Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Asam Pedas 'Chicken Fillet' NisaBakri, Ayam Goreng Kunyit. Sawi Manis Goreng

Hello pembaca kesayangan,



Hari ni Misz-ella nak kongsikan Menu berbuka 16 Ramadan. Kita berbuka puasa di rumah sahaja dan rasanya inilah Menu berbuka paling simple Misz-ella pernah sediakan sebab biasanya Misz-ella kalau bulan puasa ni, makanan penuh semeja dengan kuih muih lah, buah lah tapi kali ini, simple sebab ada plan mau keluar jalan-jalan lepas makan.

Aiman request Ayam Goreng Kunyit .. kalau ayam goreng, hari-hari pun tak apa kata dia .. senang jaga anak Misz-ella yang seorang ni, tak cerewet.


Dan Misz-ella pulak mahukan Asam Pedas 'Chicken Fillet' ~ Ayam yang dah dipotong kecil-kecil tu, Misz-ella goreng dulu. Tumis bawang putih, bawang merah, halia yang dicampur belacan sampai naik bau, masukkan Serai yang dititik, lepas tu masukkan sahaja Pes Asam Pedas NisaBakri. Misz-ella campurkan kentang dan cherry tomato. Masa kuah mendidih tu, bau dia .. amboi punya lah sedap .. tak sabar nak berbuka. Misz-ella tambah secubit gula(sebab saya tak guna Ajinomoto), tak perlu tambah garam dan air asam jawa .. mudah betul memasak dengan Pes Asam Pedas NisaBakri ni. 10 minit, siap!



Ini kali ke dua Misz-ella masak Asam Pedas guna pes NisaBakri. Kali pertama haritu Misz-ella buat Asam Pedas Ikan Dory. Nak tau rasa dia? Ehemmm .. punya lah kembang rasa hati bila dia orang dok puji Asam Pedas sedap! Dah kenyang makan, baru Misz-ella cerita kat diaorang yang Mama guna Pes Asam Pedas NisaBakri. Sedap, kan. Sebijik rasa macam buat sendiri. Kalau ada daun kesum mesti lagi best. Misz-ella dah kehabisan stok Pes Asam Pedas NisaBakri ni .. harus diorder lagi. Buat pembaca blog Misz-ella yang nak cuba Pes Asam Pedas NisaBakri ni, boleh lah hubungi Jasmine di 012-3027094. 


0 comments: