Hai!
Masih ingat lagi tak Restoran Mee Tarik Jalan Sultan yang viral sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang sebelum dapat menikmati mee tarik yang lazat tu. Berita baik! Mee Tarik Jalan Sultan dah ada cawangan baru iaitu di Taman Tun Dr. Ismail.
Restoran Mee Tarik Jalan Sultan di Taman Tun Dr. Ismail mempunyai susuatur yang lebih kemas, ber 'air-conditioned'. Kami sampai hampir jam 3 petang, dah habis waktu makan tengahari dan orang pun tak berapa ramai.
Disebabkan selera semua orang pada hari itu adalah makan nasi, maka kami tak order Mee Tarik (semua orang dah lapar ..mau nasi!)
Fried Beef with celery
Daging lembu yang dihiris nipis-nipis dan dimasak dengan pelbagai jenis 'homemade sauces' ditambah dihidang dengan batang celery dan cili. Sedap!
Fried lamb with cumin
Daging kambing yang dimasak bersama jintan putih. Kambingnya sangat lembut. Terasa-rasa jintannya. Sedap tak terkata malah rasanya sangat tersendiri! Kalau pergi lagi sekali, I dont mind to repeat!
Spicy & Hot Sichuan Boiled Fish
Hidangan ni sangat menarik kerana ikan-ikan yang dipotong kecil-kecil ini datang dengan sup yang penuh dengan sayur-sayuran antaranya adalah cendawan. Misz-ella nak share sikit tentang keunikan lauk ni. Bila lauk ni dah siap dimasak, diaorang goreng cili kering yang dah dipotong pendek-pendek, lepas tu dia curah cili kering dan minyak gorengan tu sekali ke atas sup tu. Ya Allah aroma dia .. sumpah sedap!Dibawah cili kering tu ada ikan-ikan dan pelbagai jenis sayur. Ini unik! Sangat unik. Kalau datang ke sini, jangan lupa cuba lauk ni tau.
Scrambled Egg with tomato
Misz-ella gelarkan lauk ni sebagai 'telur pecah bersos' Ingatkan telur hancur biasa yang dimasak bersama tomato rupa-rupanya jauh lebih meriah! Scrambled egg nya besar-besar (macam telur dadar yang di hancur kasar) lepas tu bukan sahaja ada tomato malah ada juga carrot, daun bawang dan lain-lain.
Selain dari itu, kami juga order Braised Eggplant tapi gambar tak ada sebab sudah ter “delete”
Braised Eggplant
Mula-mula kami fikir mungkin hidangan terung ni sama seperti hidangan terung di kedai makan yang lain. Rupa-rupanya tidak .. bukan sahaja terung, macam-macam sayur lain mengiringi terung tersebut. Bagus lah kedai ni .. sangat pemurah!
Secara keseluruhannya, bukan sahaja mee tarik di sini sedap, malahan lauk pauk di sini juga sedap. Setiap hidangan sangat unik dan punya rasa tersendiri (very flavourful). Harga pun tak mahal. Kami order 5 nasi, 5 air berserta dengan 4 jenis lauk, tak sampai RM150. Malah sebenarnya those dishes can be shared up to 7 or 8 persons sebab portionnya sangat besar.
48 Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Waktu perniagaan dari 12 tengahari hingga 12 malam. Jangan lupa masukkan Restoran Mee Tarik Jalan Sultan ni dalam “wishlist” korang, k.
semua pun sedap!!
ReplyDelete