Pages - Menu

Tudung Bawal Anti-Kedut Fareha - Cantik, selesa dan mudah digayakan

 Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsi cerita tentang tudung bawal Fareha yang Misz-ella telah pakai baru-baru ini.

Masa mula-mula Misz-ella bertudung dulu, orang kata tudung bawal ni untuk 'beginner' sebab bawal simple dan tak boleh dipelbagai gayakan. Misz-ella pun kurang suka pada tudung bawal. Saya lebih selesa dengan 'shawl' kerana ia lebar, labuh dan senang digayakan. Boleh lilit sesuka hati sampai puashati dan dapat 'style' yang dikehendaki *ehh macam pantun lak*

Baru-baru ini Misz-ella beli tudung bawal Fareha setelah dicadangkan oleh seorang kawan. Katanya tudung fareha ni lawa, tiap-tiap bulan pengasas Fareha akan keluarkan fesyen baru. Maka Misz-ella pun jadi teruja untuk mencuba dan ...


Selesa sangat rupanya tudung Fareha ni. Material dan design dia sangat 'best'. Kain sejuk, tak perlu 'iron' *saya cuma iron sekali je masa dia baru keluar dari plastik sebab nak hilangkan kesan lipatan* Yang ni namanya Mulan. Warna Mulan adalah 'soft pink' .. Bila pakai warna soft-soft, automatik rasa macam Wanita Melayu Terakhir you ..

Paling penting tudung bawal anti-kedut Fareha ini amat mudah dipelbagai gayakan. Kainnya selesa, senang dibentuk malah tidak menggunakan banyak pin.



Tengok lah model ini menggayakan Mulan .. cantik, kan.

Yang warna kuning ni nama dia Nala. Corak Nala lebih ringkas, sesuai digayakan dengan pakaian kasual tapi kalau you all kreatif, macam-macam style kita boleh gaya kan. Paling penting segala-galanya pantas dengan tudung bawal anti-kedut Fareha ni sebab kain dia best dan mudah di gayakan.

Cantik, kan. Lain kali Misz-ella nak try pakai camni. Sopan dan bergaya! Keliling tudung bawal anti kedut Fareha di kelim kemas.

Perdita - Cuba tengok 'awning' - on-point, kan

Jasmine 

Ursula dan Simba. Ya Allah .. sweetnya warna

Kristoff dan Gaston pun tak kurang cantiknya. Aduihhh  .. rambang mata memilih

Pelbagai pattern tudung bawal anti kedut Fareha. Cantik, menarik dan buat hati Misz-ella tertarik. Bawal Fareha ni bidang besar (45) dan dibuat dari Chiffon premium Korea. Best pakai bawal Fareha ni kerana kain nya sejuk, tak terlalu lembut dan tak juga kasar malah membuatkan kita rasa tenang, selesa dan nyaman. Setiap sehelai tudung bawal anti-kedut Fareha ini berharga RM27.00 sahaja. Very pocket friendly price, you alls 


Terbaru, Fareha akan mengeluarkan koleksi tudung Chanella tidak lama lagi. Chanella tak kurang hebat dan dibuat dari Cotton Premium. So pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, kalau you all nak bergaya dengan tudung bawal, jangan lupa dapatkan Fareha dengan cara whatsapp Misz-ella di 016-6223138 dengan segera ye. 





Bila Hujan. Karipap Sardin Mama

 Hai pembaca kesayangan,

Sekarang ni musim hujan. Hari-hari hujan. Malahan dalam sehari, kadang-kadang, 2, 3 kali hujan. Kebanyakan kita rasa terganggu bila hujan turun. Pergerakan kita terbatas malahan buat peniaga-peniaga jalanan, punca pendapatan mereka terjejas. 


Walaubagaimanapun, hujan sebenarnya datang dengan seribu rahmat yang tidak kita sedari. Misz-ella suka hujan. Dalam hujan itu ada 'sesuatu'. Hujan adalah waktu paling mustajab untuk berdoa. Berdoalah kita sebaik sahaja melihat hujan. Semoga Allah SWT memakbulkan doa-doa kita. 


