Pages - Menu

Al-Kisahnya Raya 2024

 


Selamat Hari Raya. Maaf, zahir dan batin buat semua pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku.

Terima Kasih sebab selalu datang baca. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. You all memang best lah!

AL-KISAHNYA RAYA 2024

Tahun ni dapat beraya dengan dua-dua orang mama. Alhamdulillah. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sangat besar. Ada dua orang mak. Walaupun arwah abah dah takda, kami masih berhubung baik dengan mama Ida, masih berkunjung ke rumah dia di hari raya, masih ramai adik beradik di sana.




Dapat makan Rendang maman dengan ayam kampung yang sangat ditunggu-tunggu sebab mama Ida masak lauk istimewa ni setahun sekali je. Kalau terlepas, rugi!


Tahun 2024 ni tak ada baju baru di hari raya sebab saya busy. Tetap bersyukur. Raya tetap ‘happening’ raya saya. Alhamdulillah. 


Perjalanan balik Segamat dalam 4 jam setengah. Walau trafik menghala ke Selatan tak seteruk trafik menghala ke Pantai Timur, tetap jem!


Kedai makan tutup di hari raya pertama. Disebabkan kami tinggal di homestay instead of rumah mama, kami beli roti dan sandwich untuk lapik perut. Tak masuk kedai-kedai makanan segera yang khabarnya sesak di hari raya. Well, i bukan peminat burger-burger segera tu, so tak heran, tak teringin, tak terdetik pun hati nak makan. Makan sahaja lah apa-apa yang halal, asalkan kenyang.

Akhirkata, you all sambung raya di KL ke tuuu ..


No comments:

Post a Comment