Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang madu. Madu ye pembaca kesayangan .. bukan bermadu. Bermadu itu lain tapi madu .... Yes! semua orang suka, kan.
Walaubagaimanapun, madu yang ingin Misz-ella kongsikan di sini bukan lah madu biasa-biasa sebaliknya adalah madu yang sangat istimewa, luarbiasa tetapi banyak khasiat serta kelebihannya dan madu ini boleh didapati di kedai menjual produk barangan dari Arab favourite Misz-ella iaitu di Arabian Village.
Antara madu yang paling istimewa dan menarik perhatian adalah Madu 'Subur' yang diformulasikan oleh pihak Arabian Village sendiri. Madu ini dicampur dengan 9 bahan yang lain menjadikan rasanya lain dari yang lain *Misz-ella dah rasa .. sedap!*
Kenapa madu ini istimewa?
Untuk mereka yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat berikutan dari beberapa masalah seperti kesuburan dan kurang nafsu seksual .. maka madu ini dipercayai dapat mengatasi kedua-dua masalah tersebut. Malah Arabian Village mempunyai rekod pelanggan yang berjaya mengatasi masalah tersebut selepas mengamalkan madu subur ini. So cubalah! Rasanya sedap, khasiatnya banyak paling penting lepas ni makin bertambahlah umat Nabi Muhammad SAW hendaknya. InshaAllah.
Bagi wanita yang berumur mencecah 40an, ianya juga bagus untuk menyeimbangkan hormon. Bila hormon seimbang, emosi kita lebih stabil, hidup jadi lebih ceria kerana masalah gara-gara gangguan hormon ini telah diatasi.
Selain dari itu, madu subur ini juga bersifat anti-penuaan. Amalkan makan madu, maka akan awet muda lah kita selalu.
Disebalik semua khasiat buat sasaran tertentu yang Misz-ella sebutkan diatas, madu 'subur' ini juga boleh diamalkan oleh semua golongan serta lapisan umur kerana pelbagai khasiat kesihatan yang terdapat di dalamnya.
Lihatlah madunya, pekat, kan. Almaklumlah, campurannya macam-macam.
Madu 'Subur' ini berharga RM350/sekilogram tetapi tak perlu beli 1 kilogram sebaliknya pelanggan boleh memilih untuk membeli samada 100gm, 200gm dan sebaliknya. Ianya boleh disimpan untuk satu jangkamasa yang lama. Tak perlu simpan dalam peti sejuk .. 'room temperature' sahaja sudah memadai.
Buat mereka yang sedang mencari penawar buat masalah-masalah diatas, Misz-ella cadangkan you all cuba .. banyak khasiat madu, kan.
Sila lah ke Arabian Village yang terletak di No. 95-G Block E, 289 Kuala Lumpur Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur tanpa ragu-ragu atau Whatsapp no. 011-11119585.
Layari juga website Arabian Village di www.arabianvillage.my.
Atau ikuti Instagram Arabian Village di sini
No comments:
Post a Comment