Baru-baru ini Mama bagi Misz-ella Karipap Sardin. Mama memang pakar buat karipap, nak pulak karipap sardin. Misz-ella goreng semua dan makan sorang-sorang .. tak pandang kiri kanan dah. Puashati dapat makan karipap sardin yang mama buat. Kalau you all nak tau, karipap sardin mama Misz-ella 100% guna sardin dan bawang besar, tidak dicampur dengan kentang langsung. Purely sardin dan mama letak banyak bawang bagi mengekalkan rasa manis semulajadi. Mama kata dia selalu ambik tempahan. Sebijik 50 sen sahaja. Mama dah goreng separuh masak siap-siap dan boleh disimpan di peti ais supaya tahan lama. Wow .. wow .. best, kan. Lepas ni kalau you all teringin nak makan Karipap Sardin, roger je Misz-ella ye. 

OK dah habis kongsi perasaan Misz-ella tentang hujan dan tentang Karipap Sardin mama. Jumpa lagi di post yang lain ye. ByeBye readers.


Prestige Al Maleki - minyak wangi Arab yang segar, wangi, tahan lama dan mesra solat

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsi cerita tentang minyak wangi Arab. Misz-ella memang peminat minyak wangi, dari dulu lagi.

Sejak tiga (3) tahun yang lalu, Misz-ella mula meminati minyak wangi keluaran negara Arab. Misz-ella mula jatuh cinta pada minyak wangi Arab kerana sering terpikat dengan bau wangian kawan baik Misz-ella, Puan Sri Nisa Bakri. Puan Sri Nisa ni, dah la cantik .. dia sentiasa berbau wangi pulak tu. Maka Misz-ella pun bertanya tentang wangian yang beliau gunakan. Katanya dia menggunakan minyak wangi berasaskan 'oud'. 'Oud' ialah cecair atau lendir yang keluar dari dahan pokok gaharu. Cecair ini berbau sangat wangi malahan dikenali sebagai 'luquid gold' kerana semakin tinggi kualiti minyak tersebut semakin tinggi nilai dan harganya.

Kebanyakan minyak wangi dari Arab mengandungi 'oud' (oil based) bagi menggantikan 'alcohol'. Ianya boleh dibawa Solat.

Sejak diperkenalkan dengan wangian berasaskan 'oud' ini oleh Puan Sri Nisa, Misz-ella mula menjalankan banyak kajian mengenai pokok ajaib yang mengeluarkan cecair atau lelehan berharga ini. Pokok gaharu tumbuh subur di negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Orang kata kalau kita masuk hutan tiba-tiba terbau wangi yang teramat sangat, kemungkinan itu bau dari pokok gaharu. 

'Oud' sekarang ni semakin popular malah minyak wangi keluaran negara Barat turut mengandungi campuran 'oud' seperti Gucci Intense Oud, Cartier, Christian Dior, Jo Malone, Polo Ralph Lauren, Tom Ford dan beberapa jenama lagi.

Walaupun begitu bukanlah semua wangian dari negara Arab itu mengandungi 'oud'. Ada juga yang tidak menggunakan 'oud' (kerana 'oud' sangat mahal) tetapi  aroma minyak wangi Arab tetap istimewa dan lain dari yang lain. Sejak itu Misz-ella mula menjadi peminat minyak wangi dari negara Arab. Meskipun aroma wangiannya agak kuat tetapi aroma itu lah yang sangat memikat hati Misz-ella.


Ini adalah sebahagian dari koleksi minyak wangi keluaran negara Arab yang ada dalam simpanan Misz-ella. Setiap satu adalah istimewa kerana baunya berbeza antara satu sama lain. Ada yang berbau lembut dan manis, dan ada yang aromanya sangat kuat tapi sangat memikat.



Dalam banyak-banyak, ke empat-empat minyak wangi ini adalah yang paling Misz-ella suka kerana aromanya buat Misz-ella rasa terbuai-buai ... Rasa macam puteri dari negara Arab pulak bila menggunakannya. 



Minyak wangi terbaru dalam koleksi minyak wangi Arab Misz-ella adalah Prestige Al Maleki keluaran Lataffa. Yang perkenalkan Misz-ella pada minyak wangi ini adalah kawan Misz-ella bernama Lady Rose. Agak lama jugak Misz-ella cari minyak wangi ini sampai lah bila Misz-ella diperkenalkan dengan Arabian Village, pasaraya yang menjual pelbagai barangan dari negara Timur Tengah. Sila baca di sini untuk refresh memory you all tentang Arabian Village ye.



Prestige Al Maleki adalah antara minyak wangi keluaran Lataffa di dalam kategori Luxury Edition. Kotak berwarna emas yang sangat kemas dan bersentuhan mewah. 

 
Bila mula-mula buka kotak dan melihat Al Maleki yang diidam-idamkan .. Ya Allah berbunga-bunga rasa hati *sooooo happy

Prestige Al Maleki dibuat dari bahan-bahan terpilih seperti olive, passion fruit, nutmeg, cardamon, cocoa, vetier, amber, leather, white cedar dan musk.



Prestige Al Maleki tidak berbau manis atau sweet-sweet kata orang tapi ia berbau agak kuat, segar dan berbau mewah *saya tak lagi suka minyak wangi yang berbau ala-ala sweet gitu .. * Sekali semburan di leher (Sebaik nya di tengah) dan di pergelangan tangan sudah mencukupi.

Baunya tahan lama *sehingga ke petang*. Boleh dibawa Solat maka kita boleh gunakan tanpa was-was.


Prestige Al Maleki ini boleh didapati di Arabian Village pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM100  sahaja. Selain dari Prestige Al Maleki, terdapat berbagai lagi pilihan minyak wangi Arab serta barangan lain dari Timur Tengah di Arabian Village. Buat sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan produk-produk dari Timur Tengah bolehlah kunjungi Instagram Arabian Village di https://www.instagram.com/arabianvillagemy/ atau beli secara online di www.arabianvillage.myhubungi no telefon 011-11111 9664.

OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang minyak wangi kesayangan Misz-ella ini. Terima Kasih baca ye. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bye.




Setahun sudah saya berhijab. Alhamdulillah.

Hello pembaca kesayangan,

Assalamualaikum. Hari ini 18hb November 2020, hari yang sangat istimewa buat Misz-ella. 


Kali pertama Misz-ella mengenakan hijab ataupun bertudung adalah pada 17hb November 2019 iaitu semasa majlis Asmaul Husna di rumah sahabat baik saya, Puan Sri Nisa. Berbekalkan apa yang ada di dalam almari je, Misz-ella pakai baju ber 'hoodie' lepas tu Misz-ella padankan dengan headband dan shawl merah yang sememangnya dah lama Misz-ella beli.

Ye. Itulah kali pertama Misz-ella bertudung lengkap dan selepas itu, Misz-ella tidak menoleh lagi. 


Cukup setahun. Walau masih belum sempurna, saya cuba. Saya tetap cuba. Yang ini adalah long shawl yang Misz-ella gayakan seperti pembaca berita, Hawarizwana. Kemas, kan.


Yang ni pulak adalah tudung instant yang dihadiahkan oleh seorang kawan baik. Paling mudah dan cepat nak pakai. Paling best tak perlu di 'iron' pun.


Lagi shawl blink-blink (sama macam shawl merah yang di atas tu). Sebenarnya koleksi shawl jenis ni paling banyak dalam simpanan Misz-ella.



Keinginan untuk berhijab itu hadir dengan sendirinya, dari hati. Bermula dari hasrat untuk mengerjakan Umrah, hati Misz-ella terdetik untuk berhijab. Tapi masa tu, masih berbelah bagi. Masih sebut 'tapi camana ye? iman aku belum kuat lagi' malah tiap kali mama dan kakak saya nasihatkan Misz-ella untuk berhijab atau bertudung, selalunya Misz-ella akan jawab .. Iman kakchik belum kuat lagi. Mama doakanlah kakchik ye. dan aku rasa doa-doa mereka dimakbulkan Allah.

Scarf sutera dihadiahkan oleh adik ipar Misz-ella. Cantik, lembut dan sangat selesa.

