Hai lovely readers! Misz-ella ada berita baik untuk kaki makan. Siapa suka makan Mee Goreng Mamak? Saya! Lempeng kelapa? Ohh saya sangat suka pancake Melayu ini.
Baru-baru ini Misz-ella telah menjamu selera di Tamu Junction Place yang terletak di lobi Hotel Tamu & Suites di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru Kuala Lumpur.
Mee Goreng Mamak Udang Galah - RM29++
Sebaik sahaja Mee Goreng Udang Galah ni sampai … WOW! Terpegun kerana ini tidak di sangka-sangka ianya datang dengan Udang Galah yang bersaiz besar.
Setelah puas berterapi mata dan kamera, dengan lafaz Bismillahirahmannirahim .. saya makan. Suapan pertama .. ummm sedap! Suapan seterusnya .. Ye! Memang sangat sedap. Mee goreng Mamak secukup rasa lengkap dengan udang galah goreng bersaiz besar dan segar, sotong, ayam, ubi kentang yang dipotong kiub dan hirisan tauhu. Sedap ya amat!
Lempeng Kelapa Gula Melaka - RM16++
Saya peminat lempeng. Kalau jumpa lempeng, mesti nak cuba. Mula2 saya agak skeptikal dan membayangkan mesti macam lempeng yang mak buat di rumah tetapi sebaliknya kerana Lempeng di Hotel Tamu ini telah beri sentuhan baru oleh chef.
Bukan lempeng kelapa biasa-biasa tetapi ianya telah diberi sentuhan baru iaitu lempeng kosong yang dalamnya ada gula merah (yang dicairkan) dan ditabur kelapa sangai. Sedap dan kreatif! Saiznya pun besar. Boleh dinikmati bersama dengan pasangan atau kawan-kawan.
Rupanya di Kampung Baru bukan sahaja ada kedai tomyam, warung singgang atau nasi lemak tetapi juga makanan lokal yang telah dinaiktaraf dan berkualiti premium. Tahniah Hotel Tamu & Suite dan buat Misz-ella sendiri, saya suka nak kongsikan makanan sedap ini kepada pembaca blog Jari-Jari Halusku ini.
Tergoda tak? Ok Jom kita merancang ke Hotel Tamu bersama kawan-kawan dan kesayangan (business partner pun boleh). Set satu tarikh, bersiap2, start enjin kereta dan set Waze ke Hotel Tamu di Kampung Baru. Dah sampai? Ambil lift ke lobi dan sila ke Tamu Junction Place. Jangan lupa order dua makanan istimewa di sini. Selamat menjamu selera …
Tergoda!
ReplyDelete