Hello pembaca kesayangan,
Bulan puasa dah dekat, kan. Belas-belas hari sahaja lagi sampai lah kita ke bulan Barakah yang sering kita nanti-nanti kan ini.
Bulan Ramadan sangat istimewa. Selain dari peluang kita untuk mendapat gandaan pahala, para ibu biasa nya sangat sibuk di dapur menyediakan juadah buat keluarga. Istimewanya Ramadan, kita semua berpeluang untuk makan bersama dalam waktu yang masa - waktu sahur dan berbuka. Salah satu nikmat Ramadan Allah bagi kat kita, kan.
Bulan Ramadan sentiasa buat kita teruja, nak pulak bila waktu berbuka puasa menjelang tiba. Maka kita pun sentiasa terkejar-kejar di bulan Ramadan. Lepas pejabat, nak balik rumah cepat-cepat, nak masak lauk pauk untuk keluarga tercinta. Bukan tak boleh beli juadah di bazar atau pasar-pasar Ramadan tapi hati seorang ibu, biasalah kan .. kalau boleh, nak ahli keluarga makan hasil 'air tangan sendiri' .. masak simple-simple pun tak pe, asalkan puashati.
Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang pes Gulai Ayam Lemak Betutu keluaran nisabakri. Baru-baru ni masak untuk Aiman, amboi .. 5 ketul kepak Ayam Lemak Betutu dia makan seorang je. Sedap ma, terasa rempah dia. Pandai mama masak.
Mama dengan senyum simpul terus ke dapur dan tunjukkan packaging pes Gulai Ayam Lemak Betutu yang dah kosong. Mama masak guna pes ni Aiman, mama tambah santan je .. sebab tu je bahan yang ada. Kalau lah kita titik kan sebatang serai, hiriskan daun limau purut dan tambahkan kunyit hidup seperti yang disarankan dekat belakang packing ni mesti lagi sedap, kan. Tapi mama Aiman ni biasalah, jarang merancang kerja-kerja dapur. Tergerak hati nak masak, apa yang ada je lah. Nasib baik ada pes nisabakri ni. Memudahkan kerja-kerja di dapur mama, tau.
Sebenarnya you all, Misz-ella pernah kehabisan stok pes nisabakri ni. Lalu Misz-ella ke pasaraya berdekatan dan beli pes jenama lain. Hummm .. tak sedap! Sejak dari tu, Misz-ella pastikan stok pes nisabakri sentiasa ada di rumah. Pes nisabakri yang paling Misz-ella suka ialah Pes Ayam Lemak Betutu, Pes Seafood Curry, Pes Asam Pedas, Pes Mee Kari Meletop dan Sambal Ayam Lemak Cili Api (dalam botol). Hummm .. tengok lah tu .. dah tinggal satu je Pes nisabakri kegemaran Misz-ella. Nampaknya Misz-ella kena tambah stok. Puasa pun dah dekat, kan .. memang sesuai lah pada masanya ..
Buat mereka yang ingin flashback entry-entry Misz-ella tentang pengalaman bersama pes nisabakri, bolehlah baca entry ini, ini dan ini.
Buat sesiapa yang ingin membeli pes nisabakri boleh lah hubungi 012-2217094. Jom kita buat persiapan Ramadan kita dengan menambah stok bekalan dapur jom!
Buat sesiapa yang ingin membeli pes nisabakri boleh lah hubungi 012-2217094. Jom kita buat persiapan Ramadan kita dengan menambah stok bekalan dapur jom!
No comments:
Post a Comment