Hello pembaca kesayangan,
Lama tak kongsi cerita tentang tempat makan best-best lagi bersih dan servis tip top memuaskan hati.
Lama tak datang sini. Rindu suasana cafe yang nyaman, sejuk mata memandang, tahap kebersihan Class A dan layanan cepat lagi mesra dari kakitangan disini.
Kami order Pumpkin Soup, served with Garlic Bread. Sedap, manis semulajadi dan kalau nak lebih sedap lagi, sila tambah pepper sendiri.
Pisang Goreng yang dihidang bersama aiskrim, madu dan kicap cili api. Misz-ella pilih kicap you alls .. pedas-pedas manis rasa dia .. baru lah best!
Cokodok pisang - also served with ice cream, honey and kicap cili api. Gebu sungguh cokodok pisang kat sini. Puas makan!
Chicken Paprika with Mashed Potato and Stir Fry Vege
Mula-mula Misz-ella bayangkan juadah yang Misz-ella pilih ni ayam nya diperap dan dibakar dengan paprika rupa-rupanya ala-ala percik. Not bad the taste .. boleh tahan sedap.
Tak lupa jugak pada Congkak High-Tea, pemanis mulut gabungan Barat dan Timur. Karipap, Cucur Udang, Bubur Pulut Hitam, Churos dan macam-macam lagi. Congkak High-Tea ini boleh didapati sepanjang hari di Tanah Aina Cafe dan merupakan menu signature di sini. Tak boleh dapat di tempat lain, ok. Satu set Congkak High-Tea ini hanya RM50 sahaja *untuk dua orang* .. macam-macam ada. Value for money!
Kalau datang pada musim durian, jangan lupa nikmati durian organik dari kebun durian Tanah Aina yang terletak di Raub, Pahang ye. Macam-macam jenis durian ada. Ada D24, Musang King, durian kampung.
Durian Tanah Aina sangat sedap. Walaupun kadang-kadang kami pilih durian kampung, isinya tebal, puas makan. Sejak mula berkenalan dengan durian Tanah Aina, kitorang sekeluarga dah tak pandang durian tempat lain dah.
Suka Misz-ella nak kongsikan dengan you all semua yang kebun durian Tanah Aina telah mendapat pengiktirafan myGAP ~ Malaysian Good Agricultural Practice iaitu satu skim pensijilan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.
So you all semua, Misz-ella dah habis berkongsi tentang makanan sedap di Tanah Aina Cafe yang telah Misz-ella kunjungi baru-baru ini bersama kawan dan famili (kitorang lunch, makan durian dan dinner terus kat sana). Kalau you all berada di Shah Alam atau kawasan sekitarnya, jangan lupa Waze ke Tanah Aina Cafe, ok. Oopsss .. buka setiap hari kecuali Isnin.
No comments:
Post a Comment