Pages - Menu

Umrah 2019 - Ziarah dalam. Rove Al-Madinah Hotel.

Assalamualaikum lovely readers ..


Hari ke tiga di Madinah ~ Madinah kota yang sangat istimewa, mungkin kerana kota ini dibina dengan penuh kasih sayang oleh Rasulullah SAW maka perasaan Misz-ella di sini sangat lain. Setiap hari hati rasa berbunga-bunga, tenang dan damai. Di sini, setiap masa kita ingat Rasulullah .. kita nampak rumah dia, kita nampak makam dia bila kita di masjid Nabawi. Setiap langkah kaki di kota suci ini sangat bermakna kerana kita tau, Madinah kota kesayangan Nabi dan kota yang dibina oleh Nabi demi kasih sayangnya kepada Islam. Setiap jalan yang kita pijak, barangkali juga adalah jejak yang pernah dilalui oleh kaki baginda Rasulullah SAW sendiri.



Pagi ni kita ada aktiviti ziarah dalam. Ziarah dalam bermaksud menziarahi dan mendekati Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya dengan lebih dekat lagi. Semua jemaah AM Berkat Travel & Tours seramai lebih kurang 40 orang *pakej Umrah AM Berkat Travel & Tours sangat personalised .. sebab tu tak ramai* berkumpul di lobi dan diberi penerangan/taklimat oleh Ustaz Hariz di perkarangan hotel.





Dan kami pun berjalan beramai-ramai ke Masjid Nabawi. Aktiviti ziarah dalam dipimpin oleh Ustaz Hariz yang peramah, baik hati dan sangat disenangi oleh para jemaah.



Bonda Afida Es, ibu kepada pengarah Aziz M. Osman adalah salah seorang dari jemaah yang mengikut trip umrah AM Berkat Travel & Tours ini. Dengar khabar, Bonda Afida sudah 4 kali mengikut trip umrah bersama AM Berkat Travel & Tours. Bonda Afida, anak beliau Ana dan Intan adalah rakan sebilik manakala Misz-ella, Kak Midah dan Kak Nani pulak sebilik.


Posing dulu. Terima Kasih Kak Nani yang rajin dan sabar melayan karenah kami ambil gambar di sana dan di sini. Maka kami pun berposing .. 





Seronok kami bersiar-siar sambil dengar kisah Rasulullah SAW. Cuaca di sini sangat cantik .. tidak terlalu sejuk dan berangin. Malah ketika matahari mula tinggi pun, peritnya tidak kami rasa kerana bayu dingin menemani kami sepanjang kami di bumi Madinah ini.

Masjid Nabawi ini sangat besar dan mempunyai puluhan pintu. Kami diberi penerangan tentang setiap sudut masjid ini termasuklah ditunjukkan pintu yang Rasulullah SAW sering gunakan untuk memasuki masjid ini iaitu pintu Babbu-salam.



Selain dari mempunyai interior dalaman yang cantik, pintu Masjid Nabawi juga adalah sangat cantik. Marilah rakamkan sekeping gambar buat kenangan hari tua kita nanti ..



Gambar berkumpulan pun harus ada, kan ..


Terserlah kegembiraan kami berada di kota suci Madinah ini ..

Perkuburan Baqi' - imej oleh Google
Selepas itu, kami melawat perkuburan Baqi'. Perkuburan Baqi' adalah kawasan perkuburan Islam yang pertama dan tertua di Madinah. Sesiapa sahaja yang meninggal di Madinah, termasuklah para jemaah haji atau umrah, akan dikebumikan di sini. Kubur isteri-isteri Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga terdapat di sini.

Kawasan ini dipagar dengan pagar yang tinggi dan hanya boleh dilawati pada waktu tertentu sahaja iaitu selepas solat Subuh dan selepas solat Asar. Walaubagaimanapun, hanya kaum lelaki sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan Baqi' ini.


Selepas itu kami melawat Masjid Ghamamah, Masjid Ali dan Masjid Abu Bakar yang kedudukannya juga adalah di sekitar kawasan Masjid Nabawi.



Masjid Ghamamah adalah antara masjid bersejarah di kota Madinah. Lokasinya tak jauh dari Masjidil Haram iaitu lebih kurang 500 meter dari pintu Babbu-salam. Berdekatan dengan Masjid Ghamamah ada Masjid Abu Bakar Sidiq RA dan Masjid Ali bin Abi Talib.

