Pages - Menu

Pre-Ramadan Fashion Show by iNorrela Creative Lifestyle

Hello pembaca kesayangan, 

Diam tak diam kita dah melebihi suku Ramadan. Maka kita semua pun mula lah sibuk dengan membuat persiapan untuk ber hari raya.

Salah satu persiapan yang harus adalah baju raya. Masing-masing dah mula fikirkan warna tema tahun ini, fesyen apakah yang paling IN pada tahun ini dan berapa pasang baju nak beli.

Dalam hal ini, Misz-ella memang sedikit ketinggalan kerana sehingga kini masih tiada persiapan untuk baju raya. Dah beberapa tahun tak menempah baju raya dan biasanya Misz-ella beli baju siap yang ada di pasaran sahaja *tu pun sebelum beberapa hari nak raya*



Masih ingat lagi dengan Puan Norrela Izni yang pernah Misz-ella kongsikan kisah inspirasi beliau di blog ini? Kalau tak ingat, you all click link ini ye.

Selain dari mempunyai bakat menulis lirik dan menyanyi, Puan Norrela turut meminati dunia fesyen dan melalui iNorrela Creative Lifestyle, beliau telah menganjurkan Pre-Ramadan Fashion Show di Restoran The Love, Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Barisan pereka fesyen bersama pihak penganjur, Puan Norrela
Dari Kiri ke Kanan ~ Nurul, Datin Ramlah, Dib, Norrela, Siew Fan, Jesse dan Vini.

Pre-Ramadan Fashion Show by iNorella Creative Lifestyle membariskan 6 orang pereka-pereka fesyen hebat  yang tampil denganlabel mereka masing-masing.


Funz Kaftan oleh Siew Fan

Funz Kaftan rekaan Siew Fan membariskan rekaan kaftan yang telah dimodenkan bagi membolehkan pemakainya menggayakan kaftan ke majlis-majlis eksklusif, majlis formal atau majlis semi-formal. Mengetengahkan warna-warna ceria dengan corak bermotifkan alam semulajadi seperti bunga, dedaun dan abstrak, Funz Kaftan sangat manis dan menarik perhatian tetamu pada majlis tersebut. Funz Kaftan sesuai digayakan oleh wanita yang mementingkan keselesaan tanpa menkompromikan gaya. 

Funz Kaftan
Harga :- RM39.90 sehingga RM300
Lokasi butik :- Kiosk 1, Menara Great Eastern, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Subang Parade dan Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.
No. telefon :-012-200 5685 

ViniG

Rekaan baju kurung moden oleh ViniG tak kurang hebatnya. Warna-warna lembut seperti biru, hijau dan lembut disertai dengan rekaan terperinci membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun. Bunga tampal, lengan kembang ala-ala era 60an, baju peplum yang dipadankan dengan kain potongan duyung dan kebaya lama yang diberi sentuhan moden .. menarik, kan!

Koleksi pakaian ViniG 
Harga :- bermula dari RM149.00 
Lokasi butik :- Bangsar
No. telefon :-  012-266 5145

Tuhfah Kidz

Menariknya Pre-Ramadan Fashion Show by iNorrela Creative Lifestyle ini adalah kami berpeluang menonton fashion dari pelbagai lapisan umur dan salah satunya adalah Tuhfah Kids yang mempersembahkan koleksi Muslimah Anak-anak kecil. 

Kebanyakan pakaian anak kecil yang dihasilkan oleh Tuhfah Kids dibuat dari bahan yang sangat selesa dan rekaan eksklusif Tuhfah membolehkan anak-anak kecil ini bergerak dengan lincah, bebas tetapi tetap selesa. Seronok tengok anak-anak ini lincah bergaya di atas pentas!


Tuhfah Plus Size

iNorrela Creative Lifestyle tidak melupakan golongan plus size dengan menampilkan koleksi Tuhfah Plus Size. Rekaan eksklusif oleh perekanya iaitu Dila menampilkan rekaan busana tradisional Melayu yang sangat anggun dan sopan, lengkap dengan selendang, dokoh, bunga yang menyerikan lagi penampilan mereka. Sweet sangat tengok model-model ini beraksi di pentas dengan busana tradisional Melayu ni .. mengingatkan Misz-ella tentang zaman kegemilangan tradisi Melayu. 

Koleksi pakaian Tuhfah
Harga :- RM350-RM450
Lokasi butik :- Lakefield, Sungai Besi, Kuala Lumpu
No. telefon :- 012-3951609 
IG :-  tuhfah_ 

Koleksi Dahlia

Koleksi rekaan Dahlia sangat elegant, sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya dan sesuai digayakan ke majlis-majlis rasmi. Misz-ella terpikat dengan rekaan terperinci di bahu, pinggang, lengan dan kain. Cantik ropol-ropol tu .. membuatkan rekaan ini lebih eksklusif dan pemakainya lebih anggun. Koleksi Dahlia sesuai digayakan oleh wanita berusia 20an sehingga ke 40an.

Dahlia Collection
Harga :- RM280-RM350
ADG outlet Metrojaya, GF, Mid Valley, Kuala Lumpur
No. telefon :-012-614 4924
FB :- DeepDahlia


EveybyJD

Koleksi seterusnya adalah EveybyJD. EveybyJD menampilkan fesyen semi-kasual yang membuatkan pemakainya kelihatan anggun dan bergaya. 

Mengetengahkan warna-warna semulajadi, rekaan ringkas, selesa dan penuh gaya oleh perekanya Jesse, ini diberi penekanan yang sangat teliti. Paling menarik adalah ianya boleh disuaipadan mengikut kesesuaian majlis dan kehendak si pemakainya. Nak padankan blouse dengan skirt pun boleh, dengan seluar pun boleh.

EveybyJD
Harga :- bermula dari RM150
Lokasi butik :- Lot GF 35, Pangoi International Boutique,
 Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya, Selangor. 
No. telefon :- 016-339 3939 atau email eveybyjd@gmail.com
IG :- EveybyJD


Koleksi terakhir yang dipersembahkan pada petang itu adalah dari label MySara. Koleksi pakaian MySara sangat anggun, elegant dan sesuai digayakan oleh wanita moden yang sentiasa mahu kelihatan menarik. Well, what I can say is .. It is very stylish! 




Pre-Ramadan Fashion Show by iNorrela Creative Lifestyle berakhir dengan jayanya pada petang itu. Tahniah kepada Puan Norrela dan pereka-pereka fesyen yang terlibat menjayakan majlis ini. Sejujurnya, Misz-ella teruja nak tonton persembahan fesyen seterusnya oleh iNorrela Creative Lifestyle!




No comments:

Post a Comment