Misz-ella sambung cerita Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir. Hari ke dua di Tasik Kenyir, kami ke beberapa lokasi menarik di sini iaitu Pusat Santuari Kelah, Taman Herba, Taman Orkid dan Air Terjun Saok. Sebelum tu, kita berfotoan dahulu berlatarbelakangkan anak air terjun yang comel tu..
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Perjalanan dari Air Terjun Lasir ke Pusat Santuari Ikan Kelah Sungai Petang tidaklah mengambil masa yang terlalu lama dengan menaiki speed boat.
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Sebaik sahaja tiba, Misz-ella sangat teruja sebab tempat ini dah berubah menjadi lebih mesra pelancong. Dulu kami perlu hiking berjam-jam untuk ke tempat ikan kelah ni tapi sekarang sudah ada jambatan batu dan jambatan gantung yang tersangatlah cantik, kukuh dan selamat merentasi alam semulajadi Tasik Kenyir untuk sampai ke lokasi ikan kelah ini iaitu Lubok Kejor, Sungai Petang. Dalam perjalanan nak sampai tu, kami berhenti beberapa kali kerana pemandangan sangat lawa, rugi lah tak ambik gambar, kan ..
Bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung ke Santuari Kelah ini iaitu :-
Pusat Santuari Kelah ini hanya dibuka dari bulan Mac hingga Oktober sahaja dan terhad kepada 200 orang pengunjung sehari. Lawatan ke Pusat Santuari Kelah dibahagikan melalui sessi demi sessi. Setiap sessi berdurasi 30 minit dan dihadkan kepada 50 orang sahaja *tak boleh ramai-ramai .. nanti ikan stress ..hehe* Tiket boleh minta pengusaha houseboat atau resort belikan dan memandangkan ikan kelah adalah antara haiwan yang dilindungi, taklimat di Pusat Santuari Kelah ini adalah wajib buat setiap pengunjung.
Bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung ke Santuari Kelah ini iaitu :-
WARGANEGARA MALAYSIA
RM10 (Dewasa) dan RM5.00 (Kanak-kanak)
BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
RM15 (Dewasa) dan RM10.00 (Kanak-kanak)
Pusat Santuari Kelah ini hanya dibuka dari bulan Mac hingga Oktober sahaja dan terhad kepada 200 orang pengunjung sehari. Lawatan ke Pusat Santuari Kelah dibahagikan melalui sessi demi sessi. Setiap sessi berdurasi 30 minit dan dihadkan kepada 50 orang sahaja *tak boleh ramai-ramai .. nanti ikan stress ..hehe* Tiket boleh minta pengusaha houseboat atau resort belikan dan memandangkan ikan kelah adalah antara haiwan yang dilindungi, taklimat di Pusat Santuari Kelah ini adalah wajib buat setiap pengunjung.
Perjalanan hampir 45 minit bertemankan keindahan alam semulajadi Kenyir, udara segar dan bunyi-bunyi alam yang mendamaikan jiwa ~ This is heaven .. Bagai syurga kecil jatuh ke bumi *rindu Kenyir*
Sepanjang perjalanan sejauh 1.7km, ada lima pondok rehat berinformasi. Sambil lepas lelah sambil baca infomasi tentang ikan-ikan yang terdapat di Tasik Kenyir ni.
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Di Hentian 2, ada menara tinjau, tempat rehat dan kedai kecil yang menjual makanan ringan serta makanan untuk Ikan kelah. Yeay!! .. mari kita shopping
Lepas tu, kita hike-hike manja sikit dan akhirnya tibalah kami di Lubok Kejor dan sekali lagi Misz-ella teruja !!!!
Nak tau sebab apa ???
Sebab tempat pengunjung bermain dengan ikan Kelah dah berubah. Kalau dulu, bukan semua orang berpeluang untuk mandi dengan ikan kelah kerana nak turun ke lubuk kelah tu kena berpaut pada tali dan kena pegang tali tu sambil mandi tetapi sekarang tidak lagi.