Ia diberi nama ghamamah yang bermaksud awan mendung kerana di masjid ini lah Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan.  Rasulullah SAW dipercayai melakukan solat Aidilfitri baginda di masjid ini.


Masjid Ghamamah pada waktu malam dan dari sudut yang berbeza. Masa ni dalam perjalanan pulang dari makan malam di Asian Restaurant, Madinah. Ya Allah sedapnya makanan di situ. Terima Kasih Datuk Radzi belanja kami semua.



Thank You Kak Nani for the photos 


Selepas berakhir aktiviti ziarah dalam, kami bersiar-siar di kawasan sekitar Masjid Nabawi dan pergi jalan-jalan, look see .. look see and we did some shopping too. Meskipun pertama kali sampai ke bumi Madinah ini, Misz-ella tidak lah beria-ia membeli belah *mungkin kerana tak pandai dan taktau apa yang nak dibeli, kot ..*  Paling banyak Misz-ella beli di sini ialah bakhoor dan pocket spray (minyak wangi). Jubah? tak beli di Madinah. Yang lain-lain? Kurma. Itu sahaja.



Sepanjang di Madinah, kami tinggal di Rove Al-Madinah Hotel *dahulunya dikenali sebagai Holiday Villa*

Misz-ella bersama jemaah lain di lobi Rove Al-Madinah Hotel. 4 orang anak autism merupakan antara jemaah AM Berkat Travel & Tours .. Alhamdulillah mereka diurus dengan baik sepanjang mengerjakan umrah.


Bila tengok gambar lobi ni, teringat kat Intan. Dia lah yang paling rajin meng Whatsapp Misz-ella sepanjang di Madinah .. Kak Ella kat mana? pergi masjid tak? Kalau pergi kita saing eh ..
Kak Ella tunggu kat lobi eh ..  *comel lah Intan ni*

Lobi hotel sangat selesa *siap ada mesin ATM di lobi hotel ini* dan mempunyai 6 lift yang memudahkan urusan turun naik kami. Servis dan layanan kakitangan hotel sangat memuaskan malah mereka semua boleh berbahasa Inggeris. Yang penting, bersih dan kemas!








Cempaka Restaurant merupakan tempat pertemuan semua jemaah kerana di sini lah tempat kami makan dan minum. Hidangan buffet antarabangsa disediakan buat kami. Pilihan makanan sangat baik .. biasanya tiap-tiap hari ada dua jenis nasi iaitu satu nasi berperisa dan satu nasi putih, pelbagai jenis lauk pauk dan sayur-sayuran, satu jenis pasta, pelbagai jenis buah-buah, pelbagai jenis roti, ada egg station, coffee and tea serta air manis berperisa. Makanan di sini memang ada pilihan.

Buat Misz-ella sendiri, saya dah tentulah sangat suka sebab ada bermacam jenis pilihan salad yang menepati selera

Salad lagi ..

Kami ber tiga tinggal di dalam satu unit suite yang mengandungi 2 bilik. Satu bilik untuk 2 orang dan 1 bilik untuk seorang. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. 

Bilik ini Misz-ella kongsi dengan Kak Midah. Alhamdulillah kami berdua tidur tak lasak *hehehe*








Manakala bilik kecil ini menjadi bilik Kak Nani sepanjang di Madinah. Walaupun kecil bilik ini lengkap dengan bilik air sendiri.


Dan di ruang tamu ini lah tempat kami bersantai, bertukar cerita, makan buah, seterika baju dan beramah mesra. Cukup masa dah penat dan mengantuk masing-masing tidur. Pada Misz-ella, Rove Al-Madinah Hotel ni best. Walaupun ia bukan hotel yang terbaik dan lokasinya bukan lah yang paling hampir dengan Masjid Nabawi tetapi oleh kerana saya enjoy perjalanan pergi balik ke masjid, maka itu bukan lah masalah bagi saya. Infact I always look forward to go to the mosque. Satu kepuasan bila dapat berjalan-jalan di bumi Madinah ini.

Ok Misz-ella dah habis berkongsi cerita dan pengalaman hari ke 3 di Madinah buat kenangan hari tua dan rujukan mereka-mereka yang memerlukan. Kita sambung lagi di lain blog post ye. Terima kasih baca. Byebye my lovely readers.





1 comment: