Hello pembaca kesayangan,
Misz-ella nak sambung lagi bahagian seterusnya trip Ekspresi Media Kenyir 2019. In case if you missed my previous post about the beautiful Tasik Kenyir, please click here here and here.
Bangun tidur rasa sedih sebab hari ini kami kena balik ke Kuala Lumpur. Kenyir terlalu indah sampai Misz-ella tak rindu pun katil empuk di rumah sendiri *hehe* tetapi yang bestnya sebelum balik, hari ini kita nak pergi tengok gajah *teruja sangat*
Gambar dari Amazing Terengganu
Tasik Kenyir kaya dengan flora dan fauna serta terpelihara khazanah alam semulajadinya. Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) terletak di dalam kawasan Hutan Rizab Kekal Hulu Telemung seluas hampir 300 hektar. Mula dibuka kepada orang awam pada tahun 2014, tedapat 18 ekor gajah di sini dan kesemua gajah-gajah ini hidup didalam habitat semulajadi mereka.
Untuk sampai ke kampung gajah ini, kita perlu melalui beberapa jambatan. Jangan risau kerana perjalanan selama 10-15 minit ini langsung tidak membosankan. Tengok kiri nampak hutan, tengok kanan nampak pemandangan yang cantik .. best tau!
Misz-ella rasa bagai berada di Safari Gajah bila nampak anak gajah dibiarkan berkeliaran di dalam hutan ini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah mendekati gajah, bermain dengan gajah dan memberi makan gajah.
Selain dari itu kita juga boleh menyaksikan persembahan gajah.
Gambar dari Amazing Terengganu
Buat mereka yang sporting seperti Jessy, bolehlah menyertai aktiviti bermain dengan gajah .. lepas main nanti dia kiss-kiss sikit dengan belalai dia ..*sweet sangat tau .. hehe*
Kebanyakan gajah di sini adalah anak gajah 'yatim piaitu' yang tiada keluarga gara-gara keluarga mereka dibunuh kerana perdagangan gading. Gajah-gajah ini ditempatkan di KECV, dijaga kebajikan mereka, diberi makan dan pusat ini dibuka bagi menberi pendidikan dan pendedahan kepada orang ramai tentang kelakuan sebenar haiwan yang semakin pupus ini.
Kita sering disogokkan dengan cerita bahawa gajah atau juga dikenali sebagai Raja Rimba ini adalah liar dan sering menimbulkan konflik gajah-manusia kerana gajah sering masuk kampung dan musnahkan kebun, walhal sebenarnya gajah adalah haiwan yang sangat sensitif dan mempunyai pelbagai perasaan. Gajah hanya akan bertindak liar sekiranya habitat dan hidup mereka terancam.
Di KECV, kita akan dapati bahawa gajah boleh menjadi sangat manja dan 'mesra manusia' dan mendengar 'kata' sekiranya dilatih dengan baik.
Seekor gajah memerlukan hampir 120-150kg rumput sehari sebagai bekalan makanan. Gajah juga mempunyai memori yang sangat baik dan mampu hidup sehingga 70 tahun.
Gambar dari Amazing Terengganu
Gambar dari Amazing Terengganu
Lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah ~ tolong mandikan gajah!
Perkampungan Gajah Tasik Kenyir ini dibuka setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.
Untuk lebih maklumat lanjut, layari www.kecv.com.my
Bayaran masuk adalah :-
NON MY KAD HOLDER
Dewasa (12 tahun dan ke atas ) - RM100
Kanak-kanak (7-12 tahun) - RM50
Kanak-kanak (1-6 tahun) - RM10
Kanak-kanak (bawah 1 tahun) - Percuma
MY KAD HOLDER
Dewasa (12 tahun dan ke atas) - RM40
Kanak-kanak (7-12 tahun) - RM20
Kanak-kanak (1-6 tahun) - RM5
Kanak-kanak (bawah 1 tahun) - Percuma
IKAN BAUNG, TASIK KENYIR
Kalau you all nak tau, daerah Hulu Selangor juga terkenal dengan Ikan baung dan Misz-ella sempat merasai keenakan ikan baung Tasik Kenyir.
Kedai yang kami lawati adalah Kedai Mohd Bin Ibrahim yang terletak di belakang Kompleks Bebas Cukai Pangkalan Gawi. Lepas dah habis shopping-shopping barangan bebas cukai, boleh la you all makan di sini.
Masak Tempoyak Ikan Baung dimakan dengan nasi panas, tambah sambal belacan dan sedikit sayur untuk lebih 'ummphh'. Ikannya segar, manis dan isinya sangat halus dan gebu. Harga tak mahal, lebih kurang RM8 untuk dua ketul ikan baung (RM4 seorang).
Kalau you all ke Tasik Kenyir, jangan lupa lawati kedai ini untuk menikmati keenakan Ikan Baung mereka ye. Sedap tau! Misz-ella sampai bungkus bawa bekal balik ke KL.
So, pembaca kesayangan Misz-ella telah habis kongsikan tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir yang Misz-ella lawati bersama trip Ekspresi Media baru-baru ini. Terima Kasih diucapkan kepada pihak Tourism Malaysia kerana lawatan ke Tasik Kenyir yang sangat berilmiah ini. Walau sering ke Kenyir, banyak pengalaman baru yang Misz-ella pada trip kali ini.
Menurut Encik Iskandar Mirza, Pengarah Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Ekspresi Media adalah salah satu langkah yang dijalankan oleh pihak Jabatan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 manakala produk-produk serta lokasi yang dipilih mempunyai kelainan dan keunikannya tersendiri.
Kepada pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), yang bertanggungjawab memajukan Tasik Kenyir, Misz-ella ucapkan Tahniah atas usaha berterusan memelihara industri Eco-tourism. Berbeza betul Tasik Kenyir dahulu dan sekarang. Tahniah sekali lagi!
Buat pembaca-pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku, jemput datang ke Tasik Kenyir. Sekali datang, pasti jatuh hati dan mahu datang lagi *macam i .. hehe* OK we have come to the end of my travel series to Tasik Kenyir, Terima Kasih baca perkongsian saya. Jemput datang lagi ye. Bye.
No comments:
Post a Comment