Hai pembaca kesayangan. Assalamualaikum.
Hari ini Isnin, 16/8/2021 - Selamat minggu baru. Harini nak kongsi dengan pembaca kesayangan menu Misz-ella dan famili minggu lepas. Haritu teman mama pergi Klinik Kesihatan Sg. Buloh untuk cabut gigi. Balik dari klinik kita pergi beli barang. Dalam perjalanan tu nampak orang jual udang galah RM1.00 yang viral tu. Terus saya berhenti dan beli 25 ekor = RM25.00.
Mama tanya nak masak apa? Saya jawab Masak lemak cili api letak nenas. Sayangnya nenas tak ada .. kita gantikan dengan ubi kentang.
Lepas tu mama rebus kerang.
Ada ikan pekasam jugak
Paling best ada sayur keledek. OhMy .. favourite sayur ni!
Juadah tengahari kami ber tujuh - masak lemak cili api udang galah, sayur keledek, sambal sardin, ikan pekasam, kerang rebus dan sambal belacan. Alhamdulillah.
You all .. kalau jumpa abang jual udang galah viral tu beli tau. Udang dia elok segar. Jom kita support diaorang jom!
Semua menu menyelerakan
ReplyDelete