Hai lovely readers. Assalamualaikum ..
Ramai tanya, bagaimana Misz-ella kawal hati yang sedang beremosi dan kekal tenang saat ribut taufan melanda hati?
Dear pembaca blog Dari Jari-jari halusku, sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan cabaran. Ada kala cabarannya mudah dan ada kala cabarannya amatlah menyakitkan hati sehingga kau tak mampu untuk bediri. Kau mintak pada Allah .. Ya Allah ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMu, tenangkan lah hatiku, rawati lah lukaku. Mintak dengan seikhlas-ikhlasnya. Allah yang Maha Baik, Maha Mendengar, Maha Memperkasa .. mendengar setiap rintihan hambaNya dan Allah yang Maha Mengetahui pemilik hati ini. Dia tahu segala-gala yang terdapat di dalam hati kita
Dalam ertikata yang lain, tenang itu sebenarnya adalah salah satu rezeki dari Allah. Nak capai tahap kekal tenang itu tak mudah tapi tak mustahil ianya boleh dicapai jika kita letak Allah dihadapan kita. Percaya bahawa setiap kejadian itu berlaku dengan izin Nya. Allah yang Maha mengetahui, menguji setiap hambaNya kerana kasihNya pada kita. Bila kita faham dan terima itu adalah ujian, kita akan tenang dan serah kan segalanya pada Dia.
Satu lagi tip untuk kawal emosi yang terluka, tercalar, termarah pada seseorang adalah dengan mengingatkan diri kita kepada fitrah kejadian manusia itu sendiri. Siapa pun dia samada kawan kita, keluarga kita atau rakan sekerja kita, malah diri kita sendiri adalah manusia biasa yang tak sempurna. Dia buat silap, kita juga buat silap. Kita semua sama, ada kekurangan masing-masing. Bila kita faham konsep ini, kita tak jadi marah. Kita juga faham bahawa orang yang sedang marah itu hatinya sedang sakit. Maka kita doakan. Ya Allah, kau pulih kan lah hati dia yang sedang sakit. Berilah dia rezeki ketenangan hati. Kita akan tenang meskipun kita sedang dimarahi dan jika Allah makbulkan doa kita, InshaAllah dia juga akan tenang.
Pelajarilah konsep kehidupan. Mengerti apa tujuan kita dihidupkan. Faham kenapa kita diuji. Redha dengan setiap ujian. InshaAllah, TENANG.
No comments:
Post a Comment