Masa tu kali pertama nak pergi Umrah, macam-macam perasaan ada, nervous, risau, excited. Bila tengok diri sendiri, terlalu banyak kekurangan dan kelemahan .. layak kah aku menjadi tetamu Allah? Dalam waktu yang sama, ada sedikit perasaan tertekan .. aku ni banyak dosa. Umur dah 46 tahun tapi masih berskirt pendek, masih tayang rambut bermacam fesyen dan bertukar warna, dan timbul satu lagi pertanyaan .. macamana kalau balik dari Umrah ni aku masih tak bertudung? Bagaimanakah penerimaan masyarakat? 


Long shawl Bokitta Selesa sangat shawl ni. Tak perlu diiron.

Walaupun perasaan bercampur aduk tapi jauh di sudut hati keinginan untuk bertudung tetap ada, maka Misz-ella mula pasang niat .. Sepanjang 14 hari mengerjakan umrah nanti, Misz-ella akan bertudung. Misz-ella berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan dan Misz-ella tak sakit kepala sepanjang di sana supaya Misz-ella boleh kekal bertudung bila pulang ke Malaysia nanti dan niat tu Misz-ella sampaikan ke kakak Misz-ella, KY. 

 

Asalkan tudung tu selesa, senang diurus, saya OK je.

Bila Misz-ella suarakan pada KY, dia bagi cadangan .. apa kata kau mula pakai dari sekarang? Supaya bila di sana nanti, kau tak kekok? Bila dengar pendapat KY tu, Misz-ella terfikir .. betul jugak. Lalu Misz-ella pasang niat, mahu cuba bertudung.



Dari hasrat nak cuba dulu, segala-galanya berubah apabila visa Umrah Misz-ella diluluskan. Ya Allah masa ni berjuraian airmata keluar .. sebak, terharu kerana meskipun saya banyak dosa, tak patuh pada perintah Allah antaranya bertudung dan solat pun sentiasa tinggal-tinggal, tapi Allah tetap sayang saya, tetap terima saya menjadi tetamuNya. Allah maha baik. Allah maha penyayang *I cried cried and cried*



Ketika itulah hati saya nekad .. Saya mahu berubah menjadi lebih baik. Saya tak mau sia-siakan kasih sayang Allah, saya tak mau penerimaan Allah untuk menjadi tetamuNya ini sia-sia. Saya mau jadi hambaNya yang tau bersyukur. 


Long shawl sutera yang dilukis tangan, dibuat khas oleh CT Canting. 

Dan bila saya kenangkan balik perjalanan hidup saya, ianya bukanlah mudah. Setiap detik yang saya lalui, saya harungi bertemankan kasih sayang Allah, pimpinan Allah. Bukan mudah menjadi seorang yang bernama Norzaila. Ketika saya menghadapi masalah besar beberapa tahun yang lalu, saya memilih untuk tidak mengadu pada sesiapa meskipun saya mempunyai keluarga yang sangat memahami dan saling menyayangi. 

Saya pilih untuk harungi detik-detik itu sendirian kerana saya mau faham apakah maksud pasrah, saya mau rasa perasaan redha dan saya mahu selami sendiri apakah rasanya bila kita berserah pada Allah. Selama ini Allah sentiasa ada, menyayangi saya, memimpin hidup saya *sumpah aku menangis menulis coretan ini* Jatuh bangun, suka duka sebuah kehidupan, semuanya saya lalui bertemankan Dia. Hanya Dia.

Kalaulah Allah tak pimpin hidup saya, entah dimana lah saya berada sekarang. Mengingati detik-detik lalu buat saya bagai tersedar dari sebuah mimpi .. Ya Allah selama ini Kau sayang aku, Kau pimpin hidupku walhal aku bukanlah hambaMu yang baik. Aku selalu leka, selalu lalai menuruti perintahMu.


Mulai dari itu, saya nekad dan ikhlaskan hati saya untuk berubah. Bila sesuatu yang dibuat itu dengan ikhlas, saya tak rindu skirt pendek, seluar pendek dan sebagainya. Malah kini dalam doa saya, saya sering meminta .. 

Ya Allah aku telah merasa akan kasih sayang Mu.
Aku telah rasa bagaimana Kau pimpin hidupku.
Ya Allah aku bersyukur atas setiap rahmat Mu. 
Teruslah Kau pimpin hidupku Ya Allah.
Kerana aku amat lemah, tiada daya aku tanpa Mu.
Berdirinya aku hari ini kerana Mu.
Melangkah kaki ku hari ini kerana Mu.
 Dan tenangnya aku harini kerana Mu.
Segala-galanya kerana Mu Ya Allah.

