Dalam keadaan dunia sedang berperang dengan virus ganas yang mengancam nyawa, kita diuji dengan pelbagai cara.
Misz-ella secara peribadi merasakan yang ini adalah ujian buat kita sebagai manusia. Tahap kematangan kita dalam mematuhi arahan diuji. Tahap disiplin dan tahap kesabaran kita diuji, tahap kebijaksanaan dan kecekapan pentadbiran kerajaan kita dalam menangani konflik ini turut diuji.
Paling penting di sini adalah sikap toleransi, kerjasama. Tanpa toleransi dan kerjasama sesama kita, amat sukar untuk Malaysia melepasi saat-saat getir ini.
Di sini Misz-ella nak kongsikan tentang Tabung COVID-19 yang dilancarkan oleh MedTweetMy bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh frontliners atau barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus bekerja tanpa henti bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19.
You all baca ye .. dan marilah kita sama-sama menyumbang agar dapat membantu meringankan beban mereka.
MedTweetMY melancarkan tabung COVID-19
Kita turut merasai betapa peritnya barisan hadapan yang sedang menangani penularan wabak COVID-19. Justeru, TABUNG COVID-19 MedTweetMY dilancarkan pada hari ini.
Tujuan utama tabung ditubuhkan adalah untuk meringankan beban kumpulan tersebut sekaligus memberi sokongan kepada mereka agar terus tegak berada di barisan hadapan. Kami akan menyalurkan terus kepada mereka melalui ahli dan rakan MedTweetMY seluruh negara.
.
MedTweetMY menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama tampil memberikan sumbangan bagi membekalkan makanan, kelengkapan perlindungan diri atau apa sahaja yang dapat membantu memudahcara tugas mereka buat masa sekarang. MedTweetMY akan berhubung terus dengan pihak yang berkenaan bagi memastikan kutipan akan dimanfaatkan sebaiknya.
Buat masa ini kami telah mengumpulkan lebih kurang 1000 helai tudung untuk petugas petugas di hospital. Tudung yang praktikal, mudah sarung dan cepat kering ini akan digunakan bagi tujuan bersama pakaian perlindungan.
Sekali lagi kami menyeru rakyat malaysia bersama-sama menyumbang kepada tabung kami dalam bentuk tunai pada akaun yang tertera.
#MedTweetMY
#COVID19MTM
#COVID19
No comments:
Post a Comment