Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Norrela kongsi pengalaman hidup melalui lagu di dalam Moonstruck


Hello pembaca kesayangan,



Baru-baru ini Misz-ella telah dijemput untuk ke pelancaran album "Moonstruck" yang dihasilkan oleh Puan Norrela Izni. Bila dicerita serba sedikit tentang biodata Norrela, Misz-ella sangat kagum dan teruja. Makanya, pada 11hb November 2018, Misz-ella pun hadirkan diri ke Restoran Wow KL, Jalan Ampang untuk bertemu wanita hebat ini.


Norrela yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, juga adalah penulis buku "Memancing Hati Anak Remaja" dan mempunyai kelulusan "Degree in Applied Biology". Menyanyi merupakan hobi dan minat beliau. Melalui "Moonstruck", Norrela bukan sahaja menyanyi malah mencipta kesemua 10 lirik lagu-lagu tersebut.


Menariknya adalah album "Moonstruck" ini dihasilkan bersama produser Andy James Court dari Australia. Andy telah memenangi lebih dari 30 anugerah baik antarabangsa mahupun dari negara beliau sendiri Australia. Menurut Norrela, beliau suka berkongsi kisah dan perasaan melalui lirik. Baik perasaan marah, sedih, ataupun gembira, semuanya beliau luahkan melalui ayat-ayat indah nukilan beliau sendiri. Lalu ayat-ayat ini beliau serahkan kepada Andy untuk dihasilkan melodi. Setelah beberapa bulan, maka lengkaplah "Moonstruck" yang mempunyai 10 buah lagu dan semuanya dirakam di Australia.



Seronok Misz-ella dapat berbual dengan Norrela. Saya ingin berkongsi kisah hidup saya melalui nyanyian. Saya sampaikan pesanan dan kongsi pengalaman melalui lagu dimana liriknya saya tulis sendiri .. dari hati khusus buat generasi hari ini dan akan datang.



Tahniah kepada Norrela dari misz-ella.blogspot.com di atas kesungguhan dan kejayaan beliau menghasilkan album "Moonstruck". 

Buat mereka yang ingin dengari nyanyian Norrela, ikuti channel Youtube ini. Misz-ella dah dengar .. memang romantis, cool dan enjoy!



0 comments: