Pages - Menu

KTM kenalkan 4 model motosikal DUKE sempena ulangtahun ke 30

Berita baik untuk peminat motosikal DUKE! Sempena ulang tahun KTM ke-30, pengilang motosikal serta aksesori dan  komponen bertaraf dunia ini memperkenalkan generasi seterusnya iaitu empat model motosikal Duke terbaru, KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390.

Selain dari empat  model itu, satu  lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu KTM 790 Duke. KTM juga turut memperkenalkan slogan baru: 

No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mendapat permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China. Peningkatan permintaan terhadap model motosikal itu dipercayai kerana faktor harganya yang menarik.

Generasi terbaru ini bakal ‘menjerit’ dan merentas jalan dengan megah beronakan metalik oren ED  Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke.

Seperti mana-mana model Duke, julat  berkuasa tinggi ini akan mengaum meredah jalan raya tanpa kompromi dan tiada tandingan dengan kelengkapan mesin prestasi tulen.

 

Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka membelah jalan raya dan merentas segala halangan.

Semua rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.

 


Sebagaimana  pengalaman penunggangan model KTM Duke yang  sedia ada dalam pasaran, KTM Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.

Sambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami  mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan.


‘Di dalam setiap keluaran motosikal DUKE, kami gabungkan dua elemen iaitu sedap mata memandang  dengan reka bentuk tajam bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya. Kami  sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang. Mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama  Duke’ kata Goi lagi.

Beliau berkata, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal.

 “Setiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran. Bagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih ‘garang’, berani dan matang,” katanya.

Rangkaian penuh Duke termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke dan  KTM 1390 Duke.

Pengedar sah KTM berada di hampir seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Sila layar http://ktmmalaysia.com/discover-our-dealers/ untuk lihat senarai pengedar sah KTM.

Setiap pengedar sah KTM telah menghadiri kursus khas oleh KTM dan memperoleh sijil antarabangsa (sijil keluaran KTM Austria) dan mempunyai mekanik yang bertauliah dan professional.


Peminat-peminat motosikal DUKE, jangan lupa kunjungi pengedar sah KTM bagi melihat sendiri 4 model terbaru motosikal DUKE! 


#KTMDUKEDAY #KTMMALAYSIA #NoBullShit #KTM


No comments:

Post a Comment