Hai lovely readers. Assalamualaikum.
Setiap umat Islam pasti berhajat untuk menunaikan Haji yang merupakan rukun Islam yang ke lima. Misz-ella sudah berpeluang menunaikan ibadah umrah dan tak terkecuali turut menyimpan impian untuk menunaikan haji. Walaubagaimanapun, menunaikan Haji tidaklah semudah menunaikan umrah. Bermula dengan miqat dan diakhiri dengan melontar di ke tiga jamrah, amatlah penting untuk kita memilih agensi yang berkaliber.
Terdapat pelbagai agensi haji yang berdaftar di Malaysia dan salah satu darinya adalah FELDA TRAVEL. Bila disebut perkataan FELDA, mesti ramai orang ingat ianya khusus untuk kakitangan FELDA sahaja tetapi sebaliknya kerana FELDA TRAVEL juga membuka tawaran Haji ini untuk pasaran luar.
Ada 7 sebab kenapa you all patut memilih menunaikan Haji bersama FELDA TRAVEL. FELDA TRAVEL juga sangat berpengalaman dalam membantu urusan menyempurnakan ibadah haji iaitu sejak tahun 2007 lagi. OK .. Mari kita baca perenggan seterusnya untuk tahu apakah kelebihan menunaikan Haji bersama FELDA TRAVEL iaitu melalui Pakej Rawdah FELDA TRAVEL.
Peluang Yang Tinggi
Kebarangkalian untuk you all dapat menunaikan haji sangat tinggi meskipun permohonan untuk menunaikan Haji you all berstatus rayuan.
Pada tahun lepas, semua jemaah yang dalam kategori rayuan dan mengambil pakej ini dengan FELDA TRAVEL, Alhamdulillah dapat naik haji. Jika you all telah daftar haji pada tahun 2015 ke bawah (2015,
2014, etc), Inshaallah FELDA TRAVEL akan bantu supaya you all dapat naik haji tahun ini.
Pembimbing Berpengalaman
Ibadah haji anda akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah
yang cukup berpengalaman membawa jemaah haji Malaysia. Jadi anda tak perlu risau tentang masalah hukum
dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana.
Hotel bertaraf 5 bintang berdekatan dengan Masjidil Haram
Imej dari google
Para jemaah akan menginap di Safwah Royal Orchid Hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini dekat dengan dataran Masjidil Haram jadi kita boleh ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah.
Imej dari google
Paling menarik, di lantai 2, ada Food court yang menawarkan pelbagai jenis makanan termasuklah Restoran Felda D’Saji yang sentiasa menjadi tumpuan jemaah dari Malaysia melepas rindu dengan makanan dari Malaysia. Kat sini you all boleh makan Nasi lemak, roti canai, mee goreng dan minum teh tarik. Misz-ella dah cuba. Serius sedap you alls.
Tidak perlu menginap di luar kota Mekah (transit di Aziziah)
Misz-ella pernah dengar ada jemaah Haji yang akan transit di Aziziah dahulu sehingga 15 Zulhijah kerana mahu jimatkan kos tetapi melalui pakej Rawdah FELDA TRAVEL ini, jemaah tidak perlu transit di Aziziah sebaliknya akan terus masuk menginap di hotel Mekah.
Ini sangat menguntungkan para jemaah kerana jemaah berpeluang menunaikan ibadah di Masjidil Haram yang ganjarannya adalah 100,000 kali berbanding dengan jemaah yang mengambil pakej murah yang mana mereka harus menginap di luar Mekah iaitu di Aziziah. Kedudukan Aziziah bukanlah dekat iaitu lebih kurang 4.5km dari Masjidil Haram. Jemaah mungkin tak akan dapat beribadah di Masjidil Haram kerana keadaan yang sesak ~ jalan sangat jem ketika musim haji. Rugi lah kan dah datang jauh-jauh tak dapat beribadah di Masjidil Haram .. bila lagi nak buat pahala banyak-banyak, betul tak?
Penerbangan Business Class Saudi Airlines
Melalui Pakej Rawdah FELDA TRAVEL ini, para jemaah akan diterbang dengan selesa terus ke Jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines (business class).
Ya pakej Rawdah FELDA TRAVEL sudah termasuk flight business class.
Khemah dekat dan selesa di Mina
Para jemaah akan dapat beribadah dengan tenang dan selesa kerana khemah khas yang lebih selesa disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang
dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah). Sangat sesuai jika ada jemaah yang bermasalah sakit kaki atau sakit lutut. Almaklumlah, melontar jamrah itu sendiri akan mengambil masa hingga 4 hari.
Lebih Fokus kerana Kumpulan Jemaah Bersaiz Kecil
Tahun ini, FELDA TRAVEL menghadkan jumlah bilangan jemaah Pakej Rawdah kepada 45 orang sahaja. Cukup-cukup 1 bas sahaja untuk mereka pastikan jemaah mendapat perkhidmatan berkualiti dan bimbingan ibadah haji yang
terbaik.
Slot untuk Pakej Rawdah ini sangat terhad, iaitu untuk 45 jemaah sahaja. Sudah 34 orang bakal jemaah haji
mendaftar pakej ini setakat 20 Mac. Hanya ada 11 kekosongan sahaja lagi.
“Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020”
Ada banyak lagi promosi istimewa yang disediakan untuk mereka yang berdaftar Haji dengan FELDA TRAVEL sebelum 25 Mac 2020 ini seperti gambar di atas.
Untuk sebarang pertanyaan, you all boleh hubungi :-
Atau hubungi
Pn Shidah +60192010843
Tn Hj Rizal +60192637028
Atau email ke salam@feldatravel.com.my
Akhirkata, Misz-ella sudahi blog post ini dengan doa Mudah-mudahan kita semua dijemput untuk menjadi tetamu Allah dan dapat menunaikan Rukun Islam ke 5 tahun ini. In Sha Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment