dengan EVE, kagum melihat packaging nya yang cantik dan berkualiti ... Teruja!! Maka Misz-ella pun cepat-cepat setuju untuk try EVE ni.



Balqis, pengasas EVE


EVE adalah produk buatan Malaysia yang diasaskan oleh Balqis, menggunakan bahan-bahan yang terpilih dan mengambil kira ciri-ciri produk yang diperlukan bagi seorang wanita Muslimah, khususnya.



EVE adalah krim foundation yang mengandungi habatus sauda, bukan sahaja merupakan alas bedak yang melengkapkan penampilan harian kita malah berupaya untuk merawat kecelaan kulit.

EVE sesuai digunakan oleh semua lapisan umur (sebaiknya bermula dari remaja) dan sesuai dengan semua jenis kulit. EVE tidak mengandungi merkuri dan bahan-bahan terlarang yang boleh merosakkan kulit.

Antara kebaikan EVE adalah :-

habatus sauda
 *imej dari google*


EVE mengandungi habatus sauda atau jintan hitam yang mempunyai pelbagai khasiat dan sering digunakan untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Habatus sauda bersifat anti-penuaan. Kandungan habatus sauda di dalam EVE berkesan untuk meningkatkan warna kulit dan menghalang pengeluaran melanin. Kulit lebih cerah dan warna kulit menjadi lebih sekata sekiranya EVE digunakan secara konsisten. 

EVE berupaya mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat sedia ada.

EVE memudarkan jeragat dan pigmentasi seterusnya melembapkan kulit. Tak ada lagi masalah kulit kering setelah menggunakan EVE.

EVE mesra wuduk. Ini sangat memudahkan kaum muslimah kerana tak perlu membasuh muka beria-ia sekiranya ingin bersolat tatkala krim EVE masih di permukaan kulit kita.

EVE telah diuji oleh dermatologist dan telah digunakan oleh ramai wanita dan berikut adalah antara testimonial dari pengguna-pengguna EVE yang semuanya puashati dan happy dengan EVE.







Cara-cara menggunakan EVE ~ Pam kan EVE ke tapak tangan.



Teksturnya halus, tidak terlalu pekat dan berat, berbau sedikit wangi dan tidak berminyak. 



Hanya satu pam, cukup untuk keseluruhan wajah Misz-ella (nampak sangat muka i kecik, kan)




Lepas tu kita ratakan ke seluruh wajah. Misz-ella kurang suka gunakan berus mekap ataupun span khas makanya Misz-ella tekan, tekan dan tekan lagi secara perlahan-lahan sehingga ianya rata dengan sempurna. Satu lapis sudah mencukupi tetapi sekiranya mahu mekap tahan lebih lama atau extra coverage boleh lah buat lapisan ke dua atau ke tiga.

Dan hasilnya .. 



Tadaaaa .. Warna kulit lebih sekata dan gebu dengan  EVE.

Misz-ella sebenarnya dah masuk botol EVE yang ke dua dan dah mula merasai keberkesanan EVE pada kulit wajah Misz-ella.

Kebaikan EVE pada kulit Misz-ella :-
Mekap tahan lebih lama. Tak perlu touch up sepanjang hari.
Senang diratakan ke seluruh muka ~ Tiada masalah kulit berbelak-belak *i LIKE* 
Sekiranya nak solat, Misz-ella hanya perlu basuh muka dengan air biasa sahaja, tak perlu buang mekap terlebih dahulu kerana EVE mesra wuduk.
Kulit kekal lembap, glowing sepanjang hari.
Tidak berminyak (tak perlu guna facial blotters lagi)
Paling penting, lepas guna EVE, kulit Misz-ella lebih sihat ~ Tiada lagi masalah kulit kering. Kulit kekal lembap walaupun bare face tanpa pakai apa-apa ketika di rumah.
Paling best ialah EVE berjaya mengatasi masalah cik jerawat singgah menumpang menjadi parasit semasa cik bulan nak datang bertandang *kulit lebih sihat dengan EVE .. Yeay*



Secara keseluruhannya, Misz-ella berpuashati sangat dengan keupayaan EVE yang bukan sahaja mencantikkan penampilan malah merawat kulit kita agar lebih sihat. Well .. kulit cantik dan sihat, memang idaman setiap wanita, kan.



Satu unit EVE Treatment Foundation with organic Habatus Sauda bersaiz 20ml ini ialah RM129 tetapi sekarang ada promosi iaitu RM79 SAHAJA!

Bagaimana nak order?
Whatsapp 016-6223138

ATAU 
Whatsapp 010-402-0000
(Sila quote ME semasa mengorder untuk dapatkan harga promosi)


Info lanjut tentang EVE boleh didapati di :-






1 comment:

  1. Hello to every one, the contents existing at this website are actually amazing for people experience, well, keep
    up the nice work fellows.

    ReplyDelete