Hello pembaca kesayangan,
Kalau you all nak tau, Misz-ella adalah peminat barangan dari Timur Tengah. Pada pendapat Misz-ella, produk-produk dari Timur Tengah sangat menarik samada rempah ratusnya, produk-produk berasaskan kesihatan, perhiasan dan juga wangian.
Baru-baru ini Misz-ella telah ke Arabian Village, sebuah pasaraya yang menjual pelbagai barangan dari Timur Tengah. Arabian Village terletak di No. 95-G KL Traders Square, 289 Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Bila sebut negara Arab atau Timur Tengah, kurma merupakan produk pertama yang kita akan fikirkan .. betul tak? Di Arabian Village, terdapat berbagai jenis kurma. Ada kurma Ajwa, Safawi, kurma Palestine dan bermacam-macam lagi.
Di sini kita boleh pilih samada mahu beli kurma secara timbang atau beli yang sudah siap di pack cantik seperti ini .. sesuai untuk dijadikan buah tangan, kan.
Berbagai jenis kismis dan 'jajan' juga ada di Arabian Village.
Ohh yang ini favourite Misz-ella. Biasanya Misz-ella akan campur bermacam jenis snacks atau 'jajan' ni dan timbang. Bawak balik letak dalam bekas dan hidang pada tetamu ..
Pelbagai jenis kekacang dan kismis yang telah di 'pack' cantik .. sesuai untuk dijadikan cenderahati atau buah tangan ketika ziarah, kan ..
Macam-macam jenis kekacang dan snacks yang buat kita rambang mata melihatnya. Rasa nak beli semua.
Kismis, dried cranberry, dried apricot, badam, gajus dan lain-lain .. sooo yummy!
Di Arabian Village juga kita boleh beli berbagai jenis roti yang sangat sedap dan 'fresh'
My favourite Baklava pun ada jual di Arabian Village. I bought a few and fell in love with it. Kalau ke Arabian Village lagi, surely I will repeat!
Pelbagai jenis madu ada dijual di Arabian Village. Malah madu yang diiktiraf terbaik di dunia juga ada di Arabian Village.
Dan lagi .. cuba tengok harga dia, tak mahal, kan.
Olive atau buah zaitun yang telah dijerukkan. RM13 sahaja untuk 700gm. Murah, kan.
Ada bermacam jenis rupanya ..
Halawa, sejenis manisan atau pemanis mulut dari Timur Tengah juga boleh didapati di sini. Misz-ella suka makan Halawa. Biasanya Misz-ella akan potong kecil dan jadikan pemanis mulut selepas makan. Durra Halawa is always my favourite brand. Harga di Arabian Village lebih murah berbanding dengan kedai-kedai lain.
Sos Cili Rana, satu jenama yang popular Timur Tengah juga ada dijual di sini pada harga yang sangat rendah berbanding dengan kedai-kedai on-line yang lain. Di Arabian Village, sos cili Rana (100ml) boleh didapati pada harga RM1.60 sahaja.
Selain dari itu, Arabian Village turut ada produk sendiri. Yang ini adalah Pati buah kurma keluaran Arabian Village.
Produk keluaran Yusuf Taiyoob juga ada
Selain dari itu, di Arabian Village juga kita boleh dapati rangkaian minyak wangi buatan Arab. Misz-ella memang penggemar minyak wangi dari Timur Tengah. Bau minyak wangi keluaran Timur Tengah ni ... MasyaAllah!! Wangi!
Ramai tanya kenapa Misz-ella sukakan minyak wangi Arab keluaran negara Timur Tengah. Hummmm .. pertama sekali adalah kerana bau minyak wangi buatan negara Arab ini sememangnya lain dari yang lain ~ the smell give you a good feeling, enhanced your mood and when your mood is good, it also enhanced your confident level. Arabian perfumes offer various kind of smells ~ oud, musk, flowery .. bila pakai terus fefeeling macam Puteri Arab gitu *Chewah*
Oh dear .. look at the perfumes *berbunga-bunga rasa hati tengok berbagai jenis perfume ni .. terus teringat kat kekasih lamaku *yang orang Arab tu .. hehe*
Minyak wangi Arab juga lebih tahan lama. Sekali sembur, baunya tahan berjam-jam. Paling penting ianya bebas alkohol dan boleh digunakan semasa solat tanpa ragu-ragu dan was-was. Well, kalau ada yang Halal, kenapa perlu beli yang lain, betul tak? Selain dari tu, I also love the packaging. Arab's perfume are pack in a nice bottle.
Misz-ella juga suka mewangikan rumah cara orang Arab. Kalau you all nak tau, orang Arab tak guna pewangi rumah seperti Ambi Purr atau apa-apa spray yang lain. Orang Arab mewangikan rumah dengan cara membakar Bakhoor ataupun membakar kayu gaharu (oud) yang telah direndam dengan pewangi. Membakar Bakhoor dan membakar kayu gaharu merupakan amalan Rasulullah SAW. Kalau you all amalkan bakhoor ni, seluruh rumah akan berbau wangi malah bau wangi ini lama kelamaan meresap ke dalam perabut menjadikan rumah kita sentiasa wangi dan segar.
All in .. all in .. I had a great time spending a few hours shopping at Arabian Village. Whatever products that you are looking for .. termasuk lah rempah memasak Nasi Arab, Nasi Mandy dan lain-lain lagi .. juga ada di sini. I went back home with my Oud A-Khanger, Ajwa dates, Marai honey, Bint Hooran perfume and baklva (no picture cos it's finished too fast .. LOL)
So my lovely readers, kalau you all sedang mencari pasaraya yang menjual produk dari Timur Tengah, jangan ragu-ragu, silalah ke Arabian Village. The supermarket is spacious and clean, friendly staff and the price is so wallet-friendly.
Kalau tiada masa untuk pergi ke kedai, tiada masalah kerana you all boleh shopping online dengan cara :-
ikuti Instagram Arabian Village di https://www.instagram.com/arabianvillagemy/
Arabian Village
95-G KL Traders Square
289 Jalan Gombak
Kuala Lumpur
No. tel : 011-1111 9585
0 comments:
Post a Comment