Saya jugak turut berdoa agar Allah kuatkan hati saya, teguhkan pendirian saya dan kukuhkan iman saya. Saya berdoa agar saya istiqomah. Saya minta Allah dekatkan saya dengan kebaikan dan jauhkan saya dari kejahatan.

Saya faham yang berhijab bukanlah ukuran tinggi atau tidak iman seorang Muslim. Berhijab atau bertudung tak semestinya kita alim tapi sekurang-kurangnya saya sudah selangkah ke hadapan dalam menuruti perintah Allah SWT. Ye betul, masih belum sempurna cara saya berhijab tapi saya tetap cuba dan akan sentiasa memperbaiki diri hari demi hari.

Antara dugaan yang saya alami selepas berhijab adalah .. Kehilangan kawan-kawan. Mungkin diaorang rasa saya kolot sebab berhijab dan tak layak jadi kawan diaorang kot. Tak pe lah. Saya redha.

Cukup setahun hari ini saya berhijrah. Ya Allah Terima kasih atas segala rahmat dan barakah Mu. Semoga Allah SWT bantu aku, pimpin aku agar aku sentiasa berada di landasan yang benar. Amin.








Daging Harimau Menangis Aunty Tini

Hello pembaca kesayangan,

Sekarang sedang viral tentang kesedapan Daging Harimau Menangis Aunty Tini, bonda selebriti kesayangan ramai, Neelofa. Memandangkan semua orang bercerita tentang kesedapannya, Misz-ella pun excited nak cuba. 

Perkara pertama, kena pastikan you all beli jenama yang betul iaitu Daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen. Ada gambar Aunty Tini tersenyum manis kat packaging tu. Harganya adalah RM35.00 untuk 340gm. Bila buka plastik tu, dalam tu ada disertakan dengan sos cicah daging ni sekali.


Buka plastik dan terus goreng tanpa minyak di atas kuali yang panas. Nanti you all akan nampak air daging tu keluar, kacau rata, balik-balikkan. Tak perlu tambah apa-apa. Tanda-tanda ianya dah masak ialah (tahap kegaringan ikut sesuka hati - nak well done ke, nak medium cook atau buat Misz-ella sendiri, saya suka 3/4 cooked), air daging tu ering, daging-daging tu pun mula mengeluarkan minyak semulajadi dan berubah warna, so boleh la you all tutup api


Tapi, dalam nak buat 3/4 cooked tu, adalah jugak beberapa bahagian yang well done. Tak pe, kita layan jugak. Bila dah siap tu kan, Misz-ella tak sabar nak makan so denga lafaz Bismillahirahmannirahim .. saya pun ratah-ratah dulu tanpa nasi dan pencicah. Ummmmm .. sedap! Very juicy dan sedikit manis tapi yang penting ialah sedap!



Dah puas meratah barulah Misz-ella makan betul-betul dengan nasi dan juga sos pencicah yang turut disediakan. Ya Allah, lebih sedap! Sebab sos pencicah tu pedas *I like pedas*, ada rasa masam-masam manis dan wow!! I feel like macam makanan dari negara Thailand yang sohor dengan kesedapan nya. Ahhh .. ada satu lagi, bila dah sejuk pun, daging tu tetap lembut, tidak keras atau liat *i like sangat*

So buat sesiapa yang sedang merancang untuk mencuba Daging Harimau Menangis Aunty Tini, Misz-ella sarankan baik you all cepat-cepat order dari agent yang sah kerana ia sedang sangat laris di pasaran. Kalau lambat, habis!

OK pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua tentang rasa dan kelazatan Daging Harimau Menangis Aunty Tini ini. Ehhhh .. nak tambah point sikit - bukan sahaja sedap malah ianya cepat dan mudah disediakan, tak perlu fikir tambah garam, gula, rempah ratus dan sebagainya kerana segalanya Aunty Tini dah sediakan untuk kita. 10 minit, settled! OK Bye lovely readers. Terima Kasih baca ye.


