Pages - Menu

Johor Fiesta di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur


Hello foodies .. dan penggemar-penggemar masakan dari negeri Johor, khususnya .. Entry ini khas untuk anda.


Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur membawakan promosi makanan dari negeri Johor  iaitu Johor Fiesta bermula dari 1 hingga 30 November 2016 di Seasons Coffee House.


Memandangkan Johor sangat popular dengan Laksa Johor, maka Misz-ella pilih Laksa Johor sebagai gambar pembuka entry ini.




Dan tak lengkaplah perjalanan 'gastronomy' kita ke negeri Johor tanpa menikmati kelazatan Mee Bandung Muar dan Soto Ayam Johor yang turut tersenarai didalam 7 Set Menu merangkumi lebih dari 100 hidangan tradisi dari negeri Johor. 


Asam Pedas Ikan

Asam Pedas Ikan yang disediakan mengikut resepi asal Johor kesukaan Misz-ella turut ada. 7 set menu yang bakal dijamu kepada pengunjung-pengunjung di Seasons Coffee House ini akan ditukar setiap hari bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai juadah dari negeri Selatan tanahair kita ini.


Mr. Terry J, Pengurus Perhubungan & Pemasaran dan Chef Mohd Fauzi

Chef Mohd Fauzi yang berpengalaman selama 20 tahun mengatakan bahawa selain dari juadah tradisi Melayu, pengunjung bakal juga dihidangkan dengan Chinese Food dari negeri Johor sepanjang promosi Johor Fiesta ini berlangsung. OK Jom kita tengok pelbagai juadah menarik yang menanti pengunjung sepanjang promosi ini.




Appertizers/Pembuka selera yang disediakan oleh Chef adalah Kerabu Pucuk Paku, Ikan Bilis Goreng Petai, Rojak Tauhu, Kerabu Mangga, Kerabu Pucuk Paku, Telur Pindang, pajeri Terung, Puyuh Goreng Berempah, Lemang Ayam, Mini Sotong Bakar, Telur Masin, Ikan Masin Johor, Rojak, Pasembor Johor dan Acar Rampai.












Lauk Pauk Utama pula adalah Masak Lemak Belimbing Sotong, Kambing Johor, Masak Hitam/Kacang, Asam Pedas Johor, Pajeri Nanas, Lontong Johor, Ayam Masak Lemak Chili Padi, Stir-Fried Crab with Belacan, Ikan Senangin Masak Lemak Belimbing, Kambing Masak Tanjung Putri, Kepah Buluh Masak Lemak, Nasi Briyani Gam, Ayam Panggang Johor, Lontong Kering dan bermacam lagi.





Ulam-ulaman dan pelbagai jenis Sambal pelengkap juadah turut ada.


Jangan lupa akhiri hidangan Johor Fiesta anda dengan pelbagai juadah pencuci mulut terutamanya Halwa Maskat dan pelbagai kueh mueh tradisi Melayu. Pisang dan Tempe Goreng cicah Kicap cili padi turut ada *ohhh sangat tradisi .. very the Johor, kan*

Buffet Johor Fiesta di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur sepanjang bulan November ini boleh dinikmati pada harga RM78 (nett) pada waktu makan tengahari juga boleh dinikmati pada malam hari pada harga RM88 (nett). Hidangan malam lebih meriah dengan juadah lain seperti Otak-otak Johor, Ikan Bakar, pelbagai jenis BBQ, Satay dan juga juadah istimewa negeri Johor, Sup Tulang Merah.

So readers, tempah tempat anda hari ini dan nikmatilah hidangan enak dari negeri Selatan tanahair kita ini dengan menghubungi no. tel 03-2697 8888 atau layari laman web Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur di http://www.grandseasons.com/ Misz-ella dan rakan-rakan dah cuba. You all kena cuba jugak tau.


No comments:

Post a Comment