Lokasi baru lebih selamat dan mesra pengunjung. Tak kira umur ataupun keadaan fizikal, sesiapa pun boleh mandi dengan ikan kelah sekarang ni. Nak tau tak kenapa lokasi bermain dengan kelah ini dipindahkan? Kerana secara fitrahnya, alam semulajadi sentiasa berubah mengikut keadaan semasa .. tempat lama dulu tidak lagi selamat untuk mandi manda kerana dasar air disitu sudah semakin dalam.
You all kenal tak Ikan Kelah ni? Kalau nak tau, Ikan Kelah atau nama Inggerisnya Mahseer adalah sebenarnya ikan kap yang bersisik besar dan kalau you all nak tau, collagen pada badan ikan paling banyak didapati dibawah sisiknya. So, kalau you all makan ikan kelah, pastikan sisiknya dimakan sekali tau *ehhh .. masuk topik sains kecantikan la pulak .. hehe*
Misz-ella gelar ikan ni ikan pembersih kerana ia hidup di dalam air bersih kelas A sahaja. Pandai dia pilih tempat tinggal, kan. Ikan kelah mendiami sungai atau tasik dan akan naik ke anak sungai dan mencari batu-batuan untuk membiak. Tergolong di dalam kategori haiwan omnivor iaitu haiwan yang makan apa sahaja tetapi di Pusat Santuari Kelah ini, pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dari luar kerana dikhuatiri akan menjejaskan eko sistem tempat tersebut. Makanan ikan boleh dibeli di tempat shopping yang Misz-ella sebutkan tadi ye, pembaca budiman.
Ikan kelah yang masih hidup amat mahal harganya iaitu mencecah RM1,000 sekilogram.
Ikan kelah yang masih hidup amat mahal harganya iaitu mencecah RM1,000 sekilogram.
Tengok Am dan Hidayah ... enjoy, kan diaorang ..
Ada dua jenis spesis Ikan Kelah disini iaitu Kelah Hitam dan Kelah Merah. Ikan-ikan disini sebenarnya adalah ikan kelah liar tetapi telah dididik supaya mesra pengunjung. Bila dia kesan kehadiran kita, maka dia pun menghampiri kita secara berjemaah. Dia kiss-kiss sikit .. cuit-cuit sikit .. saja dia nak bermanja-manja .. jangan risau sebab ikan kelah tak de gigi tau.
Kalau you all ada kamera yang hi-tech, boleh lah ambil gambar seperti ini. Lawa, kan! Gambar ini diambil oleh krew Discovery Terengganu. Follow FB diaorang di sini dan IG diaorang di sini untuk lihat posting diaorang tentang Terengganu. Banyak gambar-gambar cantik di situ.
Taman Herba, Pulau Sah Kecil, Tasik Kenyir
Lepas dah selesai bermesra dengan ikan kelah, kami bergerak ke Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil. Pulau Sah Kecil adalah pulau yang paling hampir dengan jeti Pengkalan Gawi, iaitu hanya 7km sahaja jaraknya.
Kiri, kanan, depan belakang semua pokok herba .. rambang mata Misz-ella dibuatnya
Taman Herba adalah rumah bagi 200 spesis tumbuhan herba seperti Misai Kucing, Mas Cotek, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mahkota Dewa, Sireh, Keladi, Pandan, Tongkat Haji Samad dan berbagai lagi.
Selain dari dapat kenal tumbuhan herba dengan lebih dekat, pengunjung juga dapat merasa air herba yang direbus secara tradisional *guna kayu api* disini dengan percuma.
Misz-ella pun cuba *walau dah pernah cuba sebelum ini* macam-macam rasa .. ada yang pahit, tawar tapi yang pasti semuanya beraroma herba.
Cantik pemandangan di Taman Herba ni. Kalau ke Tasik Kenyir, you all jangan lupa datang ke sini tau. Tiada bayaran masuk dikenakan kerana taman ini dibina dengan tujuan untuk memberi pendedahan serta ilmu kepada pengunjung tentang kewujudan tumbuhan herba yang terdapat di negara kita.
Sebelum balik, jangan lupa berkunjung ke Kedai Cenderamata dan belilah buah tangan dari Taman Herba untuk kesayangan.
