Hai pembaca kesayangan,
Masih ingat akan program Keretapi Sarong anjuran LOCCO dimana rakyat Malaysia memakai pakaian bertemakan sarong menaiki keretapi bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia sejak tujuh (7) tahun yang lalu? Sabtu ini guys, 16 September 2023, kita bakal dapat meraikan Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bersempena Hari Malaysia sekali lagi! Kali ini lebih besar, dijangka hampir 10,000 bakal menyertai sambutan unik Hari Malaysia bertemakan Ethnicity.
Shamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengarah KS2023 memberitahu pelbagai program seperti 'flash mob', persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa akan diadakan di stesen antaranya Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).
Kami sangat teruja untuk mengumumkan lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah iaitu Dataran Merdeka.
"Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih," katanya
Acara sama turut berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station).
KS2023 juga bakal dimeriahkan dengan penglibatan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.
KS2023 ini turut mendapat penajaan dari Bulan Bintang, AirAsia, Kahf, Wardah, Emina, Mr D.I.Y, Momo’s Kuala Lumpur, The Chow Kit (an Ormond hotel), GoCar, M&Ms, KLIA Transit, Kedey Kamek, Santa Grand Signature and Grand Classic, Kuala Lumpur.
menarik nya event gini
ReplyDelete