Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella bawakan kisah dari puncak tertinggi di Pulau Pinang iaitu The Top yang terletak di Bangunan KOMTAR,Georgetown, Pulau Pinang.
Bersempena dengan bulan Ramadan, dua restoran di The Top telah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini dengan hidangan-hidangan yang menyelerakan.
Restoran Umi
Restoran Umi bakal menghidangkan Set masakan tradisional Melayu asli yang disediakan di dalam mangkuk tingkat.
Set menu tersebut akan ditukar setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad. Antara lauk pauk yang boleh didapati adalah Gulai Lemak Adam Pedas, Rendang Daging, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam, Kari Ayam Kapitan yang dihidang bersama nasi. Selain itu, terdapat juga Asam Pedas IKan yang merupakan signature food di Restoran ini.
Setiap set berharga hanya RM68++ (Dewasa) dan RM58++ (Kanak-Kanak & Warga Tua). Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, You all bolehlah hubungi no telefon 604 - 2623800 atau 017-5296674.
Buffet Buka Puasa di Top View Restaurant & Lounge
Manakala di tingkat 59, Bangunan KOMTAR pula terdapat Top View Restaurant & Lounge. Di sini lebih menarik kerana pengunjung berpeluang untuk berbuka puasa bertemankan pemandanganindah Bandar Warisan Georgetown.
Buffet Buka Puasa bersama Chef Shaikh Fauzi ini membawakan hidangan Melayu tradisional seperti Kepah Masak Lemak CIli Api,Udang Masak Assam,Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Masam Manis, Sayur Terung Goreng Berlada yang boleh dinikmati bersama Nasi Briyani atau Nasi Kerabu.
Selain dari itu terdapat juga Pasembor Pulau Pinang, Kerabu Ayam, Kerabu Kerang, Kerabu Pucuk Ubi,Thai Beef Salad dan Acar Buah-buahan.
Untuk mereka yang suka menikmati hidangan panas, ada Live Action Stalls yang menyediakan Kambing Golek, Ayam Percik, Ayam Tandoori, Mee Udang, Assam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar danBubur Lambuk.
Jangan lupa akhiri sessi berbuka puasa anda di sini dengan mengunjungi kaunter Pemanis Mulut. Ada Bubur Pulut Hitam, pelbagai jenis kek, Puding dan Aiskrim.
Buffet Buka Puasa Bersama Chef Shaikh Fauzi di Top View Restaurant & Lounge ini hanya berharga RM98++ (Dewasa) dan RM68++ (Kanak-kanak & Warga Tua). Sepanjang bulan Ramadan ini, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan Malaysia sambil berbuka puasa.
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, you all boleh lah hubungi no telefon +6017-3368286 atau email kepada sales@thetop.com.my serta boleh juga layari www.thetop.com.my
No comments:
Post a Comment