Pesanan Ustaz Ebit Lew

Hai pembaca kesayangan,

Kebelakangan ini Misz-ella banyak membaca dan semestinya bahan2 bacaan saya adalah yang mampu membina minda dan mengubah cara saya berfikir. Yang saya suka ialah perkongsian Ustaz Ebit Lew yang sangat berkesan dalam hati saya. Di sini Misz-ella nak kongsikan beberapa pesanan Ustaz Ebit untuk kita jadikan panduan hidup.




Ye betul. Kita selalu berprasangka. Kita selalu curiga. Kita suka judge. Kita guna perkataan entah-entah, jangan-jangan .. tanpa kita sedari kita telah mula bersangka buruk. 

Kalau kita dihina orang atau diaibkan orang lain, kita akan malu dan rasa tertekan. Tak apa, itu tandanya kita manusia normal, tapi sebenarnya bukan kita saja yang perlu rasa malu, yang mengata tu pun perlu malu sebab dia sendiri sedang membuka perangai buruknya sendiri iaitu mengata, menghina dan mengaibkan orang. Berdosa. Pada Misz-ella, baik orang kita sebarkan. Buruk dia, kita simpan untuk diri kita sendiri sahaja. 


Always believe that Allah is the owner of Kun Fa Ya Kun. Tanpa izin Allah SWT, tidak akan berlaku sebarang kejadian. Bersabar dan ambil ikhtibar dari setiap kejadian.




Salah satu rezeki paling 'mahal' yang Allah beri kepada kita adalah rezeki 'hati yang tenang', tapi nak dapat hati yang tenang itu bukanlah mudah terutamanya ketika kita dilanda musibah dan dalam keadaan tertekan. Biasanya dalam keadaan ini, kita akan mencari teman-teman rapat atau keluarga tersayang untuk dijadikan tempat meluah perasaan agar lega. Kita rasa kawan kita atau orang-orang tersayang itu kah yang buat kita lega? Cuba kita serahkan 100% kebergantungan itu pada Allah. Yakin yang Allah itu ada dan kita serahkan pada Dia. Yakin pada kasih sayang Dia. If you can change your mindset, instead of bergantung to your friends and your love one to Allah, trust me miracle will happen. Kita akan dapat rasa kasih sayang Allah, bagaimana Allah bimbing dan pimpin hidup kita. In Sha Allah.



Manusia ni Allah jadikan tak sempurna. Kita suka kan perhatian yang diberi oleh orang lain kepada kita. Kita suka popular, kita mahu orang suka kita, cari kita  .. we love all the attention given and we want people to validate us. Kita terlalu mengejar semua ini sampai kita lupa sebenarnya yang paling penting ialah apabila Allah sayang.

Terima Kasih Ustaz Ebit Lew kerana perkongsian yang sangat baik dan bermakna ini. Semoga bermanfaat buat kita semua. In Sha Allah.






Maruku sedap buat kudapan duduk rumah masa PKPB

Hai pembaca kesayangan,

Sedang work from home kah itu? Walau dimana pun pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella berada, semoga semua berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Jangan lupa jaga diri incase if you all perlu keluar rumah ye. Buat Misz-ella sendiri, saya lebih selesa work from home. Kalau ada hal penting yang memerlukan saya keluar, baru saya keluar.

Bila kita work from home ni, mulut asyik nak mengunyah je, kan. Almaklumlah segalanya tersedia .. dapur depan mata, air depan mata. Ehemmm .. senang betul hidup, kan.


Baru-baru ini kawan Misz-ella bagi Misz-ella sebalang maruku untuk dibuat kudapan. Wahhh .. berbunga-bunga hati Misz-ella menerimanya. Sekeping demi sekeping Misz-ella makan sambil duduk depan laptop kesayangan saya. Sedap! Terasa rempah ratusnya. Sebenarnya, maruku adalah antara kudapan yang paling berkhasiat kerana ianya 'vegan' tidak manis, mengandungi rempah yang baik untuk kesihatan dan paling penting walaupun ianya digoreng, ia tidak berminyak.

Tak lama lepas tu, Misz-ella borong lagi maruku ni banyak-banyak. Sapa nak? RM20 sahaja sebalang ni ada dalam 15-16 keping. Confirm sedap tau! Kalau nak whatsapp nombor ni ye :- 0166223138