Taman Orkid di Pulau Selimbar Hulu,Pulau Selimbar Hilir dan Pulau Belit
Lepas tu kami ke Taman Orkid. Taman Orkid merangkumi Pulau Selimbar Hulu, Pulau Selimbar Hilir dan Pulau Belit. Disini terdapat pelbagai spesis orkid liar dari spesis tempatan dan antarabangsa.
Sejujurnya, Misz-ella bukan peminat orkid tetapi orkid-orkid di sini sangat menawan hati, mungkin kerana ditanam berlatarbelakangkan alam semulajadi. Tengok orkid, nampak air tasik yang cantik! Wowww sangat, kan.
Antara pokok-pokok orkid yang sempat Misz-ella rakamkan. Bayaran masuk ke Taman Orkid ialah RM20.00 untuk seorang dewasa.
Ada jambatan gantung yang menghubungkan ketiga-tiga buah pulau tersebut. Haihh .. rasanya sepanjang trip Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir ni, yang paling bahagia ialah mata kerana disajikan dengan pemandangan yang indah-indah belakaa manakala yang paling merana ialah kaki kerana paling banyak kena dera ke sana sini *hehehe*
Di Taman Orkid juga ada chalet terapung yang dibuat khas untuk kaki-kaki pancing yang mahu bermalam di sini. Kalau nak tempah pakej memancing di Taman Orkid ni, hubungi nombor telefon 09-666 8498.
Hummm .. masuk hari ke dua di Tasik Kenyir, Misz-ella rasa kagum dan nak ucapkan Tahniah kepada pihak Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (Ketengah) di atas usaha berterusan yang dijalankan untuk memajukan Tasik Kenyir dan kawasan sekitarnya. Banyak perubahan dulu dan sekarang, kan.
Hummm .. masuk hari ke dua di Tasik Kenyir, Misz-ella rasa kagum dan nak ucapkan Tahniah kepada pihak Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (Ketengah) di atas usaha berterusan yang dijalankan untuk memajukan Tasik Kenyir dan kawasan sekitarnya. Banyak perubahan dulu dan sekarang, kan.
Air Terjun Saok
Aktiviti terakhir kami adalah mandi manda di Air Terjun Saok. Air Terjun Saok lebih kecil dibandingkan dengan Air Terjun Lasir tapi tak kurang hebatnya. Ia lebih landai dan seperti biasa harus menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke air terjun ini.
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Ada aktiviti Flydrop jugak. Fly lepas tu drop dalam air tasik *Gambar dari Amazing Terengganu*
Gambar dari Amazing Terengganu
*Follow FB dan IG Amazing Terengganu untuk lihat post-post diaorang tentang Tasik Kenyir dan Terengganu*
Buat mereka yang sukakan sesuatu yang lebih mencabar, boleh lah cuba aktiviti absailing ni. Kesemua aktiviti sukan air di Air Terjun Saok diuruskan oleh pihak Go Nature Travel & Tour Sdn Bhd. Follow FB dan IG Go Nature atau hubungi Encik Mawi di 013-9321321 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ye.
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Begitulah berakhirnya hari ke dua kami di Tasik Kenyir dan oleh kerana ini malam terakhir kami di sini, malam tu kami dinner BBQ ~ ikan bakar, ayam bakar, kambing bakar .. yummy! dan kami akhiri malam tersebut dengan aktiviti Sembang Santai lepas tu kawan-kawan yang lain berkaraoke sampai pagi while I slept like Sleeping beauty *lena you all tidur malam di houseboat Tasik Kenyir ni .. *
Ok Misz-ella dah habis bercerita tentang Hari ke dua Ekspresi Media 2019 di Tasik Kenyir. Cerita tentang Kenyir tak habis di sini, ada bahagian seterusnya tau. You all jangan lupa datang dan check it out, ye. OKBye. Terima Kasih baca.
Hello, boleh tak saya tahu, untuk masuk ke dalam taman herba ada kene buat sebarang pembayatan ke?
ReplyDeleteBila nak pergi semula ke T kenyir bersama motac ni
DeleteBila nak pergi semula T kenyir bersama motac ni
ReplyDelete