Pages - Menu

RiSES Perfumes lancarkan 'Bayang oleh Khai Bahar'

Hello pembaca-pembaca budiman,

Hari ini mari kita cerita tentang minyak wangi ataupun perfume. Kalau Misz-ella katakan yang tak lengkap hari-hari kita tanpa perfume you all setuju, kan. Nak keluar rumah, mesti spray perfume dulu. Dah sampai ke muka pintu, tiba-tiba tersedar yang perfume belum spray lagi, sanggup kita patah balik, kan. Perfume sememangnya pelengkap buat seorang wanita mahupun lelaki yang mementingkan penampilan dan gaya. Buat peminat-peminat perfume dan juga peminat penyanyi Khai Bahar yang sedang meningkat naik, khususnya .. entry ini untuk anda. Jom scroll entry ini hingga habis ye.



RiSES Perfumes hari ini memperkenalkan wangian terbaharu, "Bayang oleh Khai Bahar" dengan menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad edaran RISES Perfumes dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.



Aroma ‘Bayang’ ini terhasil daripada inspirasi remaja masa kini dan dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan juga Indonesia. Antara kriteria yang diambilkira dalam penghasilan wangian ini adalah personaliti penyanyi Khai Bahar sendiri yang sentiasa ceria, bertenaga serta mempunyai gaya hidup aktif yang amat bersesuaian dengan ‘Bayang’.



Pemilihan nama wangian tersebut adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu ‘Bayang’ dan sebelum dilancarkan, RISES Perfumes telah menerima maklum balas yang memberangsangkan berdasarkan permintaan dan saranan peminat beliau melalui akaun Facebook dan Instagram beliau.



"Bayang Oleh Khai Bahar" merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari Jakim. Ia membolehkan kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam memilikinya tanpa ragu-ragu atau berfikir panjang.  ‘Bayang’ dihasilkan mengikut panduan dan mematuhi kehendak serta keperluan syariah. 

'Bayang' tidak mengandungi alkohol. Penghasilan ‘Bayang’ adalah sangat teiliti bagi memastikan ianya kekal selamat digunakan di semua jenis kulit manusia serta sesuai digunakan dalam menunaikan solat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes, Ahmad Shauqi Abd Wahab “Misi kami adalah untuk menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama, di mana kami menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik ‘Bayang’. Selain itu, pemilihan Khai Bahar juga dapat menjadi sebuah simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh kumpulan peminatnya”



Selain itu, RISES akan berada di Jakarta bersama-sama Khai bermula 15 Mei 2017 hingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai dan sekaligus peluang ini akan dimanfaatkan untuk mempromosikan wangian ‘Bayang” ini beserta jenama-jenama lain keluaran RISES. Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RISES di pasaran Indonesia.






Keberanian dalam kesederhanaan ~ wangian edisi terhad edaran RiSES Perfumes ini boleh didapati di dalam bentuk  PARFUM bersaiz 30 ml dengan harga RM90 manakala pelbagai wangian eksklusif RiSES Perfumes EDP pula hanya berharga RM 65 sahaja di pasaran tidak lama lagi.

So buat peminat perfume dan peminat Khai Bahar, Misz-ella dah kongsikan tentang kemunculan "Bayang oleh Khai Bahar" edaran RiSES Perfumes .. teruja tak? Sejujurnya, Misz-ella sangat teruja .. walaupun Misz-ella bukanlah muda remaja, tapi saya pengamal gaya hidup sihat .. teruja nak spray "Bayang oleh Khai Bahar" ini yang sangat sesuai dengan Misz-ella's lifestyle. Jom kita check it out ..


No comments:

Post a Comment