Pages - Menu

Kuku cantik dengan Inai cantik by Honey Bella

Hai pembaca kesayangan,

Siapa suka kuku yang cantik? Saya!! Yes!! Misz-ella suka tengok kuku yang cantik dan bersih, bukan untuk ditunjuk kepada orang lain tetapi untuk diri sendiri. 

Walaubagaimanapun, agak susah nak berkuku cantik kalau guna pewarna kuku. Kalau gunakan yang 'water base' dan mesra solat, ianya akan terkopek dengan sendirinya apabila kita kerap basuh tangan maka kuku kita akan nampak bercapuk-capuk .. macam pelik je rupa dia masa tu, kan. Kalau guna yang 'peel off' pulak, kadang-kadang ia terkopek dengan sendirinya lepas tu bila satu kuku terkopek maka Misz-ella akan kopek yang lain-lain juga supaya semua jadi sama. Haaa .. masalah, kan.


Baru-baru ini Misz-ella telah mewarnakan kuku dengan menggunakan inai. Terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan pokok inai atau nama bahasa Latin nya Lawsonia Inermis. Daun inai tak asing dalam masyarakat Melayu kita. Ingat lagi masa kecik dulu, kalau ada orang nak kahwin maka adalah orang yang akan menumbuk daun inai sampai halus dan merah-merah tangan *ahahahaha .. nostalgia sungguh!*

Penggunaan inai tidak haram ye kerana Rasulullah SAW sendiri menggunakan inai sebagai pewarna untuk mewarnakan rambut, jari dan janggut. Manakala untuk perubatan pula, Rasulullah SAW menggunakan inai untuk sembuhkan luka, bisul, sakit kaki dan sakit kepala. Ada hadis-hadisnya, you all rajin-rajinlah google ye. OK tak nak cerita panjang-panjang pasal inai sebab inai sangatlah sinonim dengan masyarakat Melayu.

 


Baru-baru ini Misz-ella telah beli inai dari instagram @inaicantikbyhoneybella. Masa tu kita tengah IG walking, maka terjumpa lah page ni. Lepas tu kerana tergoda Misz-ella pun order. Warna pilihan Misz-ella ialah merah dan maroon *dia ada banyak pilihan warna*


Bila sampai tu, rasa blurr jugaklah .. macamana nak pakai ni? Bagusnya produk ni ialah, ianya turut disertakan dengan cara-cara memakainya lengkap dengan cotton bud bertujuan untuk memudahkan kita meratakan inai di kuku. Caranya ialah :- Goncang dulu tiub inai tu supaya air dan inai di dalam tu bercampur rata. Lepas tu kita buka tiub dan Misz-ella picitkan sedikit inai ke dalam penutup tiub. Guna cotton bud untuk ambik inai tu dan letakkan di atas kuku. Kena letak tebal-tebal ye you all kalau tak warna inai tu tak lekat. Tekan-tekan sikit dan kemaskan sekeliling tapi kalau comot sikit-sikit tu biasalah kerana jari Misz-ella ni bila bab kerja-kerja seni ni dia jadi 'kerastangan'. Biarkan selama 15 minit. Kalau tak da pedih-pedih boleh biarkan lama lagi iaitu 20-25 minit .. ikut suka you all lah. Katanya kalau keliling kuku kita tu ada luka ke atau kulit terkopek ke, mungkin akan rasa sedikit pedih kerana antara campuran bahan inai honeybella ni ialah kapur untuk bagi tahan lama. Alhamdulillah kuku saya sihat tak da masalah kepedihan berlaku.

Cukup 20 minit Misz-ella pun basuh dekat sinki. Perkataan pertama yang keluar .. cantiknya kuku ku!! *sukaaa sangat* Lepas tu Misz-ella sambung pulak tangan sebelah lagi.


Inilah dia inai merah by honey bella yang Misz-ella guna. Cantik, kan.


Ini adalah pilihan warna yang ada dan harga inai Honeybella (ada 2 saiz ye)

So you all, kalau nak kuku cantik macam kuku di hujung jari-jari halus Misz-ella ni, cepat-cepat dapatkan inai homemade ni dari Inai cantik by Honey Bella. Tel atau whatsapp no. 017-2385490 dan sila ikuti akaun intagram inai cantik by Honey Bella di sini.

OK Misz-ella dah habis sessi berkongsi dengan pembaca kesayangan semua, nak pergi buat kerja lain pulak. ByeBye you all. Terima Kasih baca. Jumpa lagi lain kali ye.




1 comment:

  1. Kenapa bila guna inai ini jadi sakit jari sampai mengcekam ya ?

    ReplyDelete